Hati-hati membeli di speedmart

Speedmart 99 cukup terkenal di lembah kelang. Sekarang dikatakan terdapat hampir 500 buah kedai dimerata tempat dilembah kelang. Masuk jalan sini ada kedai dia dan masuk kampong sana juga ada kedai dia.

Aku sebagai pengguna amat 'salute' cara kedai ini beroperasi dan aku rasa carrefour dan aeonbig 'kalah' kepada speedmart ini di pasaran terbuka. Walaupun kedai biasa, tapi mampu mengalahkan pasaraya yang besar-besar itu.
'Abg, telor yang saya beli semalam kat speedmart 3 biji jer yang boleh makan, yang lain semua busuk, aduhhh rugi ah mcmni'.

Semasa permulaan perniagaan speed mart ini, ramai yang tidak mengetahui akan 'murah dan dekat' perniagaan ini. Aku sebagai pembeli tegar disini dapat merasakan akan 'kemurahan' harga yang ditawarkan.

daAds

Tapi sejak dua menjak ini, kedai speedmart sudah mengabaikan akan kualiti produk yang mereka jual. Baru2 ini aku terbeli susu anak yang dah expired hampir 5 bulan. Memang tak perasan masa beli tu kerana kebiasaannya ok sahaja susu2 yang dibeli selama ini, Bila sampai rumah baru terperasan dikotak itu tertulis 2014 Nov expiry date.

  Satu kerja pulak nak kekedai yang terletak hampir 10 Km dari rumah. Nasib baik resit pembelian aku tak buang. So terpaksalah beli satu kotak baru dikedai lain dahulu sementara menunggu esok untuk menukar susu expired yang telah dibeli.

Kes sebegini tidak sepatutnya berlaku terhadap kedai2 yang mempunyai sistem yang bagus seperti speed mart ini. Para pelanggan tidak mempunyai masa untuk menukar semula barangan yang dibeli jika berlaku masalah seperti yang disebutkan diatas tadi.

Dan satu lagi kejadian yang sama berlaku pada aku juga pembelian daripada speedmart99. Malam itu aku ingin masak telor dadar untuk santapan keluarga, jadi aku belilah 10 biji telor yang siap di'pack'kan. Ketika makan malam itu, kami pecahkan 3 biji untuk dibuat telor dadar dan telor itu dalam keadaan yang baik.

Pada keesokkan paginya, aku pecahkan telor lagi untuk sarapan, apa yang terkeluar dari telor itu hanyalah telor busuk. Aku ingat sebiji yang busuk, rupa2nya baki 7 biji itu langsung tidak boleh dimakan sebab sudah berbau busuk.
Gambar hiasan.

Aku bukan nak jatuhkan bisnes speedmart99, cuma aku nak tegur pihak pengurusan mereka agar lebih berhati2 dalam pemilihan barangan yang dijual didalam kedai mereka. Pihak pembekal akan sentiasa menggunakan kesempatan meletakkan barangan yang sudah habis tempoh ke rak2 mereka diseluruh lembah kelang tanpa pengawasan dari pihak speedmart sendiri.

Musuh2 perniagaan speedmart99 juga ramai. 2,3 parasaya besar sudah 'tewas' ditangan speedmart. Mungkin unsur2 sabotaj akan berlaku dan peluang itu terbuka luas. Semasa memulangkan semula kotak susu yang tamat tempoh itu, dirak yang diletakkan kotak2 susu itu juga hampir semuanya sudah dekat expiry date nya. Kenapa ini berlaku? Adakah pihak pengurusan bersongkol dengan pembekal dengan meletakkan produk2 yang hampir tamat tempoh untuk dibeli oleh pengguna untuk mengurangkan stok lupus yang banyak dikilang2 mereka?

daAds

http://ho.lazada.com.my/SHATdy

Kepada pembeli2 yang sentiasa prihatin dengan produk yang mereka  beli, sila pastikan beberapa perkara sebelum meninggalkan premis kedai speed mart 99 berdekatan anda. Antara nya adalah:

                1- Lihat fizikal barangan yang hendak dibeli agar sentiasa elok dan rapi keadaannya.
                2- Pastikan harga yang diletakkan itu betul  dan tidak dikelirukan dengan sebarang contengan.
                3- Lihat tarikh luput pada kotak atau bungkusan produk tersebut agar tidak tamat tempohnya
                4- Simpan resit pembelian sehingga produk yang anda beli itu boleh digunakan dengan sempurna.
                5- Jika membeli telor 10 biji/ 30biji, pastikan resit disimpan sehingga ke biji yang terakhir,   
                    shoot gambar jika boleh untuk setiap biji yang digunakan sebagai bukti  telor itu rosak semasa 
                    membeli.

Aku harap apa yang aku kongsikan ini menjadi pengajaran buat kita semua dan semoga ramadhan kali ni dapat ditunaikan dalam keadaan tenang tanpa perlu mengamok di kedai speedmart99 kerana terbeli barangan luput tarikh.  :)

Disajikan untuk santapan jiwa sementalah sudah ke mari. Semoga ramadhan kali adalah ramadhan terbaik dalam sejarah hidup kita.


Comments

  1. Masalah kalau stok barangan jualan tidak diurus dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro..bila dah maju langsung stok cek pun tak buat...kita yg jd mangsa..huhu

      Delete

Post a Comment

Popular Posts