Brapa banyak yang mereka perlukan?

Kalau tengok dari segi ratio penduduk di Malaysia ini golongan India adalah ke 3 banyaknya dari segi jumlah. Mereka ini kebanyakkannya berada di ladang2 dan estet terutama di Perak, Selangor dan juga dibeberapa negeri pantai barat semenanjung.

Aku suka berkawan dengan masyarakat india ini kerana mereka agak jujur dan suka berlawak macam aku juga. Mereka ini mempunyai budaya yang hampir sama dengan budaya masyarakat melayu. Yelahkan, kita dulu pun dikuasai oleh mereka pada suatu masa dahulu. Tapi bila masuk bab yang satu ni, aku jadi susah hati sikit! Bukan sikit tapi banyak jugalah!!!

Sepanjang aku duduk diselangor ni aku lihat masyarakat India disini agak minoriti sifat dia. Yang agak banyak aku tengok mungkin di Kelang ke Banting kot rasanya. Tengokkan kehidupan mereka tidaklah begitu susah dan juga tidak begitu senang. Masing2 mengejar kehidupan dengan cara mereka sendiri.

Walaupun golongan ini jumlah yang sedikit, akan tetapi mereka mempunyai jumlah kuil tempat ibadat mereka yang agak banyak. Baik yang kecil mahupun yang besar saiznya dan kuil ini berada dimana2 yang difikirkan sesuai oleh golongan ini.

'Saya pun tarak setuju dengan itu orang kasi bikin kuil merata2 tempat'. Beritahu tokey kedai motorsikal yang berbangsa india semasa aku hendak menukar tayar di kedainya.
'Bikin satu besar punya kasi ramai orang boleh mari cukup!' Sambung tokey tersebut.

Betul juga apa yang diperkatakan oleh tokey tersebut. Disekitar MidValley aku kira ada lebih kurang 4 ke 5 kuil besar yang didirikan disitu yang didirikan amat berdekatan antara satu sama lain. Aku nak tanya kenapa didirikan berdekatan pun aku tak faham kehendak agama mereka cuma aku tertanya macamana mereka dapat tanah yang agak luas untuk didirikan kuil itu dikawasan yang mahal tanahnya.


Umat islam dari segi jumlah Masjidnya tidaklah sebanyak kuil2 mereka tapi jumlah surau itu mungkin banyak dari segi bilangan. Masjid pula didirikan berdasarkan keperluan satu kawasan yang agak luas serta berdasarkan keperluan jemaah yang hadir di satu2 tempat.

Jika satu2 masjid itu sudah tidak mampu menampong jumlah jemaah terutama pada hari jumaat, maka pihak setempat akan memikirkan surau2 terdekat yang boleh dijadikan tempat solat jumaat sementara untuk menampong kehadiran jemaah yang ramai.


Dan untuk mendirikan surau mahupun masjid, kelulusan daripada Majlis Daerah adalah satu kemestian. Kalau didirikan masjid atau surau tanpa kelulusan, maka pihak majlis boleh merobohkan masjid ataupun surau tersebut.

Tapi untuk keperluan masyarakat india pula aku mungkin tak der ilmu berkenaan agama mereka. Cuma yang aku tertanya2 berapa jumlah kuil yang mereka perlukan untuk melengkapkan siri ibadah mereka. Kebanyakkan yang mereka dirikan bermula dikawasan yang dilarang untuk digunakan seperti rezab jalan dan parit.

Pihak berkuasa juga wajib memantau perkembangan ini agar tidak menjadi masalah kepada penduduk setempat. Terkadang ada kuil didirikan dikawan yang hampir semuanya melayu seperti terjadi di puncak alam baru2 ini. Kenapa harus mereka mencari tapak yang jauh dari masyarakat mereka sendiri dan memasuki kawasan penduduk yang bukan dari kalangan mereka!

Ads: click for detail.

http://ho.lazada.com.my/SHAK4E

 Dalam Islam ada konsep wakaf terutama wakaf tanah untuk kegunaan masyarakat setempat. Jadi masjid dan surau tidak boleh didirikan diatas sebarang tanah yang ada. Jika tuan tanah tidak mengizinkan walupun tanah kerajaan sekalipun, maka haram hukumnya mendirikan masjid dan surau diatas tanah tersebut Adakah perkara ini terdapat dalam agama mereka?

Aku bukan mempertikai kehadiran mereka dalam hidup aku, cuma bagaimana kita harus mengurus masalah ini dengan sebaiknya. Kita memahami kehendak mereka dan mereka juga harus memahami kehendak kita. Negara ini kita bangunkan bersama dengan undang2 yang ada agar semua orang dapat merasainya tanpa ada rasa dengki dan iri hati.

'Kat terengganu ada satu video diorang bg kat whatsapp sampai bergaduh nak jadi Imam'. Bagitau jali ketika duduk2 di dapor surau subang 2.
'Jangan imam yang merajuk tu buka masjid sebelah sudahlah, lagi berpecahlah umat islam kat sana tu nanti!. Jawab din sambil membasuh tangannya di sinki.


Comments

Popular Posts