Melayu itu celaka?
'Itulah melayu, malas dan suka ambil jalan senang'. Kenapa bangsa kita suka maki hamun bangsa sendiri. Tidakkah kita harus bangga akan keturunan kita dari Nabi Ibrahim juga Nabi Noh.
Bila pasal mengutuk bangsa sendiri, orang melayulah yang paling banyak melemparkannya. Apakah kalian malu jadi bangsa melayu? Tahukah anda akan cerita ini?......
Bila pasal mengutuk bangsa sendiri, orang melayulah yang paling banyak melemparkannya. Apakah kalian malu jadi bangsa melayu? Tahukah anda akan cerita ini?......
"Pernahkah kita bertanya dari mana asalnya bangsa Melayu. Siapakah Melayu itu sebenarnya. Asal-usul bangsa Melayu itu dikatakan sebagai satu misteri.
Bangsa melayu itu terdiri dari dua kumpulan.
Kumpulan pertama adalah kumpulan Melayu-Levo atau lebih dikenali sebagai Melayu-Proto (contoh:orang asli). Mereka adalah dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.
Kumpulan kedua pula adalah Melayu-Deutro (contoh: Orang Melayu biasa) dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isteri ketiganya, Keturah (Keturah masih lagi misteri tetapi beliau berasal dari keturunan Melayu Kemboja).
Kumpulan pertama, iaitu Melayu-Levo datang dari kawasan pergunungan Himalaya dan menggunakan teknologi batu.
Manakala, kumpulan kedua (Melayu Deutro @ Melayu Induk) di Nusantara menggunakan teknologi besi dan datang dari sekitar Kemboja. Ini bermakna, bangsa Melayu itu sendiri sudah maju."
Nah!! Tidakkah kalian merasa bangga bahawa keturunan kita ini berasal dari banjaran Himalaya? Tahukah kalian bahawa Banjaran HImalaya itu tersimpan gunung tertinggi didunia iaitu Gunung Everest?
Sedarkah kita bahawa nama gunung Everest itu bukan nama sebenar gunung tersebut. Ianya dicipta oleh pendaki dari barat semata2 untuk menutup kehebatan nama Gunung itu yang tentunya berasal dari perkataan Malaya?
Siapakah yang menguasai puncak everest sebelum encik everest menawan puncak tersebut? Tentunya bangsa Malaya yang sudah menduduki banjaran tersebut dalam menguasai dunia belah sini. Tanah malaya sebelum diubah menjadi tanah melayu adalah kesinambungan dari tanah banjaran tersebut. Masakan tidak bangsa melayu dari Himalaya datang mencari kehidupan ditanah bertuah ini.
Tidakkah kita belajar bahawa bangsa Malaya pernah menguasai empayar nusantara dengan Achehnya, Melakanya, Majapahitnya serta langkasukanya. Sejarah melaka membuktikan bahawa Bangsa Malaya ini hebat dalam segala segi. Pandai berdagang, menguasai laut dan daratan.
Kenapa islam senang mendapat tempat dikalangan melayu nusantara mahupun melayu diseluruh dunia? Kerana keturunan Melayu atau sebenarnya MALAYA itu adalah keturunan para Nabi2 dan Rasul2. Tercampaknya kita dari bahtera Nabi Noh disebelah sini telah memakmurkan nusantara.
Melaka kononnya diambil dari nama pokok Melaka, tapi aku fikir ianya bermula dengan nama Malaya. Melaka menjadi kota nadi buat malaya dan disemadikan nama itu pada negeri yang kecil ini. Didalam tanah malaya terletak ibu negera bernama Malaya.
Kenapa selat melaka tidak diberi nama selat sumatera ataupun selat langkasuka.? Kerana seluruh tanah Malaya (malaysia, indonesia,brunai, kemboja juga filipina) adalah dibawah naungan kerajaan Malaya yakni Malaka.
Bila pihak musuh dari dunia belah sana mengkaji akan kehebatan bangsa ini, maka diutusnya pedagang2 mereka datang berbaik2 dengan bangsa malaya. Permulaannya seperti ingin berdagang dengan kita, tapi sebenarnya mereka cuma ingin memecahkan bangsa malaya seperti mana yang mereka lakukan pada tanah arab sana.
Jika tidak, kenapa semua kesultanan ditanah malaya ada yang lari dan ada yang khinat pada bangsa. Diubahnya pemikiran bangsa malaya ini sehingga kita kini menjadi bangsa yang terlalu lemah imannya dan senang dibeli jiwanya.
500 tahun lebih digunakan semata2 untuk membentuk bangsa malaya yang baru yang lebih dikenali sebagai bangsa Melayu. 31.8.1957 adalah bermulanya dikekalkan nama melayu pada kita dihilangkannya identiti sebenar kita iaitu Bangsa Hebat Malaya.
500 tahun diajar tentang kesenangan dan kemalasan, akhirnya bangsa kita ini dipimpin pula oleh pihak2 yang sudah kuat terdoktrin dengan baratnya. Terfikirkah selama hampir 60 tahun kita merdeka, bangsa Malaya ini sudah semakin melayu jadinya. Negara kita terpecah kepada menjadi banyak negara. Dulunya kita disegani sampai dijajah tanah kita kini kita sudah menjadi bangsa mengemis.
Pemimpin kita sudah tidak lagi bertanggungjawab menjaga kita seikhlasnya. Taktik barat digunakan dengan digula-gulakan kita. Ambik kelebihan sedikit buat kita tapi banyakkan pada mereka. Bangsa malaya sudah 'hilang' didunia. Hang tuah berkata 'Tidak akan hilang melayu didunia' tapi sebenarnya Bangsa Malaya yang sudah sirna.
Jangan dikutuk bangsa sendiri. Kerana kita pernah duduk berdiri sama tinggi. Andai ISLAM itu bukan dalam hati, sudah lama kita dibunuh atau gantung diri. Bukan salah kita anak2 tidak menjadi, tapi pemimpin negara yang buta pentingkan duniawi.
Raja2 dan sultan2 dahulu, menjaga iman rakyatnya, sehingga lari tidak mahu tunduk pada bangsa puaka yang datang menjajah kita. Kenapa Melaka tiada lagi raja sedangkan disitulah pusat tanah Malaya. Adakah kebetulan mahupun perancangan musuh kita. Andai Melaka dibiar ada raja, pasti tanah Malaya kembali bersatu dibawah satu bendera.
Bangunkan anak2 kita dan bangga anak2 kita bahawa darah Malaya tidak pernah kering dalam minda. Jangan terpaut pada manisnya mulut sang penguasa. Andai terleka , kelumbang biawaklah kita semua.
" Nama Melayu mungkin telah wujud sebelum Islam tersebar di Nusantara dan mungkin Melayu merupakan bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (rumpun Melayu mempunyai terlalu banyak pecahan suku kaum).
Menurut ahli kitab Nasrani, Nabi Nuh telah menjadi pemimpin selama 600 tahun selepas banjir besar tersebut, dan menurut mereka bangsa yang dipimpinnya adalah bangsa China yang berpusat di Asia Tengah atau Tibet. Bangsa ini mempunyai kelebihan dalam lautan dan ia menjadi satu kelebihan perluasan bangsa ini.
"Namun, bangsa yang dimaksudkan bukanlah bangsa China, sebaliknya bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan - Hitti, Chatay atau Kattayo). Ini kerana, bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran tertinggi di dunia itu sebagai banjaran Himalaya. Bangsa Melayu juga yang amat mahir membina bahtera, meredah lautan serta menduduki 60% muka bumi sejak beribu tahun dahulu. Kemungkinan besar bangsa Melayu mahir dalam bidang kelautan kerana telah diajar oleh Nabi Nuh a.s. selama 600 tahun dahulu semenjak banjir besar tersebut.'
Ps: YaAllah selamatkan anak2 kami dari kesesatan dan berikanlah kami ilmu yang bermanfaat.
terbaik, setiap dari kita perlu bangkit kn kembali ruh melayu dlm diri tiap anak bangsa
ReplyDeletemalaya tu bukan tu bukan digunakan orang inggeris ke.? boleh saya tahu ada tak sebarang bukti untuk kaitkan orang melayu dan himalaya ni?
ReplyDelete