Inilah padahnya duit kertas.

Apalah khabar saudara seiman kita ditengah selat melaka ataupun di lautan hindi itu sekarang ini. Semua pelarian dari negara Mymmar dan Bangladesh ditolak.ketengah lautan disebabkan jiran2 seagama tidak sudi menerima kehadiran mereka pada ketika ini.

Sudahlah dirumah kelahiran mereka dihalau,dibakar rumah serta dirogol dan bunuh anak2 mereka oleh pelampau agama budha disana. Bila mereka meminta bantuan dr negera jiran, hanya diberi minum dan dihalau semula ketengah laut. Apa ke jadahnya kita sebagai tuan rumah langsung tidak mahu memahami keadaan daif mereka itu sekarang.!



Betullah kata diibaratkan bahawa dunia ini adalah tempat ujian bagi orang2 beriman. Setiap hari Allah uji iman hambaNya dengan pelbagai jenis ujian. Ada ujian kesenangan dan ada ujian kesusahan. Ada ujian untuk diri sendiri dan ada ujian untuk negara.

Kisah rohingya ini aku baru sedar dalam 5 ,6 tahun kebelakangan ini sahaja. Sebelum itu aku pun tak tahu akan kewujudan masyarakat ini. Pelbagai kisah dan teori disebalik pengusiran mereka dari negara kelahiran mereka sendiri.

Dikatakan mereka ini sejarahnya berasal dari Bangladesh. Kedatangan mereka ke bumi mymmar itu disebabkan juga masalah tersendiri. Bukan mereka datang ke Mymmar untuk merusuh ataupun menakluk, tetapi mereka duduk dibumi sana atas faktor2 kemanusian dan mereka berhak duduk disana sebenarnya.



Aku juga tak sangka betapa kejam juga sami2 budha disana. Kalau tengok akan sami2 budha diMalaysia, mereka kelihatan tenang dan baik sahaja. Mereka hanya duduk buat kerja2 kepercayaan mereka tanpa mengganggu urusan bangsa lain.

Tapi bila meletusnya kisah rohingya, baru aku tahu betapa manusia bila tanpa iman, bila dibangkit isu bangsa dan negara tanpa usul periksa, habis segala kepercayaan agamanya. Adakah membunuh manusia tanpa sebab jenayah dibenarkan dalam tamadun kepercayaan mereka?

Selama ini islam digambarkan agama kejam dengan siri2 peperangan dan pembunuhan oleh puak2 yang bertopengkan islam. IS di syria di potretkan kejam dengan membunuh tanpa perikemanusian semata2 ingin menegakkan islam di tanah arab. Adakah IS itu membawa ajaran yang sebenar.

Pelbagai teori dibuktikan bahawa IS itu didalangi oleh puak2 musuh2 islam yang berlagak seperti pejuang islam sebenar. Ini telah menyebabkan masyarakat bukan islam memandang serong agama islam sehingga golongan sami2 budha di mymmar takut utk menyimpan orang2 islam disana lalu diusir dan dibunuh mereka sekejamnya.

Adakah sami2 budha itu diupah oleh musuh2 ataupun sememangnya mereka itu dari kalangan sami2 yang tulen. Tiada penafian yang dibangkitkan oleh sami2 diseluruh dunia berkenaan dengan keganasan sami2 di Mymmar.

Bila tengok gambar2 yang di beri samada dari aplikasi Whatsapp, FB dan sebagainya, teringat pada zaman permulaan islam di Mekah. Bilal diseksa sebegitu teruk, keluarga ammar juga dibunuh hanya kerana mempertahankan islam didalam dada. Akan tetapi segala seksaan itu tidak mematahkan kebangkitan islam di bumi Mekah.


Benar kata Baginda SAW bahawa umat islam adalah umat teramai dimuka bumi, tapi mereka sekadar ibarat buih dilautan yang langsung tidak membawa apa2 makna dari segi kekuatan. Bayangkan dengan jumlah umat islam yang berbilion orang itu tidak mampu untuk menyelesaikan masalah Palestine, Syria, Yaman dan juga di Mymmar.

Kalau dizaman Omar Alkhattab, pasti akan dihantar gerombolan tentera menuju ke Mymmar untuk memerangi kebatilan yang berlaku disana. Umat islam yang dizalimi wajib dibantu walaupun mereka duduk jauh dengan kita disini. Apapun alasan kita untuk merasionalkan tindakkan kita untuk tidak mencampuri urusan negara lain, pelarian2 seagama kita itu sedang kelaparan ditengah lautan dengan cuaca yang tidak menentu. 

  Ads: Click for detail.
www.minyakurut.weebly.com

 Seminit kita lengahkan urusan pelarian itu, maka ada yang sedang nazak diatas kapal menunggu makanan. Kita boleh salahkan orang tengah yang memperdagangkan manusia dalam perniagaan mereka, tapi jika itu sahaja jalan yang ada untuk mereka lari dari negara mereka, adakah kita masih menyalahkan pelarian tersebut. 

Kerana itulah sistem kekhalifahan diruntuhkan oleh puak2 musuh islam di Turki. Andai sistem keKhalifahan ini wujud lagi, takkan ada yang berani untuk mempermainkan islam dan umatnya sekarang. Apa yang terjadi di negara islam adalah, dipecahkan2 negara ini menjadi kecil yang akhirnya tidak bersatu langsung melemahkan kekuatan umat islam didunia.

Antara sebab kejatuhan khalifah othmaniah di Turki adalah disebabkan hutang yang mana dimainkan oleh golongan musuh2 islam agar berhutang untuk memperkuatkan ekonomi negara. Tapi disebabkan hutang itulah kerajaan Khalifah Othmaniah jatuh dan terus lenyap diatas muka bumi.

Inilah strategi 'wang fiat' ataupun wang kertas oleh orang2 yahudi dalam merencanakan kejatuhan umat islam diseluruh dunia.

Nanti bila ada masa aku 'story' kisah disebalik strategi wang kertas ini.

Wallahuaklam

Comments

Popular Posts