Bini PM mesti kenanya...

Sejak aku perasan yang aku minat politik ni bila kes DSAI di penjarakan, aku lihat ada satu perkara yang sama terjadi kepada para PM-PM kita.

Bermula dari zaman Tun Dr Mahathir (TDM) hinggalah kezaman DS Najib (DSN) semuanya mengalami situasi yang sama tak terkecuali dengan TAB (Tun Abdullah Badawi). Bermula mereka memegang jawatan sebagai PM, terus perkara ini menjadi bahan buat musuh dalam mengendalikan permasalahan negara. 'Kau tahu tak semalam kak ros tu ......"

Itulah keadaan yang terjadi dalam negara kita sekarang ini. Semenjak aku celik politik ini, aku perasan perkara ini sentiasa berlaku.

Isteri2 PM pasti menjadi bahan kecaman dari pihak tertentu dalam negara kita. Bermula dari zaman TDM dahulu, Siti Hasmah (SH) isteri TDM sentiasa menjadi bahan untuk diangkat kepada rakyat Malaysia. Kononnya isteri TDM ini menggunakan kedudukannya sebagai isteri PM mengaut kekayaan negara.

 
Adik beradik SH menduduki jawatan yang tinggi dalam kerajaan dan juga GLC serta disektor swasta menjadi topik hangat ketika itu.   Jen Tan Sri Dato' Mohamed Hashim bin Mohd Ali adalah bekas panglima angkatan Tentera Malaysia pada zaman TDM merupakan adik beradik SH. 



Dato Ahmad Razali Mohd. Ali merupakan bekas Menteri Besar Selangor yang kesepuluh (1982-1986) merupakan adik kepada SH dan Tun Ismail Mohd Ali adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia yang kedua (Julai 1962 - Julai 1980. Tertera sain Tun Ismail atas wang kertas negara ketika itu.



Dengan mengunakan kesemua fakta2 ini, pihak musuh politik cuba mempotretkan yang isteri TDM ini mengaut keuntungan yang gegila dari suaminya. Seolah2 bahawa negara akan bankrupt disebabkan wanita pertama itu.

Selepas TDM meletakkan jawatannya dan diberikan kepada TAB, pihak musuh sudah bersedia untuk mengorek 'peluru-peluru' yang akan digunakan untuk menyerang TAB pula.


Datin Paduka Seri Endon Mahmood (EM) pula menjadi bahan intipan dalam rangka merosakkan imej TAB ketika itu. Yang mengherankan adalah, kisah nya hampir sama seperti kisah SH iaitu mengaut hasil negara untuk kepentingan peribadi.

Antara yang popular kisah isteri TAB adalah, anak mereka iaitu saudara Kamaludiin dan juga kisah menantu mereka iaitu saudara Khairi Jamaludiin (KJ). Kamaludin yang menjadi bahan cercaan musuh2 poilitik dengan kisah syarikat SCOMI nya dan KJ dengan kisah tingkat 4 nya. Tapi TAB buat pekak jer dalam menghadapi semua kisah2 musuh politik beliau sehinggakan KJ pernah mengatakan dia akan menjadi PM termuda di Malaysia atas kapasiti sebagai menantu PM ketika itu.


Kebanyakkan musuh politik membenci EM kerana kononnya mengawal TAB sehingga negara menjadi kucar kacir. TAB yang digambarkan sebagai PM tidor menambahkan lagi kemarahan rakyat dan peranan KJ yang licik mengawal negara dari belakang tirai menambah lagi kebencian 'musuh' dan juga sahabat mereka sendiri.

Akhirnya TAB turun setelah diserang oleh rakan sendiri TDM bertalu2. Kali ini beliau memilih DSN sebagai pengganti TAB untuk PM malaysia yang ke6. Wahh!!! Bukan kepalang musuh2 politik DSN bersedia di mana untuk menyerang lagi dan lagi.


Datin sri Rosmah Mansor (RM) kini sudah 'diletakkan' di lapang sasar yang sedia untuk 'ditembak'. Sejak DSN mengambil tampok pemerintahan negara, kisah RM sentiasa berkumandang. Bermula dari kisah Altantuya yang mati dibunuh, kisah cincin jutaan ringgit, kisah beli kapal terbang dan kisah terbaru kisah bungan hiasan rm3 juta pada majlis kawin anaknya serta kisah DSN berjoget di Kazaghstan bersama RM.

Semua sajian2 kisah isteri PM adalah sentiasa sama. Kisah bermula dengan mengawal suami sehinggalah mengaut hasil negara untuk kepentingan peribadi menjadi topik2 di dada akhbar pembangkang. Dan kali ini DSN betul2 di uji oleh pembangkang serta TDM sendiri berkenaan dengan isterinya RM. Kisah hidup mewah RM bukan rahsia lagi.

Juga timbul kisah RM yang menjadi cacian saudara mara mereka di N9 kerana tidak menghiraukan nasib mereka dikampong setelah menjadi isteri PM. Dibongkarkan kisah RM dari kecik sehinggalah dewasa yang tidak mengenang budi serta sombong dengan mereka.

Beg untuk lelaki hebat

Inilah hakikatnya menjadi isteri kepada perdana menteri di Malaysia sebenarnya. Bermula dari insan yang tidak dikenali akhirnya menjadi insan yang paling teruk dikutuk baik oleh lawan mahupun kawan sekalipun.
Sekali pandang ianya memberi implikasi yang teruk buat PM kita.Tapi semua2 PM yang disebutkan diatas tidak pernah hirau kutuk2an tentang isteri mereka sehingga isteri2 mereka kelihatan 'mua' ataupun naik lemak.

Bagi aku , semua yang kita fikirkan berkenaan dengan isteri2 PM itu adalah bermula dari persepsi2 yang dibawa oleh pihak musuh. Selepas didapati ada kebenarannya, maka pihak kawan pula akan mengambil alih peluru itu untuk digunakan seperti yang dilakukan oleh TDM sekarang.

Bayangkan pula kalau DSAI menjadi PM kita selepas ini. Aku rasa akan teruk dikerjakan WAN Azizah wan ismail (WAWI) ini rasanya. Mencipta persepsi untuk memburukkan seseorang terutama pemimpin negara adalah mudah. Disini pentingnya sang suami membetulkan persepsi yang dilontar oleh musuhnya agar tidak menjadi masalah dalam kehidupan berkeluarga mereka.


Cuma satu yang sama yang para isteri2 PM itu dapat ialah, mereka dapat pahala percuma sahaja dari para pengutuk2nya diseluruh negara mahupun dunia. Walau betul sekalipun dakwaan mereka, bukan lah mengaibkan mereka sebegitu rupa. Ada yang mengatakan RM sendiri yang membunuh Altantuya dan bermacam2 lagi tuduhan yang berlegar disana sini.

Atas kerana itulah aku baru kenal siapa isteri TGNA setelah kepergian beliau ke rahmatullah. Begitu juga dengan TGHA, sehingga kini aku tak pernah tengok wajah isterinya. Orang2 sebegini tahu natijahnya apabila ditonjolkan isteri2 mereka dikhalayak ramai. Ini seolah2 memberi bola tanggung buat musuh mereka dalam mengorek2 dan memburukkan suami mereka.

Semoga aku sentiasa positif dengan semua ujian yang sedang aku jalani ketika ini.
Walahuaklam

Comments

Popular Posts