Melayu dalam bahaya!

Malaysia digelar truely Asia. Bila aku tengok2 disekeliling memang benar kata2 tersebut. Hanya diMalaysia sahaja yang terdapat pelbagai jenis manusia menginap didalamnya.

Ada orang Melayu, Jawa, Indonesia, Cina, Thailand, Bangla, India, Filipina, Pakistan, Arab, Kampuchea, Laos, Monggolia, Vietnam, Jepun, Korea, Taiwan, Afrika dan macam2 bangsa disini. Memang tepatlah kerajaan menggunakan motto Malaysia Truely Asia.

Tapi, tahukah kita dimana anak2 kita akan berada 20 tahun dari sekarang?

Teringat masa belajar sejarah disekolah menengah diIpoh dahulu. Ketika negara kita dilimpahi oleh Allah dengan hasil bijih timah pada zaman kegemilangan kerajaan melayu di Malaya dahulu terutama dinegeri Perak. Nama negeri Perak itu juga bersempena dengan hasil mahsyul yang banyak dinegeri bertuah itu.


Negeri yang penuh dengan hasilan bijih timah ini di mulakan industri oleh Long Jaafar pada tahun 1848. Disini memperlihatkan bahawa perusahaan bijih timah ini di kuasai oleh saudagar Melayu kita sendiri. Disebabkan permintaan bijih yang tinggi, maka dibawa masuk pekerja2 daripada tanah besar china sebagai buruh kasar dilombong2 diseluruh negara.

Pendatang2 daripada tanah besar china banyak menyumbang kepada hasilan bijih yang lebih banyak terutama pada zaman pemerintahan British di tanah melayu. Perkelahian dalam merebut lombong2 bijih sering terjadi diantara pembesar2 negeri. Bab itu korang baca sendiri di dalam buku sejarah lah yea.



Disini aku nak memperlihatkan bagaimana bangsa melayu suatu ketika dahulu menjadi tuan ditanah ini tapi sekarang menjadi hamba ditanah sendiri.

Kawasan2 lombong telah menjadi bandar2 baru dan ini mempercepatkan perkembangan ekonomi setempat. Pendatang2 dari china mula berniaga sikit2 sesama mereka dalam kelangsungan hidup di kawasan lombong tersebut. Disebabkan kedaifan hidup diperantauan, mereka sentiasa tolong menolong sesama mereka terutama dalam hal perniagaan kecil2an mereka.


Perkembangan pesat perusahaan bijih timah ditanah melayu telah menyuburkan perniagaan kecil golongan pekerja2 cina tersebut. Tanpa mengenal penat dan lelah di samping sikap 'survival' mereka yang tinggi di tanah orang, menjadikan mereka kini menguasai hampir 90% kekayaan negara. Mereka layak untuk itu kerana kesungguhan mereka dalam mencari kekayaan.


DiIndonesia dikatakan bahawa 99% ekonomi negara itu dikuasai oleh golongan ini. Dan faktor yang sama seperti di Malaysia terjadinya mereka seperti itu sekarang. Berbeza dengan golongan India yang merantau kesini suatu ketika dahulu. Mereka kebanyakkannya ditempatkan di estet2 dan ladang2 getah yang dikuasai oleh saudagar2 Inggeris.

Kebiasaannya kawasan pertanian jarang terdapat bandar2 baru untuk aktiviti ekonomi berlangsung. Oleh itu ianya tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi golongan india tidak seperti pada golongan cina di lombong2. Andai golongan India ini di tempatkan dilombong2 dan golongan cina ditempatkan di ladang2, mungkin sejarah sekarang perlu diubah skripnya.


Sekarang pada tahun 2015 ini, sejarah kedatangan pendatang yang ingin bekerja di sini berulang kembali. Jika dahulu perusahaan bijh dan getah menjadi faktor kedatangan mereka disini, sekarang semua industri memerlukan pekerja dari negara2 berdekatan dalam jumlah yang banyak.

Dikatakan hampir 4 juta pendatang bekerja diMalaysia. Mula2 mereka bekerja di pelbagai sektor diseluruh negara tapi kini mereka mula mengorak langkah menjadi peniaga2 yang hebat. Kedai runcit di lembah kelang dikuasai oleh golongan dari Acheh dan kelihatan golongan dari Bangladesh mula berjinak2 untuk berniaga.

Kedai2 tomyam di kuasai oleh pendatang dari Thailand dan pelbagai jenis perniagaan lagi yang di jalankan oleh golongan pendatang tersebut. Mereka bermula sebagai pekerja disini dan kini sudah bergelar peniaga.Jalan berdekatan dengan Mydin KL bersebelahan dengan kotaraya sudah seperti bukan diMalaysia nampaknya. Papantanda perniagaan semuanya bertulis dengan perkataan dari bahasa Bangladesh, Myammar dan juga India.


Kehadiran mereka kesini dalam masa 20 tahun kebelakangan ini telah menukar jalan2 diKL menjadi koloni puak2 mereka. Mereka berjaya ditempat orang dan mereka mula menguasai ekonomi kita tanpa perlu sebarang pertolongan dari kerajaan Malaysia.

Dimana anak2 kita sekarang ini. Nilai 3 yang terkenal dengan kawasan jualan fabrik terbaik negara sudah dikuasai oleh orang2 pakistan.Bangunan Low Yatt di KL yang terkenal dengan produk IT nya sudah kelihatan orang2 pakistan, bangladesh dan Arab mula berniaga disitu.



Kontraktor2 binaan sudah tidak terlawan dengan kontraktor2 dari Indonesia yang mampu memberi harga dibawah harga pasaran. Kedai2 gunting rambut dioperasi oleh orang acheh dan india serta kedai top up handphone dipunyai oleh orang Bangladesh dan India.

Selama hampir 60 tahun kemerdekaan tanah melayu ini, kehidupan kita sebagai pribumi disini tidak kelihatan meningkat. Semakin lama semakin terpinggir golongan kita di bandar2. Aku sendiri pun tercampak tersepuk di tepi sudut bandar ini mencari kehidupan.

Tiket ke Universiti sudah tidak menjanjikan sebarang harapan dimasa depan. Betapa ramai anak2 kita menganggur dipasaran dengan kelulusan yang tinggi sedangkan golongan pendatang hanya berbekal semangat dan harapan sudah mula menggajikan anak tempatan sebagai buruhnya.

http://ho.lazada.com.my/SHAGEs

Apakah kita akan menerima nasib yang sama seperti yang terjadi pada ayah dan atuk kita dahulu dimana mereka hanya dijadikan pekerja2 bawahan dengan gaji yang seadanya serta diberi kemudahan berhutang dengan institusi2 kewangan yang akhirnya terpaksa menjual tanah2 di kampong dan di bandar semata untuk menmpong hidup.

Apakah para pemimpin kita sekadar hanya mencorakkan bangsa sendiri dengan hanya diberi ikan tanpa perlu diberi joran. Pelbagai formula untuk bangunkan bangsa kelihatan tidak menjadi malah semakin teruk jadinya. Melayu yang gagah dizaman Hang Tuah dulu sudah hilang jati dirinya.  Melayu yang ada sekarang tercari2 rezeki untuk dimakan hari ini untuk menyambung hidup esok hari.


Aku pun pening dengan nasib diri ku ini. Apakah jalannya bangsa ku ini kembali hebat seperti zaman Malaya Melaka dahulu. Melayu tidak sepatutnya mengemis dibumi sendiri dan melayu tidak sepatutnya membunuh diri di tanah bertuah ini serta melayu tidak patut memulaukan bangsanya sendiri.

Habis tu apa yang patut kita buat sekarang?
'Buat apa lagi yop! tidor jelah, mana tau dapat mimpi jadi kaya karang!'.

Comments

  1. Yang teman tahu...Keretapi Tanah Melayu je yg ada nama Melayu...

    ReplyDelete
  2. betul tu yop....tak lama dinaikkn taraf jd ETS pulak,,hilang terus melayunya

    ReplyDelete
  3. Apa bezanya melayu malaysia dgn melayu indon? Pada hemat saya sama je, tak de bezanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasarnya sama?warganegara berbeza,so anak2 kita itu bermaksud anak2 melayu.malaysia.apa yg harus kita lakukn skrg utk anak2 kita ini! Trima kasih atas comment

      Delete

Post a Comment

Popular Posts