Kita suatu waktu dahulu...

Hari ini aku terbaca di wall adik aku berkenaan dengan kejadian kita yang bermula dari sekecil zigot sehinggalah kita pada hari ni. Gambar yg dipetik dari kajian org bukan islam itu membuka sedikit minda aku berkenaan fungsi kita diatas muka bumi ini yg kita patut tahu. 

Gambar disebelah tu adalah kita pada umur beberapa hari di tempat yg dipanggil fallopian tube.Fallopian tubes berfungsi menyalurkan ovum ke arah rahim Keika ini kita sedang berenang merentasi saluran itu menuju ke rahim ibu kita.  Adakah korang sedar perjalanan korang ketika ini? Bukan sahaja korang tak sedar malah aku lagilah tak tahu masa ini apa yg berlaku.

Adakah proses diatas itu hanya berlaku pada orang islam sahaja atau semua manusia yang wujud diatas muka bumi ini? Adakah proses ini tidak berlaku pada orang hindu, budha mahupun orang asli dihutan sana?

Teringat aku pada ayat Allah SWT yang berbunyi ‘Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu semata-mata’. Az-zariyat:56


Pada ketika ini pula, ‘kita’ sudah menjumpai destinasi yang kita cari dimana proses seterusnya akan menjadikan kita lebih kuat dan member manfaat kepada dunia. Adakah perjalanan kita pada ketika ini dirangcang oleh ‘sesuatu’ atau sememangnya berlaku sebegitu sahaja ?

Hairan juga aku, proses sampai ketika ini tetap sama bagi semua manusia tanpa mengira latar belakang agama dan juga keturunan. Adakah kebetulan ianya sama?


Inilah yang dinamakan sebagai fallopian tube yang mana perjalanan kita bermula disini dimana kita dibelai dan di jaga dengan elok bermula dari sini lagi.


Keilhatan ‘adik’ kita juga berebut2 untuk masuk kedalam telor ibu kita. Agaknya siapalah adik kita itu kalau dia juga bias lahir kedunia fana ini. Proses ini dipanggil persenyawaan diperinkat permulaan yang mana hanya yang ‘gagah’ sahaja akan Berjaya.


Akhirnya kita Berjaya mengalahkan ‘adik’ kita diperingkat ini lagi dan Berjaya menawan ’ lubuk’ paling subur diatas muka bumi ini. Disini menggambarkan bahawa proses ‘peperangan’ sesame manusia sudah Allah wujudkan sejak dari dalam rahim lagi. Pasti ada yang menang dan juga ada yang kalah.

Pada tahap ini proses persenyawaan masih sama untuk semua manusia diatas muka bumi ini. Adakah proses yang lain selain dari proses diatas?


Tanpa memandang kebelakang, kita teruskan perjalanan memasuki kedalam telor ibu kita. Adakah korang sedar pada ketika ini menerobos dicelah2 jalan yang sempit ini? Allah tidak jadikan proses ini sia2 dan Allah bukak ilmu teknologi ini untuk manusia kaji dan tunjukkan pada dunia bahawa adakah manusia mampu mencipta sesuatu yang sangat ‘komplicated’  ini?


Setelah 8 hari berada didalam perut ibu, kita kini sudah bertukar rupa. Dan inilah embrio  kita pada kedudukan 8 hari yang tergantung didinding rahim.
Bahan mencipta manusia bukan mani seluruhnya, melainkan hanya sebagian kecil darinya. Ini dijelaskan dalam Al-Qur’an :
“Apakah manusia mengira akan dibiarkan tak terurus? Bukankah ia hanya setitik mani yang dipancarkan?” (QS Al Qiyamah:36-37)


Setelah itu, Allah terus ciptakan otak untuk manusia terlebih dahulu sebelum anggota lain diciptakan. Kenapa otak yang Allah kena wujudkan terlebih dahulu berbanding mata telingan dan jiga kaki? Inilah sunnatullah dalah penghasilan kita.  Kerana otak ini akan mengawal keseluruhan aktiviti  dalam tubuh kita.

Bila otak sudah tercipta, yakni CPU bagi sebuah computer maka sebarang attachment yang akan diletakkan akan menjadi ‘mesra’ dan mudah disatukan menurut sunnahtullah yang kita faham ketika ini. Tapi sebenarnya Allah boleh lakukan apa sahja menurut kemahuanNya tanpa asbab dan musabab sebenarnya.

Dan kita lihat proses kejadian kita seterusnya dan kita teliti kejadian itu dengan hati dan fikiran yang mendalam betapa Allah itu tidak memerlukan kita dan kitalah yang memerlukan Allah semata2 setiap masa.

Dibawah ini adalah gambar perjalanan kita yang sama untuk semua manusia diatas muka bumi ini.Cuma yang menghairankan, apabila sudah menjejak ke muka bumi yang fana ini, kita sudah menjadi berbeza fahaman pula.

Kenapa kita tidak lagi mengikut arahanNya setelah 9 bulan didalam perut ibu . Apakah kita sudah terlampau hebat untuk melawan Allah diatas muka bumi ini? Kenapa mesti menyembah patung2 yang tidak bernyawa dan syaitan2 yang menyesatkan kita semua..?

Renungkanlah untuk kebaikkan kita bersama.


40 hari 



36 minggu


16 minggu


18 minggu


26 minggu


8 minggu


16 minggu


19 minggu


24 minggu


20 minggu


6 bulan


last one

‘Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
(AlHajj : 22)

Tazkirah Jiwa: Dosa yang tidak diampunkan.


Comments

Popular Posts