Masjid dilembah kelang diserang pendatang Bangla

Bukan sikit jumlah mereka kini diMalaysia. Hampir jutaan rasanya dan mereka berada disegenap penjuru negara kita ini dan berada disetiap jenis perniagaan yang wujud sehinggakan kini sudah mula bertapak dalam bidang perniagaan pula.

Kita tidak mempertikaikan kehadiran mereka secara sah, mereka berhak dalam mencari rezeki dimana sahaja didunia ini. Mereka umat yang rajin dan sentiasa patuh dengan arahan ketua. Mereka adalah saudara seiman kita yang sentiasa membantu kita dalam menjalankan perniagaan , tanpa mereka mungkin perniagaan kita terjejas teruk. Cuma......

Inilah senario keadaan dalam negara kita kini. Kemana sahaja kita pergi pasti akan terjumpa muka2 asing yang mencari rezeki dinegara kita ini. Kalau keKL dihari minggu, hendak cari muka melayu pun susah. Mereka sudah 'menawan' KL tanpa perlu berperang.



Dijalan masjid india yang terkenal dengan perniagaan kain baju juga sudah 'ditawan' pendatang asing. Hendak cari peniaga malaysi yang berniaga disitu amat sukar. Semua yang kelihatan adalah muka2 orang pakistan dan juga wanita indon yang berniaga disana.

Begitu juga di petaling street, dulu peniaga disitu adalah majoriti orang2 cina Malaysia. Kawasan itu memang terkenal dengan pelbagai jenis pakaian dan accesori yang murah2 dan menarik. Tapi kini sudah dimonopoli oleh orang2 mymmar dan juga vietnam.

Manakah orang2 kita sekarang ini. Aku cari di lowyatt pun begitu juga. Dah semakin ramai golongan dari pakistan dan juga arab yang mula berniaga disana. Adakah orang Malaysia sudah lari keluar dari negara ini?


Sejarah kemasukkan pendatang dari negara china dan india mungkin berulang semula kini. Dahulu kita dengan tangan2 British membawa masuk pendatang2 ini untuk menguruskan lombong2 bijh dan juga ladang kelapa sawit serta getah.

Lantas Tun Abd Razak ayah kepada PM  kita telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan kebergantungan kepala pendatang2 ini terutama diladang2 kelapa sawit dengan diwujudkan ladang2 Felda dan Felcra untuk penduduk tempatan.Inilah inisiatif yang terbaik yang pernah diilhamkan oleh pemimpin kita dahulu.

Kini ladang2 kelapa sawit ditapak rancangan felda sudah di 'ambil alih' oleh pendatang indonesia. Mereka kini berkerja mengambil upah diladang2 felda disebabkan golongan2 muda anak2 felda sudah hilang minat untuk mengusahakan ladang2 ayah mereka disebabkan mendapat pekerjaan yang lebih menarik dibandar.

Akan tetapi yang lebih trajis sekarang ini pula adalah surau2 dan masjid dilembah kelang sudah 'ditawan' oleh pendatang2 muslim Bangladesh. Mereka sudah menjadi jemaah tetap disurau2 dan masjid2 kita. Mana pergi jemaah2 anak2 kita dan ayah2 kita kini?

Terfikirkah kita bahawa solat berjemaah dimasjid / surau merupakan fardhu kifayah yang wajib ditunaikan oleh penduduk setempat. Adakah kita sudah 'sub' kan kefardhuan ini kepada puak2 bangla di tempat kita tampa perlu kita kesurau/masjid lagi?

Yang aku nampak ramai golongan kita yakni melayu muslim ini hanyalah di mahkamah  syariah menguruskan permasalahan cerai dan harta. Sedang kita pening dengan masalah sosial anak2 kita, puak2 pendatang ni berebut2 mengaut kekayaan dan hasil masyul dalam negara kita ini.

Dimana kuasa kita kini? Kuasa ekonomi sudahlah jauh ketinggalan, kini kuasa kita disurau dan masjid juga sudah mula terhakis. Adakah cukup hanya mengerjakan solat dirumah sahaja sedangkan diluar jemaah2 dari negera lain menguasai tempat ibadat kita.

daAds.
While stock last.
Masa untuk kita mengubah semua ini perlu dilakukan segera. Kalau kita tidak mulakan sekarang, aku pasti dalam masa 10 tahun akan datang, kita semua hanya bergantung kepada sumbangan BR1M semata2 sahaja. Anak2 kita semua hanya menjadi penagih simpati kepada pendatang2 ini yang menguasai semua sektor ekonomi dalam negara kita.

Rasuah juga menjadi pendorong kepada semua ini. Duit mudah ini sudah menjadi trend kepada sang penguasa dalam mencari kekayaan untuk diri sendiri yang kesannya menjadikan anak2 kita terbiar tanpa pembelaan. Belajar tinggi2 sehingga cucur atap, tapi akhirnya tersungkur ditepi tangga.

Pemimpin kita wajib mengarahkan haluan anak2 kita dari keadaan begini. Masa sudah terlalu suntuk untuk berperang sesama sendiri. Terkadang aku terkagum dengan pendekatan ust Ashaari pemimpin AlArqam dahulu yang berjaya mengubah minda orang2 melayu pengikut beliau.


Ust Ashaari berjaya menjadikan perkumpulan mereka hebat dari segi ekonomi dan sosial. Semua jenis perniagaan diceburi oleh mereka sepanjang kewujudannya dalam menghidupkan jemaah. Skil perniagaan mereka amat menarik dan ilmu yang dikongsikan kepada masyarakat begitu menghiburkan.

Tun M semasa pemerintahan beliau pun tidak mampu mengubah pemikiran orang2 melayu berbanding ust Ashaari. Pelbagai bajet diberikan untuk orang2 melayu berniaga habis begitu sahaja tanpa sebarang penigkatan dari segi statistik. Sedangkan ust Ashaari tidak memerlukan sebarang geran yang besar untuk menggerakkan jemaah beliau. Beliau cuma 'membersihkan' minda2 pengikut beliau agar setia pada jemaah dan bekerja demi jemaah. (Aku tidak mahu membincangkan masalah tauhid yang sesat mereka itu ketika ini)

Aku tengah fikirkan kemana lorong anak2 aku kehadapan nanti. Sebab lorong2 yang disediakan oleh pemerintah kebanyakkan kearah meminjam yang akhirnya menjahanamkan kehidupan mereka. University sudah tidak menjanjikan peluang yang cerah, malah membebankan kehidupan mereka dengan hutang yang banyak.

YaAllah bantulah kami menuju kejalanMu yang diredhai.


Santapan rohani untuk kita semua.


Comments

Popular Posts