Seronoknya Ramadhan kali ini
Sedar tak sedar ramadhan datang lagi. Rasa penuh jiwa bila ramadhan semakin hampir kesisi.
'Aku rasa lain macam jer nak sambut ramadhan kali ni pak din'. Kata aku pada pak din.
'Apa yang lain nya yop'. Balas pak din.
'Entahlah pak din, rasa macam dah tak jumpa jer ramadhan tahun depan, dan aku rasa rindu sangat pada ramadhan kali ni'. Cerita aku dengan mata bergenang2 dibuatnya.
'Janganlah cakap macamtu yop,Tan tah aku yang pergi dulu kau yop!'. Jawab pakdin menguatkan sedikit rasa lain macam didada aku ini.
Bersempena kedatangan bulan yang kita nantikan ini, aku selaku tuan punya blog ini akan berkongsi sedikit ilmu yang ada dalam kita mengharungi ramadhan kali ini dengan penuh hikmah dan berkualiti. Aku juga seperti kalian masih mencari ilmu sebanyak mungkin agar menjadi panduan dalam hidup kita insyaAllah.
Aku akan berkongsi video2 yang pernah aku hasilkan untuk mengisi kekosongan jiwa agar sentiasa merasa betapa Allah amat menyayangi. Bila tazkirah tu di buat dalam bentuk video,kadang2 impak dia lain sikit..Bagi aku lahkan...
Bila terkenang2 kisah berpuasa zaman kanak2 ni aku jadi sayu pun ada. Teringat zaman ada apak dan emak yang sibuk menyiapkan itu dan ini untuk juadah berbuka puasa kami sekeluarga. Masa tu bila dapat selesaikan puasa sehari rasa macam best sangat walaupun tidor sepanjang hari.Hihi.
Bila lepas asar jer dapur kat rumah mak mesti sibuk dengan asap. Asap kuah itu, asap kuih itu dan asap ikan bakar dan macam2 juadah yang hanya hadir setahun sekali.
'EE!! gi kedai depan beli kicap satu botol dengan taucu lima kupang'. Itu antara arahan yang biasa aku terima dari mak bila menjelang nak masak utk buka puasa. Kedai yang terletak didepan jalan masuk kerumah aku menjadi sebahagian dari 'prop' dalam kehidupan seharian aku semasa kecil.
Apak biasanya akan berehat dirumah belah petang lepas asar dan kebiasaannya dia akan lepak2 di tepi sungai bersama orang2 kampong sementara menunggu waktu berbuka puasa. Jika apak tidak berbuka puasa bersama kami, dia akan berbuka bersama orang2 kampong dimasjid. Inilah routine apak sepanjang ramadhan di kampong.
Pada zaman aku kecik2 dulu, pasar ramadhan ini belum wujud lagi terutama di kampong2 ni. Semua juadah adalah dimasak oleh emak dengan barang mentah disediakan oleh apak. Kalau aku pergi kekedai beli barang pesanan emak, mesti dalam peti ais kedai tu ada bungkusan cendol hijau dan juga ketulan cincau. Hanya bulan ramdhan sahaja tuan kedai jual benda tu. Telan air liur dibuatnya pasal nak beli tak cukup duit. :(
Itulah sebahagian dari kenangan bersama apak dan emak dibulan ramadhan 35 tahun yang lalu dan kini aku pula menjadi apak buat anak2 aku. Cepat sangat masa berlalu sehingga tertinggal banyak benda di perjalanan yang sungguh mencabar ini.
Tinggal dalam 15 hari lagi sebelum ramadhan 2015 datang menyapa, aku pun tak tahu apa yang harus disiapkan untuk menghadapinya. Budaya masyarakat melayu Malaysia yang cukup banyak berbelanja di bulan mulia ini memberi kesan langsung pada aku, itu belum bercerita bab menghadapi syawal lagi.
Jangan fikir syawal lagi buat masa ini. Serahkan semuanya padaNya dan kita teruskan pelayaran dengan arah yang telah ditetapkan oleh Nabi SAW kita.
daAds
'Aku rasa banyak ruginya kita berniaga dalam bulan ramadhan ni, yelah penat2 niaga sampai malam pastu bnyk ibadah kita tertinggal'. aku cuba berdiskusi pasal niaga dalam ramadhan yang orang ramai berebut2 untuk kearah itu mencari duit raya.
'Aku tak setuju pandangan kau, itu semua bergantung pd hati seseorang tu, kalau dia tak mo solat, dok kat rumah pun dia tak solat'. Marah suhaimi bila aku usulkan peringatan itu tadi.
Galilah lebih banyak ilmu dibulan yang mulia lagi menarik ini kelak agak kita sentiasa terpandu keraha kebaikkan dan sentiasa berasa amat bersyukur kepada Maha Pencipta. Hanya dengan ilmu yang betul akan menjadikan kita insan hebat diatas muka bumi insyaAllah.
Oleh itu kisah2 politik akan dikurangkan bersempena bulan mulia ini dan juga untuk tidak menyinggung sesiapa agar bulan ramadhan ini menjadi bulan yang penuh keberkatan dan kemulian

Comments
Post a Comment