Berapa harga patung itu?

Sehari dua ni terasa badan tak sihat sangat. Demam datang menyerang setelah lama tak demam. Apa pun aku tetap bersyukur kerana aku masih diuji olehNya sehingga ketahap yang terkadang menggugat keimanan.

Bukan senang nak memahami erti ujian Allah. Semakin kita meminta semakin Allah 'tidak' mahu menunaikan. Malah semakin teruk Allah beri ujian buat kita yang 100% bergantung harap padaNya.

'Semakin kita minta dan Allah tidak tunaikan malah diberi ujian yang lagi berat, itu bermakna doa kita dimakbulkan oleh Nya'. Kata ust Mansur dalam youtube yang aku tonton baru2 ini. 'Ha!!!! adakah begitu!'. Getus dalam hatiku.

Adakah kita rasa ujian setiap ujian itu seksaan dari Allah? Atau adakah ujian setiap ujian itu merupakan rahmat dariNya? Untuk memahaminya kita perlu mendalami ilmu yang diberi oleh Allah melalui RasulNya. Baginda SAW merupakan antara Nabi yang paling banyak diberi ujian baik berbentuk fizikal dan juga mental. Adakah ujian ini petanda Allah tidak menyukai Baginda SAW?

Seperti kisah dizaman Nabi Ibrahim AS, bagaimana ayahnya seorang pembuat patung2 berhala untuk sembahan kaumnya dizaman itu. Kita lihat disini bagaimana Allah lahirkan seorang Rasul dari zuriat orang yang mensyirikkanNya. Allah maha berkuasa dan kita maha lemah.

Ayah Nabi Ibrahim adalah pereka berhala yang handal dizamannya. Rekaannya yang cantik dari imaginasi yang sesat telah menjadikan kaumnya berasa bangga menyembah patung ciptaan ayah Nabi Ibrahim AS. Dan sejak dari kecil Nabi Ibrahim tidak faham kenapa manusia menyembah patung tersebut yang langsung tidak berfungsi.


Semua kisah ini Allah nukilkan dalam Alquran untuk rujukkan kita hari ini. Bisnes mencipta patung sembahan ini merupakan bisnes yang lumayan ketika itu sehingga bapanya mengarahkan Nabi Ibrahim AS mendiamkan diri dan jangan diusik perniagaan yang lumayan ini.

Ketika kaum ayahnya menyambut pesta tahunan dipadang pasir yang luas, Nabi IBrahim AS dengan ilham dari Allah SWT telah memusnahkan semua patung berhala yang terdapat di kuil yang kaum tersebut bina dan meninggalkan hanya 1 berhala besar dengan ditangannya terdapat sebilah kapak.

"Adakah berhala besar itu telah memusnahkan semua tuhan2 kecil kita".
"Pasti tidak, berhala itu semua tidak mungkin bergerak dan tidak mampu bergerak utk memusnahkan patung2 yang lain". Mungkin itu yang diperkatakan oleh kaum ayah Nabi Ibrahim.

Rupanya, agama yang dianuti oleh kaum2 terdahulu hanya bersandarkan kepada agama nenek moyang mereka sahaja. Mereka tidak pernah mengkaji kenapa harus menyembah patung yang dibuat oleh manusia lalu dijual dipasar dan dibeli lalu disembah sebegitu sahaja.

Dalam prinsip beragama, Tuhan yang menciptakan makhluk dan bukan makhluk yang menciptakan tuhannya. Jika manusia yang mencipta tuhan, apakah fungsi tuhan disitu. Sudah tentu tuhan itu akan terhutang budi dengan penciptanya dan pasti pencipta tuhan tersebut bebas melakukan apa sahaja kerana tuhan sudah terhutang budi dengannya.



Bagaimana pula dengan yang tidak dapat mencipta tuhan itu. Adakah tuhan tidak berhutang budi dengan mereka? Untuk menjadikan tuhan mereka 'redha' dengan yang tidak pandai mengukir tuhan itu, maka tugas mereka adalah sembah sahaja patung tersebut tanpa banyak soal. Dan pengukir tuhan akan bertambah 'kaya' bila ramai yang membeli patung2 tersebut untuk sembahan mereka tanpa sebarang usul periksa.

Berapa banyak tuhan harus disembah?

Inilah persoalannya yang bermula sejak zaman berzaman. Semasa zaman Baginda SAW, terdapat 360 berhala diletakkan disekeliling Kaabah. Apa motif jumlah berhala dengan jumlah tuhan mereka orang2 musyrikin mekah ketika itu?

Adakah setiap tuhan yang mereka bawa itu menggambarkan keunikkan penciptaannya ataupun kepercayaan yang berbeza? Ada penganut yang menganggarkan terdapat ribuan tuhan sebenarnya dialam semesta ini. Bagi aku berapa banyak tuhan dorang pun buat pening kepala sahaja.

Andai terdapat ribuan tuhan dialam semesta ini, aku rasa tugas kita didunia ini tak der benda lain nak buat, hanya dok cari tuhan dan sembah sahaja. Cari tapak yang sesuai dan letakkan tuhan2 disitu lalu disembah. Kerana setiap tuhan mesti mempunyai arahan tertentu untuk menjadikan orang itu 'beriman'. Anda ada 3800 tuhan, dengan 1 tuhan satu arahan sekalipun, pasti tak buat kerja lain melainkan 'sujud' sahaja sepanjang usia.

Ads:click for detail.


Tidakkan mereka dizaman jahiliyah itu memikirkan, betapa semua penyembah2 berhala itu melalui proses kehidupan yang sama? Bermula dari zaman roh dimana persenyawaan antara benih ayah dan ibu bercantum di rahim ibu dan selepas beberapa ketika lalu lahirlah dia kedunia nyata ini. Teori ini adalah sama bagi semua manusia diseluruh pelusuk dunia.

Selepas dilahirkan, semua manusia perlu makanan untuk meneruskan kesinambungan hidup. Semua manusia biasa  mempunyai anggota badan yang sama dan fungsi anggota yang sama baik dari segi jantung mahupun tangan dan kaki.

Adakah penciptaan manusia itu kebetulan sama ataupun di reka oleh 1 Tuhan yang sama.
Adakah penyembah2 patung itu sebenarnya ditipu bulat2 oleh pereka patung itu demi kelangsungan perniagaan mereka yang amat lumayan?


Ada penambahan ilmu dari anda?
Kongsikannya disini utk kefahaman bersama2.

Comments

Popular Posts