Perangkap diskaun yang meletihkan

 Bulan ramadhan belum lagi bermula akan tetapi pusat membeli belah sudah naikkan banner raya dan gedung mereka sudah dihias dengan suasana raya yang memberi inspirasi kepada pengunjung untuk mula 'shopping raya' digedung mereka.

Pelbagai promosi mula digerakkan dalam 'menawan' hati pelanggan2 dengan tawaran sana dan sini. Aku juga tidak terlepas dari menerima tawaran melalui pos.

'Wahh!!! dapat kad diskaun tu, ini sudah bagus'. Bisik hati aku dikala ongkos sudah kekeringan. TAPI...


Aku ni dah serik dah berhutang sana sini. Dulu aku gunakan kelebihan berhutang ini untuk beli itu dan ini sampai balance gaji jadi rm300 shj. Itulah untuk makan dan minum dan duit minyak motor nak kesana sini.

Nama aku berada dalam semua sistem perbankan diMalaysia ini. Ada yang bayar ontime dan ada yang out of time. Tapi banyak barangan yang aku dapat dalam melempiaskan nafsu nak memiliki barangan yang tak perlu sebenarnya.

Tapi teknik pemasaran mereka itu hebat sehingga kita rasa amat berbaloi memiliki barangan tersebut secepat mungkin. Takut kalau lambat dapatkan barangan itu akan menjadikan kita menyesal. Itulah strategi yang menjahanamkan poket kita sekeluarga tanpa kita sedari sebenarnya.

Dua hari lepas pos box aku didatangi satu surat yang agak menarik untuk dibuka.



'RM280 tu,Apa yang nak beli kat sana erk?'.

Aku pun duduk diam2 atas kerusi sambil tarik nafas dalam2. Ini semua perangkap dunia yang akan mengganggu hidup aku lepas ini.

'Nama aku sangkut pun dorang bagi lagi kad diskaun suruh berhutang, Memang licik strategi dorg nak perangkap aku berhutang lagi'. Bisik hati aku .

Tawaran diskaun itu bersyarat rupanya. Kena beli barang lebih dari rm1000 dengan menggunakan skim hutang dorang. Aduhh! Ini dah macam perangkap samar je ni.

Inilah susahnya kehidupan kita sekarang ini. Bila kita nak beli dengan tunai, disuruhnya kita beli dengan berhutang. Kalau tak boleh kawal, memang akan anggap hutang lagi senang pasal bayar sikit2. Kalau bayar cash habislah duit kita kena settlekan sekali penuh.

Aku rasa ramai sudah didalam negara kita yang berhutang sana sini untuk mencapai impian tersendiri. Bila mula seronok berhutang, maka tugas kita membayar hutang akan bermula sampai keliang lahad. Bermula dengan ansuran motorsikal RM250 sebulan, akhirnya kita terpalit dengan installment Rm2500 sebulan tanpa dipaksa.

Aku bukan nak ajar macamana nak urus duit , tapi pengalaman aku yang banyak ni berkenaan dengan installment ini mengajara ku erti hidup tanpa perlu berhutang. Dan courts ini adalah antara pemberi hutang yang 'terbaik' didalam negara kita.



Sebaik sahaja kita mendirikan rumah tangga, perkara pertama untuk kita fikirkan adalah rumah. Bila sudah mempunyai rimah (sewa/beli), perkara seterusnya adalah courts. Disinilah kita penuhkan rumah kita dengan pelbagai jenis barangan perabut dan juga elektrik.

Setelah itu! Akan bertambahlah komitment kita kepada courts untuk membayar hutang secara bulanan. Dan kita terpaksa membayar 3 kali ganda dari harga barangan tersebut. Dia kalah dengan kita pada bayaran bulanan tapi kita 'kalah' pada dia bayaran habis dilangsaikan.

Aku dah berniat dalam diri untuk tidak berhutang sampai aku mati. Hutang2 yang ada ini akan aku langsaikan dan tidak mahu menambah lagi masalah hutang ini lagi. Biarlah motor aku buruk, asalkan tidak berhutang dan biarlah aku seadanya asalkan hati aku lapang dari mengingat hutang2 yang memeningkan itu.

daAds
http://ho.lazada.com.my/SHAVnU
While stock last
Jika perlukan barang yang diingini, belilah dengan tunai, samada di courts ataupun dimana2 sahaja kedai yang ada didunia ini. Jika membeli dengan card credit, bayarlah secara penuh tanpa tinggalkan baki hutang dalam akaun itu. Courts dan bank hanya tunggu masa nak 'NGAP!!' kita bila kita mula melambatkan bayaran atau pun membeli secara hutang.

YaAllah, kau angkatkanlah semua hutang2 aku yang banyak itu dan Kau murahkanlah rezeki yang halal buat aku dalam menulusuri saki baki hidup aku didunia ini.. Ameen.


Santapan rohani: 6 Perkara Allah sembunyikan


Comments

Popular Posts