Teknlogi Buraq melangkaui zaman

Adakah Baginda SAW pergi ke baitul muqaddis lalu naik kelangit dan pulang semula ke bumi mekah hanya dalam masa sepertiga malam itu mengarut?

Memang mengarut!! Kenapa mengarut? kerana otak kita tidak mampu untuk menerimanya ketika zaman itu, akan tetapi para sahabat Baginda SAW tidak begitu. Mereka tetap meyakini segala kata2 Baginda SAW.

Dizaman 1400 hijrah yang lalu, untuk keBaitul Muqaddis memerlukan lebih 2 bulan berjalan kaki dari Mekah kesana. Dizaman itu pengangkutan paling ekonomik adalah dengan unta. Berapa cepat unta mampu bergerak dalam seminit? Oleh itu cerita Baginda SAW ke Baitul Muqaddis itu cukup karut. Tapi ........

Allah telah buka hijab ilmu buraq pada zaman kini. Mungkin zaman dahulu perkara ini kelihatan agak mustahil untuk berlaku. Oleh itu, aku ambik beberapa teknologi terkini untuk difikirkan dan di aplikasikan dalam menjadikan perjalanan Baginda SAW itu logik dan mudah untuk difahami.

Tonton video ini dan fikirkan agak logik mudah itu.


Sudah tonton video diatas.?

Itu ilmu yang Allah bukakan untuk kita fahami pada zaman kini. Mungkin pada zaman silam, ada teknologi yang Allah bukakan buat orang beriman memahami perjalanan pantas Baginda SAW itu hanya sepertiga malam.

Mungkin dalam 30 tahun akan datang pula ada teknologi yang lebih canggih yang Allah berikan pada manusia dalam memahami perkara ghaib di zaman Baginda SAW dahulu. Pernahkah kita terfikir kita boleh bercakap dengan sahabat di USA secara 'realtime' tanpa perlu berjumpa?

 Kita khuatir adakah Baginda SAW dibedah oleh para Malaikat sebelum Baginda SAW israk dan mikraj kelangit itu benar tanpa sesiapa yang meilhatnya.? Bolehkah hati Baginda SAW dibawa keluar dari badannya lalu dibersihkan dan di pasang semula pada tubuh Baginda? Pernahkah kita lihat bagaimana para doktor kini boleh melakukan pembedahan jarak jauh dengan teknologi terkini tanpa perlu hadir dibilik pembedahan yang terletak beribu KM itu?


Semua itu sudah Allah berikan logiknya pada millinium ini yang memudahkan kita untuk memahaminya. Pembedahan demi pembedahan yang para doktor lakukan juga mengiyakan pembedahan Baginda SAW pada ketika itu.

Banyak lagi kemustahilan dizaman Baginda SAW itu sudah boleh difahami logiknya kini dan menambahkan lagi keyakinan dan keimanan umat Baginda SAW kepada agama suci ini.

Anda rasa semua itu karut? Tonton lagi sekali video diatas untuk menyakinkan tahap pemahamana anda dan bagaimana semua itu menjadi mudah untuk diyakini.

Wallahuaklam

Comments

Popular Posts