Hati seorang ayah tak siapa yang tahu!

Terbaca diruangan FB ternampak plak post yang menyebabkan air mata ku tetiba bergenangan. Kisah ini mungkin dah biasa buat kita dengar di dada akhbar ataupun di media elektronik. Kisah suka duka manusia sementara menunggu ajal tiba.

Tapi kali ini aku tersentuh plak membacanya. Kisah seorang ayah yang biarlah apa orang nak kata asalkan tidak mencuri dan merompak sahaja. Aku nak copy paste jer cerita dia, tapi aku rasa nak story sikit dari sudut belah sini...Kasih ayah membawa kesyurga, Ujian Allah bukan kita pinta tapi itulah kehendakNya menguji iman kita dan orang disekeliling kita. Untuk sang ayah, bersedia untuk mengelap air mata....

Saban hari kita disajikan akan kecurangan seorang lelaki bernama ayah mahupun suami. Kononnya golongan suami ini hanya pentingkan diri sendiri tanpa kisah pasal masalah itu dan ini.

Bila masuk dalam TV rancangan 'Bersama Awak', kita disajikan akan kisah seorang janda yang berpisah hidup dengan sang suami sejak dua tiga menjak dan anak2 ditinggalkan bersama sang isteri tanpa sebarang pembelaan oleh sang ayah yang pergi tanpa khabar berita.

Tapi tahukah kita bahawa sang ayah itu tetap fikirkan zuriat2nya walaupun dikata itu dan ini. Kita biasa dengar bermacam2 kes perceraian berlaku saban hari disana sini dan berebut penjagaan anak2. Tapi kebanyakkan ayah 'mengalah' dalam hal ini kerana tidak mahu menyesakkan fikiran mereka yang masih kecil.


daAds


Tapi kisah abg ini bukan berebut hak penjagaan anak2nya cuma 'berebut' rezeki dari insan2 yang hadir hatinya menyelami kisah ujian yang berat bagi dia. Dengan sedikit ilmu resepi yang mungkin dimiliki oleh sang isterinya, abg ini cekalkan hati ingin 'berkongsi rasa' kek muffin itu bersama dengan saudara2 diluar sana.
'Berapa harga sebiji kek ini yea bang?'. Mungkin itu persoalan yang mungkin ditanya bagi insan2 yang ingin membeli produk jiwa beliau itu.
'Terpulanglah pada akak nak bayar berapa, kerana saya jual ni bukan nak untung cuma nak cari sedikit duit untuk membiayai kos rawatan anak saya sahaja kak'. Dan mungkin itu yang mampu dikatakan oleh abg ini kepada 'pelanggan' nya.

Hati mana tidak luruh jika itu yang terkeluar dari mulut sang penjual kepada sang pembeli. Apa yang ayah itu nampak pada kek muffinnya hanya wajah anak nya yang diuji lumpuh semasa kecil. Mungkin bagi abg itu keknya sudah tiada rasa kerana bibirnya kebas menahan air mata dari tumpah.

Bagi sang ibu pula, kerjaya baginya hanya menyesakkan jiwa dikala fikirannya hanya tertumpu pada anaknya. Apa yang mampu untuk ketika ini adalah, duduk dirumah membelai sang anak yang perlukan perhatian sementara sang ayah 'mengambil' tempat ibunya berkerja dengan berniaga agar dapat menampong lauk pauk dan susu anak dikala hari meningkat tinggi.

Ramadhan 2015 semakin dekat menghampiri. Dikepala sang ayah, kemanakah harus aku cari lagi rezeki buat anak ini agar dia juga bisa gembira seperti anak2 lain. Apa yang terbayang difikirannya hanyalah bantuan dari Allah semata2 melalui jalan hamba2nya yang lalu lalang di gerai kecilnya.

Betapa berat mata memandang berat lagi jiwa hendak memikulnya.

Baca semula dari sumber asal DISINI.

YaAllah jangan uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu memikulnya dan ringankanlah sedikit derita buat sang anak itu agar dia bisa melihat dunia ini seadanya dan akhirnya dapat kesyurgaMu tanpa hisab..Ameen

Sayu je hati mengenangkan ramadhan yang bakal tiba bila dengar si Maher Zain nyanyikan..


Apa idea anda dalam hal seperti abg diatas itu? Kongsikannya disini.

Comments

Popular Posts