Hati-hati beli secara online!

Semalam ke pusat service telepon pasal rosak plak tetiba. Sudahlah tempat servicenya jauh dari rumah, hujan plak tu nak naik motor pun kuyup.
Sesampai ditempat service di jalan tandang, aku pun park motor kat luar sana kerana office tu tak bagi parking luar. Setelah ambik card di pondok pengawal, aku pun kedalam untuk urusan seterusnya.

'Ramai plak pelanggan yang HP nya rosak hari ni'. Bisik hati aku bila no yang aku dapat agak terkebelakang.
'I buy itu through LAZA** how come you say it not original!'. Marah pakcik tu bila dia dapat tahu status HPnya yang rosak itu.

Kesian pakcik tu kerana terkena dengan penjual online yang menjualnya dengan harga yang murah tetapi bukan produk yang asli. Terkejut pakcik tu kerana baru pakai 1 bulan sudah rosak HPnya dan dia amat berharap yang pihak office yang aku pergi itu dapat menyelesaikannya tapi nasi susah menjadi bubur. Dia sudah terkena dengan penjual di portal online yang terkenal di negara kita.

Antara nasihat pihak pembekal produk asli itu ialah jangan beli produk HP secara online kerana ditakuti bukan yang asli dan kita tidak dapat jaminan warranty daripada pihak jenama tersebut.

Entahlah, aku punya HP pun satu hal gak. Dia cakap hp aku dah pernah masuk air dan pihak dorang takleh nak cover warranty disebabkan kelalaian pengguna.

'Sudahlah hp aku ada satu tu je, baru beli 3 bulan dah kong. Aduhh dugaan sungguh hidup aku ni'.

Masalah dunia ni tak pernah habis, selesai yang ini datang plak masalah yang lain plak. Esok dah nak ramadhan, persiapan apapun tak selesai lagi.

Semoga Allah langsaikan setiap masalah kita dengan caraNya dan kita dapat menikmati hidup ini dengan penuh berkah dan rahmah.

Sejukkan jiwa dengan tonton video dibawah ini.
Teringat zaman kecik2 dulu2 bila berbuka puasa dengan adik2.


Comments

Popular Posts