Hospital Salam:Kasar juga doktor disitu rupanya.

Sepatutnya ada besarlah perbezaan diantara perkhidmatan di hospital kerajaan dengan hospital swasta. Hopsital kerajaan kita faham akan bebanan kerja disebabkan jumlah pesakit yang terlalu ramai. Ini berbeza dengan cara kerja dihospital swasta yang mempunyai SOP yang cantik serta mesra pelanggan.

Ialah dihospital swasta kita bayar semua perkhidmatan yang diberi bermula dari sebuah senyuman ketika datang hinggalah sebuah lambaian ketika pulang. Tapi ini tidak berlaku semalam!!!!

Semalam (4/6/2015) anak aku terluka dikepalanya sedikit kerana terhantuk dibucu pintu rumah. Banyak darah mengalir dikepalanya. Oleh itu kami membawanya ke hospital salam di seksyen 19 shah alam selangor rawatan dan tiba disana dalam pukul 5.30 pm.


Seorang doktor lelaki melayu dengan beberapa pembantu telah merawat luka di kepala anak di unit kecemasan.

'Kita terpaksa terpaksa cukur kepala anak ini untuk lihat kesan luka pada kepada dia'. Arah doktor itu dengan menyediakan kelengkapan disampingnya.

Setelah dibasuh kepala anak aku itu, lalu dibalut (seperti dibedung) untuk mengurangkan pergerakkan anak itu dan proses mencukur kepala dimulakan. Dan.................. ini kesannya setelah dicukur kepala anak aku itu.


 Sepatutnya kesan luka itu hanya ditengah sahaja, tapi setelah dicukur oleh doktor itu dengan cara yang bersahaja menyebabkan kesan luka menjadi dibahagian atas dan bawah.



'Cukurlah elok2 sikit doktor, kesian kepala anak saya dah jadi banyak kesan luka macamni'. Tegur aku pada doktor yang bertugas sambil memegang kepala anak aku yang asyik menangis dari tadi.

'Saya dah cukur dengan elok tapi kepala dia bergerak2, pasal tu ada kesan luka'. Jawapan yang diberi doktor itu tidak menyenangkan hati aku.

'Saya hantar anak saya bercukur rambut di kedai gunting pun tak der kesan luka teruk macam ni'. Balas aku yang mula bengang tapi masih menahan diri untuk bercakap dengan nada yang rendah.

'Kalau ini anak doktor, adakah doktor akan buat sebegini juga'. Sambung aku menahan darah yang mengalir dikepala anak aku.



'Kalau anak ini anak pengarah hospital ini adakah doktor akan buat perkara yang sama pada anak saya?' Keadaan agak tegang ketika itu dengan mata aku mula bergenang airmata.

'Kalau awak tak puas hati, boleh bawak anak awak kehospital lain sekarang dan saya minta maaf'. Tinggi sedikit nada doktor itu menunjukkan egonya yang mempunyai title doktor.

Aku jadi serba salah, adakah aku dihospital kerajaan ataupun dihospital swasta sekarang ini. Kenapa aku cuba melahirkan rasa simpati anak aku berkenaan luka yang disebabkan oleh cukuran doktor itu dibalas dengan ugutan 'dihalau' dari mendapatkan perkhidmatan yang berbayar itu.

Adakah begini SOP untuk seorang doktor swasta dalam menangani karenah pelanggan mereka. 'Menghalau' pelanggan yang tidak sebulu dengan mereka merupakan cara kerja mereka? Aku pasti bukan semua doktor di Hospital Salam itu berwatak begitu dan banyak kali aku kesana mendapat layanan yang setimpal dengan bayaran yang diberi.

Aku agak boleh terima (walau berat nak terima) luka tambahan itu disebabkan kecuaian doktor tersebut, dan aku boleh cool jer untuk tidak memanjangkan kes ini, tapi bila doktor itu cuba 'menghalau' aku untuk mendapatkan perkhidmatan ditempat lain, aku tidak boleh terima.

Adakah jika pesakit itu cucu kepada Tan Sri Muhyidin Yassin (TSMY) Timbalan Perdana Menteri kita dan ketika itu beliau juga hadir melihat  cucunya dirawat dengan kesan yang sama dan adakah doktor itu akan 'menghalau' TSMY dapatkan perkhidmatan dihospital lain atas kerana tidak berpuas hati dengan cara kerja doktor itu?

daAds

Barangan bayi dengan harga terbaik. Sementara stok masih ada.

Aku cuba memahami akan beban kerja doktor tersebut tapi aku tak leh terima kena 'halau' dari mendapatkan rawatan disitu. BUkan semua orang mampu mendapatkan perkhidmatan di situ melainkan jika ada wang terlebih ataupun dilindungi oleh insurance.

Aku juga pernah 'dihalang' untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta 4 tahun lalu disebabkan tiada duit yang mencukupi, dan aku terima kedaifan aku itu yang tidak memberi manfaat wang kepada mereka, tapi bila aku 'ada wang' seadanya yang mampu membayar kos rawatan anak ini, juga 'dihalau', apa yang mereka hendak dari kami sebagai pelanggan sebenarnya?

Buat pengurusan Hospital SALAM, mohon untuk 'bersama' saya dalam hal ini. Saya bukan mengkondem perkhidmatan syarikat tuan, cuma ingin membetulkan keadaan yang mungkin pada saya amat mengguriskan perasaan.

setelah dijahit tapi kesan luka cukuran amat nyata.

Saya ucapkan jutaan terimakasih kepada kakitangan dan  doktor yang bertugas dalam merawat anak saya tempohari. Saya maafkan doktor itu atas kapasiti saya sebagai saudara seagama, tapi tidak atas kapasiti saya sebagai pelanggan.


Tazkirah untuk santapan rohani.(Khutbah Haji Widak)

 

Comments

Popular Posts