Mana Mat Sabu nak pergi?

Suatu waktu dahulu saudara Mat Sabu ni menjadi sebahagian daripada favorite aku nak dengar ceramah berbentuk politik ini. Dulu ayah aku belikan kaset ceramah beliau ketika menentang DSAI yang berpaling ke kem UMNO. Segala macam pembongkaran aku dengar dari mamat ini dan aku jadi teruja mendengarnya. Lawak dia juga tak kurang 'power'nya. Punch line dia memang best. Antara yang aku ingat lawak power dia ialah:

'Kalau kita menang pilihanraya hari ni, esok saya angkat jawatan sebagai menteri dalam negeri. Orang pertama yang saya akan panggil ialah Norian...Saya akan panggil NORIAN, hang Mai sini'.

Tetiba Rahim datang......"



'Saya cakap , hang RAHIM, NO sila keluar'.

Itulah lawak yg aku paling ingat dari saudara kita itu.

Bila dengar ceramah beliau pada tahun 80an dahulu, DSAI adalah musuh paling wahid buat dirinya. Mungkin sebab dendam yang amat sangat kerana DSAI meninggalkan perjuangan mereka didalam ABIM dan terpengaruh dengan ajakkan TDM ketika itu yang merupakan presiden UMNO.

Paling aku ingat ialah kisah judi ketika DSAI menjawat jawatan sebagai menteri kewangan. Dari situ aku tahu betapa pihak kerajaan terutama DSAI meluluskan itu dan ini berkenaan judi sehingga aku jadi rasa rimas dengan DSAI ini. Semuanya aku dengar dari ceramah Mat Sabu itu.

Tapi setelah DSAI di humban keluar dari UMNO, tetiba beliau jadi orang suruhan plak. Apa ni bro! Kau ni dok belah mana ni. Aku follow hang dari dulu dan aku percaya cakap lu dulu tapi lani hang jilat balik ludah hang dulu.


Inilah politik sebenarnya. KAdang yang musuh jadi kawan dan yang kawan jadi musuh. Dulu dalam ABIM DSAI adalah sahabat beliau, setelah masuk UMNO, DSAI jadi musuh dia pula. Bila DSAI dibuang dr parti itu, dah jadi kawan semula. Berapa kali nak kawan daaa!

Sekarang ini aku dah tak dengar ceramah beliau lagi. Dan sekarang aku semakin tak suka dengan dia itu. Entah kenapa aku jadi tak suka sangat pada mat sabu ni. Sejak dia terpalit dengan kisah syiah sesat itu, aku semakin tak leh terima dia dalam politik di Malaysia.

Aku percaya yang Mat Sabu ini adalah pengkagum syiah. Idolanya adalah Khomenie di Iran dan juga Hasan Nasrullah (baca nasrullat) di Lubnan. Video beliau memuji Hasan Narullat cukup menjengkilkan aku. Serta kempen2 beliau yang banyak mengkagumi bagaimana kononnya Khomenie ini berjaya membebaskan Iran dari cengkaman monarki lalu mengwujudkan negara Islam yang hebat.


Dulu aku juga terpedaya dengan dakyah mereka dan aku juga mengkagumi Khomeni. Tapi entah kenapa ayah aku tak namakan adik aku dengan nama Khomeni tapi menamakannya dengan nama Sadam Husien. Tapi sekarang aku amat bersyukur Allah tidak takdirkan adik aku dengan nama musuh Islam dalam selimut itu.

Dalam gerakkan PAS sekarang ni aku tengok dah berpecah menjadi beberapa koloni. Koloni ulama, koloni liberal dan juga koloni haktuiii! Koloni haktuii ni aku nampak datang dari golongan pro Iran dalam jemaah itu. Mereka ni ditugaskan untuk memecah belahkan gerakkan islam ini dari penyatuan ummat diMalaysia.


Puak haktuii ini cukup alergik bila dengar TGHH berlembut dengan UMNO dalam banyak hal. Seolah2 berbaik dengan UMNO ini adalah satu perkara yang amat menjijikkan. Ini seolah2 perkara yang sama dilakukan golongan syiah dalam menghancurkan islam yang sebenar.

Puak syiah menyatakan bahawa berbaik dengan orang kafir adalah lebih mulia dari berbaik dengan orang ISLAM ahli sunnah wal jamaah. Kita lihat pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh puak2 syiah ini di seluruh bumi arab ditujukan kepada golongan ASWJ. Mereka berkata membunuh umat islam ASWJ itu lebih besar pahala membunuh binatang.


Dan inilah yang dipraktikkan oleh golongan dalam memecahbelahkan gerakkan PAS di Malaysia. TGHH dengan ilmu yang tinggi melihat prospek politik Malaysia perlu akan kelainan. TGHH melihat permusuhan sesama bangsa tidak menguntungkan sesiapa malah menghancurkan masa depan anak2 kita dimasa hadapan.

Ads: click for detail.
http://ho.lazada.com.my/SHAHt4

Dan TGHH melihat keuntungan disebalik berbaik sangka terhadap musuh politik ini membuahkan hasilnya. UMNO dengan strategi yang tidak diketahui menyokong penuh pembentangan usul hudud di Kelantan. Walaupun orang cakap itu dan ini berkenaan dengan sokongan UMNO tersebut, tetapi sekurang2nya ada perubahan positif dalam landscape politik di Malaysia.

Bila2 rang undang2 hudud berjaya diperingkat DUN yang disokong oleh kawan dan lawan, tetiba terdapat puak2 dalam parti sendiri yang tidak bersetuju dengan perkembangan tersebut. Mereka merasakan TGHH sudah termakan pujuk rayu musuh politik mereka dengan sokongan RUU Hudud DiKelantan itu.


Rakan2 PR terutama dari DAP menolak keras RUU tersebut. DSAI yang terkenal dengan kealiman kucing beliau juga tidak sebulu dengan PAS berkenaan RUU tersebut. Nah sekarang terpaksa meringkuk didalam penjara. Kita boleh cakap ini konspirasi lah apa lah, tapi sebenarnya hanya Allah yang tahu.

Bila terwujudnya PASMA yang diketuai oleh orang2 yang kecewa dengan pimpinan atasas, aku cukup syukur dalam hati. Inilah pentingnya menapis ahli2 yang ikhlas dan ahli2 yang hanya mengambil kesempatan sahaja. Apalah yang Mat Sabu kagum sangat DAP sehingga membelakangkan sahabat2 dan teman seperjuangan melainkan dia sendiri ada misi tertentu yang dirahsiakan.

Selamat tinggal Mat Sabu !!! Jangan hancurkan masa depan perpaduan parti yg diterajui ulamak ini dan jangan pecah belahkan kami dengan fahaman ganjil kamu itu.!

Wallahuaklam

ps: Kalaulah rumah LKS or LGE di rompak lalu anak2 mereka dirogol oleh penjenayah, adakah mereka sekadar tangkap penjenayah itu lalu diberi pada pihak Polis dengan baik atau puak2 dorang akan belasah penjenayah itu sepenuh hati sebelum di hantar kepada polis? ISLAM ada jalan yang lebih baik dari jalan nafsu dorang.
Bila kena batang hidung sendiri baru korang tahu!

Comments

Popular Posts