Seronoknya makan kat hotel!

Aku ni bukannya mampu makan dihotel macam kawan2 usahawan yang lain. Yelah nak makan kat situ paling kurang pun seorang rm50. Baiklah aku makan kat tepi jalan berabuk pun tak per asalkan murah dan berbaloi.

Baru ni aku ditugaskan diluar kawasan dan menginap dihotel terbaik di kawasan itu. Yelah jarang2 dapat duduk hotel ni, sementelah free plak tu maka aku tak lepaskan peluang kesana. Ada satu benda yang terlintas di kepala aku setelah duduk makan di hotel tersebut dan ianya merupakan masalah utama dalam kehidupan kita berkeluarga.

'Syok plak aku tengok minah tu yop! ' Cerita yazid ketika menyuap nasi kemulutnya. 'Naper plak yop'.

 Etika kerja merupakan budaya bagi syarikat2 didunia terutama bagi syarikat yang besar2. Etika ini lah yang membezakan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Semakin mahal service yang kita bayar semakin tinggi tahap etika yang ditawarkan buat kita sebagai pelanggan.

Aku teruja bila duduk makan dihotel ini. Pelayan yang terdiri dari gadis2 manis sentiasa senyum manis melayan para tetamu yang menginap dihotel tersebut.

Bila aku sampai dimeja makan disitu, pelayan tu tolong sediakan bangku untuk aku duduk serta di tuangkan air nenas kedalam gelas aku. Pinggan aku juga dicedukkan nasi secukupnya dan lepas itu berdiri berhampiran meja aku dan sahabat aku tadi.

Sedang kami makan2 dan berborak bersama sahabat tadi, gelas aku dituangnya bila kosong dan nasi aku ditambah bila semakin sikit. Semuanya dilakukan tanpa perlu aku suruh pun.

'Patutlah mahal makan kat hotel rupanya'. Getus hati aku Kita dilayan bagai tuan walaupun sebenarnya hidup kasi pagi makan petang.

'Agak2 kau lah yop, awek yang serve kita tadi tu kalau dia dah kawin, dia buat tak macam tu kat suami dia nanti'. Tanya aku pada yazid dibangku lobi selepas makan tadi.

'Aku berani cakaplah dorang tak kan buat sebaik itu pada suami dorang'. Jawab yazid confident.

Bila aku fikir2 jauh2, ada betulnya juga cakap si yazid tu. Manakan suami di Malaysia ini dapat layanan taraf hotel daripada isteri2 mereka dirumah. Sekalipun isteri mereka bekerja disektor perhotelan dan duduk dibahagian 'Coffee House' sekalipun, bila mereka pulang kerumah maka sisuami kena serve diri sendiri disebabkan siisteri penat bekerja.


Kenapa orang rumah kita mempunyai 2 watak yang amat berbeza dikala tempat kerja dan juga dirumah. Kenapa mereka di tempat kerja, cukup patuh dengan arahan ketua dan sentiasa dalam keadaan sedia untuk pelanggan menikmati perkhidmatan yang mereka tawarkan sekalipun dalam keadaan penat sekalipun .

Sedangkan dirumah  suami sebagai ketua dan juga pelanggan buat sang isteri, tidak dapat menikmati perkhidmatan yang ditawarkan seperti ketika dia ditempat kerja? Sang suami hanya mampu memendam rasa bila tidak dilayan sebegitu rupa . Masalah ini bukan sahaja berlangsung di KL ataupun di JB malah hampir semua rumah tangga di seluruh Malaysia.

Ads: click picture for detail.
http://ho.lazada.com.my/SHAHWa

Kebanyakkan suami sudah tidak mampu untuk menyatakan hasrat hati mereka dek kerana sudah hilang rasa hormat isteri pada mereka. Suami tolong basuh baju anak2, isteri dan diri sendiri demi meringankan kerja siisteri yang akhirnya menjadi tugas rutin sampai kemati.

Berapa ramai sang suami terpaksa makan diluar bersama2 keluarga disebabkan siisteri malas nak memasak. Sang suami sanggup tolong basuhkkan pinggan mangkuk ketika isteri memasak untuk ringankan kerja2 memasak dia pun tetap isteri malas nak masak.

Isteri sekarang amat pandai memasak tidak seperti ibu2 kita dikampong. Ibu kita walaupun tidak pandai masak akan tetapi mereka rajin memasak. Kerana itu lah ayah kita selalu pulang makan tengahari bersama keluarga walaupun jarak agak jauh dari tempat kerjanya.


Dan ibu kita layan ayah kita dengan sopan sekali. Selagi ayah tak makan, jangan jamah lauk pauk atas meja makan tu.Dan bila ayah sudah bersedia utk makan, maka anak2 kena tunggu ayah mula dahulu dan ibu kita hanya menunggu arahan dari ayah untuk sebarang permintaan jika ada ketika makan. Biasanya ayah akan minta air2 kegemarannya dengan ibu dan ibu tidak pernah membantah permintaan tersebut.

 Ibu tidak belajar teknik2 melayan pelanggan dengan betul, tidak pernah tahu apa itu 'pelanggan always right' dan tidak pernah belajar teknik memenangi hati pelanggan. Apa yang ibu selalu buat adalah , apa yang ayah nak ibu akan sediakan walaupun terpaksa bangun dari tidur sekalipun.

Kita sedia faham dunia ibu dahulu tidak bekerja dan hanya duduk dirumah. Bolehlah ibu layan ayah semahunya sedangkan sekarang kami semua bekerja mencari nafkah bersama2. Itu adalah alasan yang sudah biasa kaum suami dengar. Suami sentiasa faham akan kepenatan sang isteri berkerja  dan sebab itulah sebahagian dari kerja2 rumah suami langsaikan.

Makin lama makin suram suami balik rumah. Kenapa? Rumah sudah menjadi hostel/asrama sahaja sifatnya. Kau buat kerja kau dan aku buat kerja aku. Rumah yang cantik sekalipun ianya tetap membosankan buat suami. Apa yang harus suami itu lakukan bila semuanya kelihatan suram?


'Awek yang tempat kita makan kat hotel tu kalau aku tackle agak2 ok tak?' . Mesej yazid ke dalam whatsapp aku.

'Kau nak suka2 ker nak kenal betul2 awek tu yop!'. Balas aku pada dia.
'Aku serius ni, dah lain macam dah hati aku ni bila teringatkan dia'. Cerita yazid lagi

'Katakanlah kau dapat dia, kau kena jaga dan ubah dia jadi apa yang kau hendak yop, jangan persiakan hidup dia dan jangan persiakan hidup kau lagi'. Terang aku pada dia dalam aplikasi whatsapp di telepon aku.

'InsyaAllah aku nak cipta mahligai baru dengan mood dan cara yang baru!. Doakan aku yea'. jawapan yazid yang padat.

Ads: click for detail.

www.mekarsemilu.weebly.com
'Tukarkkan ' penampilan isteri anda dengan produk ajaib diatas ini.. Dapatkannya disini hari ini. 

Comments

  1. Org umah teman masak udah mcm masak kt hotel je dah daud...hihihi

    ReplyDelete
  2. bagus tu yop..org rumah teman masak mcm dalam hotel...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts