Najib silap besar lawan mahathir

'Aku fikir si Najib ni sudah silap besar gi lawan mahathir sekarang ni, dia ingat Mahathir tu KJ ke boleh lawan mcmtu jer'. Geram pak lah sambil meludah ke arah longkang ditepi parit tu.

'Sejak Najib pegang negara ni aku rasa lagi teruk negara jadinya. Dia tu suka sangat berhutang sampai bilion2 ringgit, dia ingat negara ni bapak dia punya ker sedangkan bapak dia dulu punyalah jaga elok negara ni sampai sakit2 dibuatnya'. Sambung pak lah lagi dengan muka yang cukup kecewa dengan cara Najib perintah negara. 'Bini dia lagi aku geram dibuatnya.'

Siapa tidak kenal Mahathir diMalaysia ini sedangkan didunia beliau cukup terkenal. Orang luar lebih kenal Mahathir daripada Malaysia. Dan Malaysia lebih menonjol dizaman Mahathir berbanding selepasnya.

Kejayaan2 Mahathir yang memberi impak besar kepada pencapaian negara  seperti Proton, Petronas, Putrajaya, Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi yang berjaya memacu pendapatan negara menjadi lebih lagi. Dizaman Pak Lah yang dikenali sebagai 'KULI no Wahid kepada rakyat' mencanangkan dengan koridor2 diseluruh negara yang akhirnya terjual tanah2 negara kepada negara luar.


Apa yang Najib buat untuk membangunkan ekonomi negara? Produk Najib yang menonjol adalah 1MDB yang terkenal dengan hutang billion2 RM yang untuk membayar faedah2nya mencecah jutaan RM . Apa punya produk macamni sampai terpaksa berhutang berbiliion2 RM dengan faedah jutaan RM . Apa untungnya 1MDB kalau nak bayar faedah sudah mencecah jutaan RM. Kalau sebulan RM5 juta  utk faedah sahaja, lama2 nilai tanah di TRX dimakan oleh interest / bunga hutang sahaja.

Dengan lagak seperti pahlawan Bugis, Najib lalu memetik madah suku kaum itu yang berbunyi:-

Kendati tergantung awan di langit
Telah terlanjur ku bentang layar
Walau badai datang menggunung
Walau berdentum guruh di langit
Walau bumi berkeping dua
Takkan mungkin ku berbalik haluan


Bercakap  dihadapan penyokong dengan kata2 diatas memang lah kelihatan gagah tapi adakah dengan cakap berkobar2 sebegitu menghalalkan tindakan beliau menghancurkan negara dengan hutang yang amat tinggi itu. Kerajaan islam Othmaniah di Turki jatuh di sebabkan hutang yang banyak kepada institusi bank yang dibelakangnya adalah yahudi laknatullah.

Kita diberitahu bahawa Najib melantik APCO sebagai badan penasihat kerajaan negara ini seperti yang diperkatakan oleh PR sebelum ini. Siapa apco ini sebenarnya.? Tidak lain dan tidak bukan adalah syarikat yahudi yang dilantik untuk merangka strategi politik PM. Slogan 1 Malaysia adalah dikatakan produk rekaan apco yang 'secara' kebetulan sama dengan slogan 1Israel. Betulkah?


Siapa yang menasihat Najib menubuhkan 1MDB dan siapa yang mengarahkan 1MDB perlu berhutang berbillion RM.? Adakah EPU ataupun apco yang menggunakan rancangan yang sama menjatuhkan sistem kekhalifahan di Turki iaitu dengan berhutang semaksima mungkin.?

Setelah semuanya kelihatan tidak menjadi dan beban hutang kini terpangku pada siapa kita pun tidak tahu. Adakah penasihat beliau sudah meninggalkan beliau keseorangan ketika ini? 'Kemana aku nak pegi ni'. Mungkin itu yang terdetik dalam hati beliau sekarang.

Diluar Putrajaya 'perang' mulut sedang berlansung rancak di mana jeneral perang diketuai oleh Mahathir. Adakah Najib perlu melawan Mahathir atau biarkan sahaja dia 'tembak' sorang2 diluar sana. Permulaan Najib hanya buat pekak sahaja bila dikritik oleh Mahathir, lama kelamaan beliau sudah tidak tahan telinga mendengar apa yang diperkatakan oleh bekas bos dia dulu.

Ads: Click for detail.







'Kita perlu serang balik Tun M tu balik, jangan berdiam diri macamni'. Mungkin ini yang dinasihati oleh penasihat2 yang sentiasa mencari peluang untuk kepentingan sendiri. Oleh itu strategi disusun dalam 'menggempor' semula kubu Mahathir yang kelihatan semakin kuat.

Dan inilah kesilapan paling besar Najib dalam menduduki kerusi PM. Sedarkah dia bahawa sejak zaman Tun Musa sehingga zaman DSAI dia tak pernah tewas kepada puak2 yang ingin menyingkirkannya. Bermula Tun Musa sebagai timbalan PM, Ghaffar baba, Tengku razaliegh dan DSAI. Semuanya tersungkur dan 'kalah' dalam 'peperangan' yang strateginya amat licik.


Itu ketika Tun M memerintah negara so orang boleh cakap Tun M bolehlah menang pasal kuasa ada ditangannya. Dia boleh aturkan 'askar2nya' menyerang musuh2 politik beliau. Tapi dalam kes Pak Lah yang sedang memerintah negara pun Tun M mampu menjatuhkannya walaupun tanpa kuasa sekalipun.

'Yahudi yang berkuasa didunia ni pun Tun M berani lawan, apakan pulak setakat Najib yang pernah duduk bawah dia dulu'. Cerita pak lah lagi dengan merenung keluar dipintu kedai melihat anak2 muda melepak ditepi jalan.

Apakah nasib buat Najib sebagai PM negara ini seterusnya? Adakah teori RAHMAN (teori nama2 PM Malaysia dari parti UMNO) akan berakhir ditangannya?

'Lepas ni teori PUTRA pulak muncul'. kata pak din yang duduk disebelah meja makan pak lah.

Siapa pulak P yang akan pegang negara lepas ni? 

Sila komen jika ada idea P tu siapa? :)

Comments

Popular Posts