masjid diMalaysia tidak selamat

Terjemahan perbualan antara aku dengan seorang jemaah dari Palestine di masjid sekitar sunway Selangor.
'Saya letak di bhgn belakng sana bang, dalam bag tu ada laptop macbook,pasport dan juga duit'. Kata saudara Mahmood menunjukkan tempat dimana bag itu diletakkan ketika dia menunaikan solat zohor semalam.
'Kenapa awak letak dibelakang masjid ketika solat,?'. Tanya aku sedikit terkejut dengan cerita beliau yang berasal dari palestine.
'DiPalestine barang2 adalah selamat walaupun letak dimana sekalipun dalam masjid bang'. Cerita Mahmood dengan muka yang penuh penyesalan. Mana aku nak letak muka bila dia bandingkan sana dan sini?

Kisah masjid dan juga kecurian tidak dapat dipisahkan. Aku rasa semua masjid di dalam negara ini pasti ada kisah tersendiri mengenai kecurian ini. Tabung2 surau dan masjid sudah menjadi tabung pencuri pula sekarang ini. Pelbagai teknik dan taktik pencuri menerobos masuk kedalam tabung masjid tanpa siapa pun yang ketahui.

Surau ditempat aku juga tidak terlepas dari masalah ini. Tabung yang diletakkan di luar surau sudah lumat dikerjakan oleh sang puncuri tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa jemu. Kebetulan ketika itu baru dipasang CCTV, jadi dapatlah kita lihat sedikit teknik dan taktik yang advance dalam mencuri duit surah seperti yang terlihat pada video dibawah.

Terkadang terdapat kes kecurian bag tangan jemaah oleh pencuri wanita ketika solat. Tak dapat aku nak bayangkan bagaimana perasaan ketika bag itu ditarik dari tempatnya dan dibawa keluar dari surau. Tidak siapa yang bisa lakukan perkara ini melainkan orang yang sudah biasa mencuri dikawasan tersebut.


'Usahkan tabung surau atau masjid di pecahkan yop, bag2 tangan dan kadang bag baju kita pun leboh kena sapu'. Ujar seorang AJK masjid di sekitar sunway tersebut.

Betul kata AJK tersebut. Aku yang biasa solat dikebanyakkan masjid yang aku lalui, berasa takut utk meninggalkan bag dibahagian belakang ketika solat melainkan letak dibahagian hadapan sahaja. Jika aku letak dibelakang, pakat tak 'solatlah' aku memikirkan bag aku dibelakang.

'Allah tak jaga ker bag kita dari dicuri ketika kita solat yea bang?'. Tanya seorang jemaah ketika mendengar perbualan aku dengan sahabat mahmood tadi.

Adakah Allah yang perlu kita salahkan tidak menjaga bag kita ketika solat?  

Kejadian  bag tangan dicuri ketika solat selalunya banyak terjadi disurau2 dipusat membeli belah ataupun di stesen2 bas. Lakonan pencuri2 ini biasanya akan duduk disitu seolah2 mengaji ataupun berbaring tidor sementara menunggu mangsa seterusnya.

Saat paling enak untuk mencuri bag ini adalah ketika sujud. Ketika inilah pencuri akan beraksi dan mereka memerlukan masa yang tepat agar tidak diketahui oleh tuan punya bag itu. Ini bermakna sipencuri itu juga memahami 'timing' yang cantik dalam solat untuk mencuri.

daAds


Kenapa Allah izinkan perbuatan mencuri ini berlaku dirumahNya? Persoalan ini sukar untuk dijawab kerana itu semua adalah hak Allah untuk tentukan itu dan ini. Tapi yang boleh aku fikirkan dan kongsikan adalah mungkin macamni kot:

   1- Kebanyakkan surau2 dan masjid2 di negara kita menganggap duit kutipan harian dan mingguan itu hak milik exclusive AJK masjid/surau tersebut dan hanya mereka sahaja yang tentukan kemana duit itu harus dibelanjakan. Kebiasaannya duit itu digunakan lebih kepada simpanan akaun masjid/surau sampai billion2 RM.

  2- Duit yang dikutip digunakan untuk mencantikkan masjid/surau sampai kelihatan seperti istana. Dikeluarkan tender membina pagar, memasang karpet dan sejadah dan juga memohon sumbangan dari jemaah untuk membantu membina itu dan ini yang dicadangkan oleh AJK masjid/surau.

  3- Melaburkan/meleburkan duit masjid dengan menyertai pelaburan itu dan ini kononnya untuk membanyakkan lagi duit masjid/surau dimasa hadapan.

Pernahkah AJK surau/masjid datang kerumah kariah2 disekitar situ bertanya khabar dan ajak mereka bersolat kesurau bersama2. Kenapa AJK surau/masjid tidak mahu turun padang membantu 'menarik' tangan2 bakal2 jemaah kemasjid.

'Aku tengok imam tu lain macam jer pandang aku bila aku gi sembahyang maghrib mlm tadi, taulah aku jarang gi surau tapi jangan lemahkan semangat aku dengan pandang serong macamtu'.

Ini yang biasa berlaku di masjid/surau terutama di kampong2 sana. Ini memperlihatkan bahawa AJK surau/masjid risau kedudukan mereka akan terancam bila ada jemaah baru dikariah mereka kerap berkunjung kemasjid tempat mereka 'berkuasa'.

Adakah masjid/surau itu menjadi medan 'pertempuran' untuk mendapatkan kuasa sekecil itu? Kenapa sampai begitu sekali rumah Allah diperlakukan sehingga terkadang terhasil 2 jemaah yang berlainan imam disatu tempat disebabkan masalah politik dirumah Allah.


Kenapa tidak digunakan bujet masjid hasil kutipan harian itu digunakan untuk kebaikkan penduduk disekitar kariah tersebut. Pada papan tanda carta organisasi masjid itu kelihatan ada jawatan AJK dakwah dan rohani. Akan tetapi yang memegang jawatan AJK tersebut pun tidak kelihatan kemasjid setiap waktu malah hanya terjumpa ketika solat jumaat sahaja.

Mungkin sebab2 inilah tabung2, pejabat2 masjid/surau dipecah masuk oleh pencuri2 tanpa rasa takut dan bimbang. Bila masyarakat sekeliling dibiarkan leka tanpa sebarang 'ajakan' dakwah kepada mereka selama ini maka bala Allah akan pasti turun ditempat tersebut terutama kepada AJK masjid/surau yang kuasanya pasti akan disoal oleh Allah disana nanti.

Guna duit masjid itu untuk beri ilmu kepada masyakat telebih dahulu berbanding nak mencantikkan masjid. Bila masyarakat celik ilmu agama, letak duit didepan tangga masjid pun takkan ada yang berani hendak mengambilnya. Inilah cabaran untuk AJK masjid dalam mendepani masyakarat setempat agar setiap permasalahan dapat di selesaikan dalam kerangka agama Allah yang Maha Suci ini.

'Saya amat bersimpati dan berasa amat malu dengan kejadian ini bro, sudahlah awak susah2 datang Malaysia menuntut ilmu, sampai disini hilang pula harta berharga di rumah Allah'. Beritahu aku pada Mahmood rakyat palestine itu.

'Sudah beritahu AJK masjid pasal kehilangan barang saudara itu'. Tanya aku lagi.
'AJK hanya kata , apa boleh buat?'. Jawab mahmood bergenang air mata.

daAds
http://ho.lazada.com.my/SHARWA

Comments

Popular Posts