Check-mate for DSN
Kadang aku kesian juga dengan DSN ni. Habis satu keluarga di 'telanjangkan' oleh musuh2 politik beliau baik dari dalam parti mahupun dari luar parti.
Kisah DSN bermula kemuncak semasa dalam kementerian Pertahanan lagi. Semua rakyat Malaysia tiba2 mengenali siapa Altantuya. Rakyat moggolia yang dilahirkan disana akhirnya mati disini dengan amat tragis. Macam2 teori kematian ibu beranak satu terpapar di dada2 berita online mahupun offline. 'DSN tinggal satu je langkah sebelum kena check-mate? ' Beritahu pak lah semasa menebar jalanya ke parit ditanjung bayan.
Kata orang, bangkai kucing boleh ditutup dengan pelepah kelapa tapi bangkai gajah baru nak tutup orang lain sudah tahu. Strategi menutup bangkai gajah secara senyap2 telah dihidu oleh musuh kerana bau bangkainya sudah mula menusuk dihidung.
Apalah malangnya DSN kali ini. Semakin lama beliau berada di kerusi PM semakin ketara 'scandal'nya di bongkar satu-persatu. Semasa zaman pak lah dahulu, kita di bongkarkan dengan kisah kedaulatan negara yang di lepaskan kepada Singapora dalam kes Pulau Batu Putih. Setelah kita berputih mata dengan kehilangan jajahan kecil itu, para pemimpin seolah takder apa yang perlu di tangisi. Langsung tiada rasa kecewa ditunjukkan akan kehilangan pulau kecil yang strategik lokasinya itu.
KEBABOMM!!! tiba2 meletup kisah Altantuya, DSN dipalitkan dengan kisah ini kerana berdasarkan rentetan dari penbelian kapal selam yang berharga hampir RM2b itu. Orang yang terlibat dalam pembelian kapal selam itu serta orang2 yang didapati bersalah itu semuanya hampir dengan DSN. Adaakah semuanya itu kebetulan ataupun mempunyai kisah dibalik kisah?
Tun Razak, iaitu PM malaysia ke2 merupakan seorang PM yang amat disegani oleh pihak rakan dan musuh. Aku pun terkagum dengan idea beliau menubuhkan projek Felda diseluruh negara. Inilah antara idea paling tinggi darjatnya yang pernah wujud di negara kita. Betapa Tun Razak bekerja untuk negara disebalik sakit yang beliau hidapi.
Tapi perkara ini tidak berlaku dizaman anaknya. Satu persatu skandal dibuka oleh musuh2nya dalam menjatuhkan beliau dari kerusi empuk itu. Kisah Rosmah Mansor (RM) dengan dunia 'Qarun'nya menjengkelkan baik rakan dan juga musuh nya. Bermula dengan kisah FLOM (first lady of Malaysia) , cincin permata dan kisah anaknya yang kahwin dengan upahan jutaan RM.
Kisah anak2 DSN yang membeli itu dan ini yang dikatakan diluar kemampuan juga menghangatkan dunia berita di Malaysia. Tapi semua itu tidak dinafikan oleh DSN malah hanya mendiamkan diri dan membiarkan 'hulu balangnya' menjawab bagi pihaknya.
Rakyat semakin tertekan dengan DSN yang menguruskan negara mengikut kemahuannya tanpa rasa bersalah sedikit pun. Terbaru kisah TH (tabung haji) pula mengoncang rumah PM diputra jaya. 1MDB 'ditembak' tepat oleh TDM (tun dr mahathir) tidak dijawab balik oleh DSN secara yang memuaskan ataupun DSN dalam rangka menjawab persoalan itu pada masa yang sesuai, tetiba gugur bom lain 'diluar kediamannya'.
Bom yang dinamakan 'TH bomber' , menyebabkan rumah DSN di 'cemari' habuk2 yang beracun. Adakah beliau hanya duduk diam dan membiarkan 'kediamannya' berabuk sebegitu rupa? Masakan dia hendak buatnya sorang diri! Lalu di 'arahkan' panglima perangnya iaitu pengerusi TH untuk 'membersihkan' kediamannya secara sorang diri.
Jawatan yang diberi kepada pengerusi TH itu bukan diberi secara 'percuma' melainkan perlu dibalas balik budinya. Beliau (pengerusi TH) menyatakan walaupun dia dalam jemaah politik yang sama dengan PM, tapi dalam urus tabdir TH, beliau hanya berpandukan pada 'hamblumminannas' dan 'hamblumminaAllah'. Aku kagum dengan pengerusi ini atas kapasiti sebagai seorang manusia yang mampu keseluruh dunia membantu insan2 yang tidak bernasib baik.
Jika surat mesyuarat TH dalam pembelian tanah di TRX tidak terbongkar, adakah pengerusi TH akan membantah pembelian tersebut yang penuh dengan teka teki. Adakah membeli tanah disitu hendak mem'bail-out' 1MDB ataupun pembelian itu atas alasan strategik?. Orang kampong naik risau bila cerita TH ini akan menghadapi masalah bila orang itu dan ini.
Idea 1MDB DSN itu rupanya memakan diri beliau. Aku tak dapat nak bayangkan dengan hutang sebanyak RM42B tu berapa % interest nak kena bayar. Bila aku dengar pembangkang mengatakan untuk bunganya sahaja memakan hampir rm53 juta setahun. Betul ke tidak aku tak pasti tapi yang tentu adalah tetap berjuta juga hanya untuk bunganya sahaja.
Tak sayang duit langsung pihak 1MDB dalam membuat pelaburan disana sini. Gila namanya dengan membayar bunga berjuta2 RM dengan hasil yang tidak menentu. Gaji DSN sebagai PM pasti tidak akan dikacau kerana sudah termaktub gajinya sebegitu, tapi gaji para2 pekerja dan peniaga2 di dalam negara akan pasti terganggu. Kenapa? Ini kerana hutang negara akan meningkat dan pasti menjejaskan pengeluaran hasil dalam negara kita sendiri.
Adakah Malaysia boleh diselamatkan? Malaysia memerlukan seorang lagi PM berjiwa TDM. Walaupun pada zaman TDM aku amat membenci beliau, tapi bila difikirkan dan dibanding antara 2 PM selepas beliau, maka TDM adalah anugerah buat Malaysia. Bayangkan TDM mampu 'menyerang' Israel dengan lidahnya sehingga bergegar dunia Yahudi dibuatnya, tetiba diera DSN, bagaikan 'dipegang' telurnya oleh pihak yahudi itu sehingga tidak mempu menyatakan apa2 bila berhadapan dengan puak2 itu.
Kes 2 kapal terbang milik MAS yang ditembak dan hilang itu tiada kesudahannya. Mula2 dikatakan jatuh di selatan lautan hindi, selepas di periksa dengan kos jutaan RM, tiada bukti MH307 tenggelam sana. Apa faktanya sehingga begitu cepat DSN mengumumkan yang MH307 terdampar di selatan lautan hindi? Adakah dia hanya mengikut telunjuk 'tangan2 ajaib' dibelakang tabir yang kita tidak ketahui?
Dalam ucapan terbaru beliau di kuala lumpur yang mengatakan beliau tidak akan letak jawatan sebagai PM memberi lebih persepsi negatif buat dia. Adakah beliau takut kes altantuya akan dibuka oleh penggantinya, kes pembelian jet mewah dan pelbagai kes yang memeningkan rakyat itu akan diselongkar?
'Apa check-mate yang pak lah maksud kan tadi tu'. Tanya aku pada paklah yang sedang menarik jalanya kedarat.
'1 langkah lagi check-matelah dia'. Terang paklah agak kepenatan menarik jalanya.
'Aku suka zaman ayah dia, dia tak bagi duit tapi bagi tanah buat kita dan generasi kita,
tapi bila zaman anak dia, dia bagi duit tapi tanah dia ambik'. Sambung pak lah merujuk kes BRIM dan tanah oleh TH .
PS: Malaysia bukan syarikat yang diperbadankan, tapi adalah tanah tumpah darahku. Wahai para pemimpin yang aku hormati, jagailah tanah kita ini dengan darah dan keringat, bangunkan nya bersama2 agar anak2 kita nanti terkenang akan kita bila Malaysia berada di puncak kejayaan.
Ingatlah bahawa kerajaan Islam Othmaniah Turki jatuh disebabkan hutang yang tinggi kepada musuh2 islam itu sendiri dan adakah Malaysia juga akan jatuh sebegitu?

Comments
Post a Comment