Teksi lembah kelang menakutkan.



Image result for teksiSelalu bila aku pulang dari kerja, aku akan lalu jalan dibelah belakang pejabat dekat USJ1 sana. Kadang-kadang singgah di gerai-gerai tepi jalan ditepi kawasan rumah pangsa disitu untuk minum-minum petang. 

Apa yang menarik disitu adalah kebanyakkan yang lepak disitu disebelah petang adalah pemandu-pemandu teksi. Ramai pemandu ‘tidak’ memandu ketika waktu puncak kerana apa?
 

Dari 20 orang pemandu teksi yang aku lihat, mungkin sorang dua yang mampu hidup senang sedikit dengan pekejaan mereka itu. Yang selebihnya aku lihat lebih banyak melepak sambil main nombor ekor dengan kawan-kawan teksi mereka.

Bila ditanya mereka, kenapa kuat main nombor ekor ? Pemandu teksi pasti akan berkata, ‘mana cukup tampong hidup dengan bawak teksi sahaja bang’.
Kebanyakkan pemandu teksi di lembah kelang ini aku lihat amat selekeh. Baju putih yang diwajibkan pakai oleh SPAD sudah menjadi kuning kusam. Kenderaan mereka daif baik dari penampilan mahupun keadaan enjin.

Kebanyakkan pemandu teksi di lembah kelang ni sering mengangap kerjaya mereka sebagai ‘kuli yang bekerja’ dan bukan sebagai usahawan yang berniaga. Sedangkan mereka itu sebenarnya adalah seorang usahawan yang menyediakan perkhidmatan teksi buat pelanggan.

Aku kalau nak naik teksi, aku pasti akan Tanyakan harga dahulu untuk kesuatu destinasi. Aku tak berani nak agak dengan meter teksi yang kelihatan macam nak menipu jer. Kita ni bukan jenis bawak duit banyak-banyak dalam poket, nanti bergaduh plak dengan pemandu teksi itu.

 Image result for grabcar

Sekarang telah wujud GRABCAR  dan UBER iaitu teksi dengan pengalaman baru. Dan inilah sebenarnya yang penumpang inginkan selama ini dan bukan duduk ditepi jalan melambai-lambai pakcik teksi yang sombong tak mau pandang kita.

Kewujudan GrabCar dan Uber sebenarnya memberikan tanda aras baru pada perkhidmatan pengangkutan persendirian ini. Kita dapat banyak pilihan hanya dihujung jari berbanding melambai-lambai ditepi jalan dipanas terik mentari.

Kenderaan yang menarik, kemas, harum dan segar serta sikap pemandu yang mesra dan berkhemah memberi kelebihan kepada perniagaan begini. Disertakan dengan cara pengiklanan yang menyentuh jiwa serta persekitaran yang amat mesra, memberi lebih keyakinan kepada bakal penumpang di Negara ini.

Seperti yang kita jangkakan, protes dari pemandu teksi pasti akan berlaku. Dan ianya benar-benar berlaku. SPAD mula campur tangan dengan menahan kenderaan yang disyaki pemandu GrabCar ataupun Uber.
Pemandu teksi berkata, periuk nasi kami terjejas disebabkan mereka (UBER dan Grabcar). Benarkan periuk nasi mereka terjejas disebabkan persaingan dengan sistem teksi persendirian itu. Adakah pemandu teksi itu Berjaya menukar pemahaman diantara KULI dengan USAHAWAN. 

Pihak kerajaan seharusnya menukar minda pemandu teksi agar bersedia dengan pemikiran usahawan berbanding pemikiran seorang kuli . Jika para pemandu teksi itu berfikiran usahawan, cara bertindak mereka mesti berlainan dengan cara mereka sekarang. 

Kalau pemikiran mereka sekadar kuli bawa teksi, janganlah marah kalau pendapatan tak cukup dan sebagai gantinya mereka bermain nombor ekor yang akhirnya menjadikan pendapatan bertambah tidak cukup.  Bila ini berlaku, maka pelbagai cara penipuan mereka lakukan dalam mencekik darah para pelanggan mereka.

Kalau pemandu teksi merasakan periuk nasi mereka terjejas, apa kata anda semua kembalikan semula teksi-teksi sewa beli kalian itu kepada syarikat tempat kalian sewa itu dan gunakan kereta persendirian kalian untuk menjadi pemandu GRABCAR ataupun UBER. 

Pasti anda dapat bezakan antara menjadi KULI seorang pemandu teksi dengan Usahawan yang menjual perkhidmatan kepada pelanggan.

Buat pemandu teksi yang aku sayangi. Ubahlah cara fikir dan jauhi perjudian, serta jangan lupa solat 5 waktu bila masuk waktunya , insyaAllah bantuan Allah pasti akan tiba tanpa kita sedari. Jagalah teksi tu elok-elok agar pelanggan tengok pun seronok. Senyum kena selalu dan jangan memilih bulu dan laluan. 

Andai kita permudahkan permintaan pelanggan, insyaAllah Allah akan permudahkan permintaan kita.

Comments

Popular Posts