perang ini amat berbaloi beb!!

Ketika artikel ini ditulis, kita akan menyambut ramadhan dalam masa 6 hari lagi. Manakala gambar peperangan di seremban itu pula terjadi dalam 9 hari lagi nak berpuasa.

Bagi peniaga2 makanan, ketika ini merupakan masa untuk berkira2 mencari tapak bazar untuk kesinambungan pendapatan dibulan mulia ini. Akan tetapi kejadian yang lain pula berlaku!

Rupanya saf hadapan dibelakang imam terawikh pula menjadi rebutan peniaga2 disana! Menakutkan bila tonton video dibawah ini.



Nak cerita panjang pun tak berapa reti bila tengok perang mereka yang begitu dasyat.. So tonton video ini dahulu sebelum kita cerita panjang yea.


Pemimpin diatas berebut jawatan dengan cara mereka yang kita terkadang merasa jijik. Dan kita dibawah pula berebut tapak bazar ramadhan dengan pergaduhan yang dasyat sekali. Lelaki dan wanita tidak kisah akan keselamatan mereka asalkan apa yang dihajati itu diperolehi.

Terkadang aku agak bersyukur kerana tidak berminat untuk berniaga makanan ini. Ialah selain kena pakar dalam masakan dan sebagainya, kerja2 jual makanan ni agak renyah dan rumit serta memenatkan.

Tapi setelah menonton video diatas, aku terus tutup nafsu aku nak berniaga di tapak bazar ramadhan. Selain terpaksa korbankan waktu solat berjemaah disurau/masjid, terkadang terpaksa bergaduh sesama sendiri untuk memikat hati pelanggan.


Bagaimanalah hati umat2 melayu islam dinegara kita kan. Khabarnya bergaduhan besar itu ketika menunggu borang di suatu majlis tempatan, adalah disebabkan peniaga2 yang menunggu tidak beratur mengikut giliran. Ada yang memotong 'q' tanpa rasa bersalah dan meletuslah perang ini tanpa diduga.

Kita lihat betapa bila dunia direbut, masalah kecil memotong Q menjadi masalah yang sangat besar. Syaitan mendorong hati2 yang kurang iman itu untuk berbisik sesama sendiri menyatakan ketidakpuasan hati masing2. Dari satu bisikan yang kecil akhirnya terjerit2 yang memekakkan telinga sehingga bertumbuk sesama sendiri.

Tapi bila di masjid dan surau, kenapa tiada perang  merebut saf hadapan seperti di dalam video diatas. Malah jemaah di saf belakang mempelawa jemaah lagi belakang untuk kehadapan sedangkan dia itu sepatutnya kehadapan dari yang lagi belakang tadi itu.

Inilah perbezaan diantara yang berilmu dengan yang tidak berilmu serta antara yang faham dengan yang tidak faham.

Ketika masjid2 dan surau2 kita dipenuhi bangla, kita dijalanan berperang sesama sendiri.

Apakah peranan pemimpin dalam menerajui umat melayu islam dinegara kita ini? Memimpin sekadar perlu dan tanpa amanah merupakan DOSA terbesar diatas muka bumi Malaysia ini sehingga menjadikan umat melayu islam ini hidup melarat mencari dunia yang sekadar sementara ini.

Comments

Popular Posts