Secret recepi: Itu rupa secret dia yea!

'Itu rupanya rahsia secret recepi yang ramai benar nak makan kat situ!'. Kata pak lah yang sedang mengunyah kuih lepat di kedai mak enon hujung simpang jalan sana.
"Apa rahsia nya yop?". Tanya pak din yang buta huruf disebelahnya
"La, kau tak baca paper ker hari ni?". Balas pak lah.

"Kau pun tahukan aku ni macamana, bukan setakat paper aku tak baca, signboard jalan pun aku tak tengok.' Marah pak din dengan muka mencebik.
Apakah sijil halal JAKIM dibuat barang mainan sahaja oleh peniaga2 yang tidak beretika?. Ini menjadikan para pelanggan muslim rasa curiga bila terbongkar kisah secret recepi pengotor.

'Aku dah terpikir lama dah pasal benda ni pak lah, '. sampok mak enon tuan warong kopi.
'Apa yang kau fikirkan tu mak enon oii!! fikir nak kawin ker lagi?'. Jawab pak din tersenyum perli

'Pasal sijil halal JAKIM tu lah, Cuba kau bayangkan, yelah masa JAKIM datang periksa itu dan ini kat kilang dorang tu, mestilah semuanya elok2 jerkan.' cerita mak enon.
'Tapi bila sijil halal dah dapat dan JAKIM semua dah balik, siapa pulak yang akan pantau operasi dorang setiap hari, manatau lepas dorang taruh arak ker, babi ke lepas tu mana JAKIM dapat tahu dah, betul tak pak lah'. Sambung mak enon sedikit tegas suaranya.



'Aku setuju cakap mak enon tu, bila dah dapat sijil halal, kilang kotor ke busuk ke dah tak kisah pasal sijil halal dah dapat, bila nak dekat tempoh mati sijil tu dorang kemas balik kilang dorang dan JAKIM datang periksa semula dan lulus semula sijil tu, tengah2 tu sapa nak jamin kek dorang tu bersih dan halal?.' terang pak lah sebagai membalas fakta2 yang diusulkan oleh mak enon.

Semasa pameran halal baru2 ini , sempat untuk aku berborak2 dengan seorang pengusaha cina dari Pulau Pinang yang menjalankan produk makanan. Antara soalan yang aku lemparkan adalah, susah tak dapat sijil halal? Pengusaha itu memberi jawapan bahawa bukan senang untuk dapatkan sijil halal ini. Prosesnya agak rumit dan memakan masa yang panjang sehingga 2 tahun.

Proses yang ketat dalam mendapatkan persijilan halal memang dipuji. Ini kerana untuk memberi lebih keyakinan kepada pengguna muslim di Malaysia untuk gunakan tanpa was-was. Tapi persoalannya adalah, adakah dengan mendapat sijil halal itu bermakna produk itu akan sentiasa halal selama mana tempoh sijil halal itu belum tamat?



Adakah ayam goreng dari restoran terkenal itu di sembelih mengikut syarak pada hari2 yang tiada JAKIM disitu atau adakah pasti kek2 yang disajikan oleh kedai kek itu tidak bercampur arak dalam ramuannya ketika sebulan selepas sijil halal dikeluarkan?

Inilah cabaran umat islam sekarang ini dalam menentukan kebersihan dan kehalalan setiap makanan yang masuk kedalam perut mereka. Persijilan halal satu perkara , memastikan pematuhan halal itu sepanjang masa juga satu perkara yang wajib difikirkan.

'Kedai kau ni enon bila nak ambik sijil halal plak ni'. Tanya pak lah dengan jarinya mengusik peha pak din memerli kak enon.
'Kedai aku ni insyaAllah halal LAH oii, walaupun takder sijil halal, tapi aku teliti semua barang yang aku beli'. Jawab mak enon dihujung dapor sana.

Untuk gerai2 yang bersepah di merata tempat, pihak JAKIM perlu adakan sesi memantau sambil memberi kursus akan kepentingan menyediakan produk halal dalam perniagaan mereka. Walaupun tidak memaksa peniaga2 itu memohon sijil halal, adalah lebih bagus diberi kaunseling dan tunjuk ajar akan kepentingan jujur dalam berniaga.

'Secret recepi syarikat besar, dia mampulah nak dapatkan sijil halal, tapi sekarang dah jadi isu pulak bila JAKIM tarik balik sijil dorang tu'. Sambung mak enon dengan suara sedikit serak.

Amanah agama ditangan JAKIM dalam menguruskan produk makanan untuk umat islam di Malaysia. Anda pihak JAKIM boleh dibeli, maka agama ini juga akan terjual dengan harga yang murah. Bagi para peniaga pula, kejujran anda amat dihargai dalam menentukan produk yang pelanggan makan samada anda tanggung halal itu ataupun anda sememangnya sentiasa risau akan keberkatan pendapatan dari perniagaan yang menipu.

'Umat islam kena banyak ceburi bidang perniagaan ni LAH, tengok kat kedai acheh sana tu, sayur2, mee, meeehun, togey semuanya disupply oleh cina, siapa nak pastikan yang barang dorang tu bersih dan halal?'. Sampuk pak din memberikan idea yang cukup bernas.

'Nak niaga apa nya din oii, kita ni pun dah lanjut usia, tak larat nak buat kerje dah din'. jawap pak lah sambil menghisap rokok daun ditangannya.
'Bukan kita lah oii, anak2 kita ler, dari dorang dok nganggor tu baik kita suruh dorg niaga, betul tak?'. Cerita pak din lagi.

daAds
http://ho.lazada.com.my/SH83yG


'Dah lah din, perut aku dah lapar ni, aku nak balik rumah makan, bini aku masak lemak ikan kembong tghari ni'. Bangun pak lah dari bangkunya menuju ke motorsikal yang terletak diluar kedai makan mak enon.

'Non, kau kira semua atas meja tu yea, masuk buku macam biasa yea'. laung pak lah setelah motornya ex5 nya dihidupkan.

'Macamanalah mak enon nak mohon sijil halal kalau ada pelanggan macamntu'. Bisik pak din sendirian mengenangkan kawannya yang suka minum berhutang dikedai mak enon.

'Tut tut tut'. telepon bimbit pak din berbunyi.
'Atok! kami nak balik kampong jumpa atok ni, ada nak pesan apa2 tak ?Kami belikan atok kek secret recepi yea'. Tanya cucu2 pak din dihujung talian.
'HA! kek apa?' Jawab pak din seperti pernah dengar kek yang disebut oleh cucunya tadi.

Comments

Popular Posts