Misi ini lebih penting....

Aku nak merehatkan otak buat sehari dua ini dari fikirkan masalah negara yang makin lama makin kusut kepala aku dibuatnya. Setiap hari bila aku baca portal politik yang sentiasa menjadi kegemaran aku, makin susah hati aku dibuatnya.

Hari ini aku nak 'turun' kesungai nak 'bermain' bersama makhluk aneh dibawah sungai sana. Sungai yang aku nak 'terjun' adalah sungai Bernam sebelah kampong aku di Hutan Melintang..jom ikut aku..best giler kali ini

Kali ni aku bersama nelayan di kampong tersebut turun kesungai untuk menakluki dunia bawah air yang keruh itu. Bermula dari pagi hari pada jam 9 am hinggalah ke 3am . Kelihatan macam lamanya, tp sebenarnya ada 3 sessi yang aku kena ikut.

Sessi satu dipagi hari dalam pukul 9 - 11.30am , sessi dua dalam pukul 3-5pm dan sessi kemuncak pada pukul 10pm - 3am . Nak cerita lelebih tak feel sangat. SO aku bawak kalian turun sekali bersama kami semua dalam misi menawan 'raja' sungai iaitu udang galah biru.

Jommm..
1)

Video diatas ini adalah sessi satu iaitu sessi awal dalam menawan raja sungai tersebut. Semua teknik dan taktik dibungkarkan untuk pengetahuan kita dibandar sana.

2)

Sessi kedua ini dijalankan disebelah petang setelah sessi satu dijalankan. Dalam video sessi dua ini dengarlah rintihan seorang nelayan yang pendapatannya sekadar kais pagi makannya dipetang hari.

3)

Kemuncak misi menawan raja sungai itu berakhir pada video diatas ini. Bukan suatu tugasan yang mudah untuk mencari sesuap nasi untuk disuapkan ke dalam mulut anak2. Tapi Allah itu Maha Adil buat makhluknya, biar sedikit yang terhasil tapi keberkatan itu melimpah buat sahabat nelayan ini.

Setelah aku bersama nelayan itu seharian, aku terfikir akan nasib dorang ini. Kebanyakkan nelayan disini mencari sumber pendapatan kedua dengan berniaga makan, bekerja sampingan dan tidak kurang juga yang bertaruh di kedai2 judi dalam menambah pendapatan keluarga.

Mereka semua mendapat subsidi dari kerajaan dalam pelbagai bentuk samada dapat bot free, insentif tangkapan dan juga subsidi petrol untuk enjin bot mereka. Boleh dikatakan mereka semua berada pada kadar cukup makan sahaja.

http://ho.lazada.com.my/SHACE0


Cukup makan disini bermaksud, kereta sorang satu malah ada yang 5 buah, rumah yang selesa dan juga perabut2 yang cantik. Kadang2 aku naik hairan juga bagaimana mereka mampu menanggung semua 'liabiliti hutang' tersebut sedangkan pendapatan mereka sekadar adanya.

Aku yang berniaga full time ini pun hidup terumbang ambing dipukul masalah hutang ini, bagaimana mereka boleh mampu dengan semua 'harta2' hutang tersebut. Mungkin disini yang menjadi permasalahan kepada hala tuju nelayan di Malaysia ini. Subsidi yang diberikan selama ini tidak memberi sebarang peningkatan terhadap hasil tangkapan ikan terutama bagi masyarakat melayu ini.

Lagi banyak subsidi yang kerajaan berikan kepada nelayan2 ini, lagi penuh barang2 rumah mereka diisi dengan berhutang sana dan sini. Kalau anda kalian masuk ke perkampongan nelayan di belakang masjid tersebut, seperti memasuki Damansara Height pulak serasanya.

Berbalik pada misi menangkap raja sungai tersebut, rupanya pihak nelayan tidak dapat menangkap udang setiap hari. Ini kerana faktor2 air pasang, cuaca dan sebagainya  Jika keadaan yang tidak boleh untuk membelat, yakni seperti yang dilakukan pada video2 diatas, para nelayan akan menggunakan teknik menjala pulak. Teknik ini boleh digunakan dalam sebarang keadaan samada air pasang mahupun surut.


Oklah aku pun pening nak pikir masalah nelaya pulak. Masalah aku ni pun banyak juga tapi aku diamkan aje. Asyik fikirkan masalah orang sampai motor aku pun dah naik semput.

Aku akan ke chenderong balai di perak untuk selami sorang lagi sahabat yang perlu dibantu jiwanya. Harap2 dia terima kedatangan aku untuk dia bantu aku pinjamkan keretanya untuk aku hantarkan anak aku ke sekolah di kg gajah.

Doakan aku yea!

Comments

Popular Posts