Kroni tak tidor malam fikir nak kaut untung

Cerita sahabat kita jual donut dengan harga 10 sen jadi viral dalam media social. Bila aku tonton video dia yang diusahakan oleh pihak Harian Metro baru-baru ini, meremang bulu tengkuk aku mendengar kata-katanya yang amat halus dan lembut yang pastinya hadir dari hatinya amat jernih. 

Siapakah beliau dan berapa tinggi tingkat imannya yang Allah berikan pada beliau? Tapi aku terpaku bila beliau mengatakan……..


‘Saya tidak dapat tidur malam jika saya menjual lebih dari harga 10 sen ini, buat apa saya ambik untung banyak-banyak’.

Ini bukan ayat orang biasa-biasa yang mampu ungkapkan sebegitu. Kebiasaannya orang biasa macam kita menggunakan ayat :

‘saya tak dapat tidur malam kerana syarikat tol kita tidak dapat untung banyak’.

Bagaimana insan yang bernama Mohd Waliuddin ini yang bukan dilahirkan sebagai muslim yang Allah kembali kan ke agama asal beliau yakni islam mampu mengungkap ayat sebegitu.

Dalam fikiran beliau adalah bagaimana untuk menjadikan orang ramai mudah mendapatkan makanan dan tidak terlalu memikirkan harganya untuk merasainya.

Berbanding dengan kita yang sememangnya dilahirkan sebagai islam, setiap hari setiap malam memikirkan bagaimana tol-tol dapat dinaikkan, tambang kenderaan juga perlu dinaikkan dan pelbagai lagi strategi itu dan ini untuk mengaut keuntungan yang lebih dari biasa.

Kita bukan tidak untung dalam perniagaa, tapi kita nak lebih lagi keuntungan berbanding semalam dan juga kelmarin. Rakyat kebanyakkan adalah mangsa kepada keinginan seorang dua kapitalis yang tidak dapat tidur malam mengenangkan keuntungan.

Disebabkan untuk mendapat untung lebih, maka rakyat kebanyakkan pula tidak dapat tidor malam mengenangkan kos sara hidup yang semakin tinggi. Tidakkah sang penguasa mengerti bahawa dengan kenaikkan 10 sen minyak dipasaran, maka hilanglah 10 minit masa bersama dengan keluarga untuk mencari pendapatan lebih.

Dan sekarang tol naik mendadak sehingga mencecah 50 sen untuk lebuh raya damansara puchong LDP yang kini menjadi rm2.10 . Tidakkah sang penguasa tahu bahawa dengan kenaikkan 50 sen itu , anak-anak akan kehilangan masa 50 minit bersama ayah dan ibunya disebabkan mereka terpaksa menggunakan jalan jauh tanpa tol untuk kerumah.

Inilah kesannya bila hati mereka sudah terlalu kotor dengan mengutip hasil dari orang yang susah. Bila hati sudah kotor dengan rezeki yang kotor, apa yang mereka Nampak adalah untung, untung dan untung. Bagaimana untuk untung, kita sapu dari orang-orang susah punya kantung.

Mereka itu semua sudah tidak lagi yakin dengan rezeki Allah. Mereka berniaga bukan untuk mempermudahkan orang ramai, tapi menyusahkan sahaja. Kehadiran mereka ditengah-tengah pasaran memaksa kita menggunakan barangan mereka. Kalau tak guna, diaorang akan ugut rakyat untuk dibayar ganti rugi.

Ini bukan bisnes gentleman, tapi itu bisnes ‘monkeyman’. Tak dapat ikut depan, mereka ugut ikut belakang. Kita sebagai orang biasa yang bujet seadanya terpaksa gunakan perkhidmatan mereka yang mahal itu atas kerana tak larat nak harung jem di jalan yang percuma.

Tapi bagi saudaraku waliuddin, aku menitiskan air mata bila menonton video dibawah ini kerana aku dapat lihat betapa strategi perniagaan yang beliau jalankan itu betul-betul strategi yang Allah suruh amalkan dalam alquran.

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,”(Al-Fathir: 29)

Entahlah, aku sendiri pun tidak mampu menggunakan strategi saudara Mohd Waliuddin itu dalam berniaga.

Kalaulah PM Malaysia berfikir seperti Mohd Waliuddin, kan lebih tenang kita sebagai rakyat Malaysia.

Semoga kebaikkan saudara waliuddin dalam menangani kehidupan dengan jalan Nya yang pasti tidak akan rugi sampai bila-bila.

wallahuaklam
www.daddiydoo.com


Comments

Popular Posts