Terkadang ujian itu berat juga...
Syukur sangat kerna akhirnya Allah makbulkan doa kita untuk dapatkan bulan ramadhan pada tahun ini. Minggu lepas jiran dikampong pulang kehadrat Allah dan tidak dapat bersama meraikan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Bila masuk bulan ramadhan ini, terkadang terlihat ramai insan2 mundar mandir mencari wang dengan meminta2 dijalanan. Adakah pihak yang meminta itu faham erti kelebihan bersedeqah dibulan ramadhan atau pemberi sedeqah yang lebih memahaminya. Entahlah, yang aku nampak yang meminta itu yang banyak study kelebihannya berbanding kita yang memberi.....
Itu lah antara perkara yang Allah perintahkan untuk kita lakukan dibulan hebat ini. Antaranya adalah 1- berpuasa 2- Baca Alquran dan yang ketiga bersedeqah.
Bila sebut bersedeqah, rakyat malaysia merupakan antara rakyat yang paling prihatin kepada insan2 yang tidak bernasib baik ini. Semalam aku kemasjid di USJ1, disekitar perkarangan masjid terdapat pelbagai jenis tabung sedeqah dan peminta sedeqah yang ada disekitar situ. Dan bila datang bulan ramadhan maka kelebihan bersedeqah itu tidak dilepaskan oleh orang2 islam dalam mengejar redha Allah.
Akan tetapi, sang peminta juga mengaji dalam bab ini. Mereka seboleh2nya nak jadikan minta sedeqah itu satu kerjaya sampai bila2 kerana hasilnya lumayan terutama dibulan mulia ini. Kalau yang biasa solat jumaat di masjid attaqwa TTDI KL, orang2 yang minta sedeqah disitu merupakan orang2 yang sama setiap minggu.
Terkadang aku lihat pakcik sorang tu mulanya amat kasian dengan keadaannya yang uzur, tapi bila aku kesana lagi dijumaat yang lain, dia pun ada disitu juga dengan keadaan yang sama. Adakah pakcik itu syok dengan duit sedeqah orang ataupun memang dah ketagih meminta simpati insan lain.
Entahlah, bila renung masalah insan2 lain yang pelbagai, tanpa sedar aku juga hadapi masalah yang sama. Diuji dengan pelbagai ujian dan terkadang rasa ketidak mampuan jiwa untuk menghadapinya. Bila keadaan yang tidak menentu sebegini terjadi, jalan kehadapan semacam kabur jadinya. Keserabutan fikiran cukup mengganggu sehingga tumpul otak dibuatnya.
Demi kelangsungan channel youtube yang amat aku sayangi, aku kuatkan diri untuk luahkan isi hati kepada yang sudi mendengarnya. Terpaksa aku tebalkan muka ini demi sebuah perjuangan yang sememangnya memerlukan kekuatan jiwa yang amat sangat.
Kepada yang sudi untuk membantu , maklumat ada didalam video dibawah ini dan semoga kebajikan kalian Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih besar lagi hendaknya.
Selamat menunaikan ibadah didalam bulan ramadhan ini dan anggaplah ramadhan ini yang terakhir buat kita semua dan bersungguh2 untuk menunaikannya.
Wallahuaklam.

Comments
Post a Comment