Aku ada 10 kerja tapi tetap tak kaya macam dia!

Saudara Ahmad maslan (AM) begitu yakin dengan idea untuk mempromosikan 2 kerja dalam sehari untuk menampong hidup yang kosnya semakin meninggi di kala kerajaan yang dia ada didalamnya menghimpit teruk rakyat marhain ini.


Cakap sebagai sorang menteri kalau mcmtu , aku pun boleh. Dia kononnya berkata bahawa , dia ada 3 kerja yang dilakukan sekarang iaitu sebagai menteri, ahli parlimen dan juga ketua bahagian umno. Kalau ikutkan hati nak je ‘hakkktuih’ je cakap dia….


Aku ni lagi banyak kerja berbanding dia tapi semua kerja-kerja aku tu tidak dapat member kekayaan  lebih berbanding AM itu.

Ini senarai kerja-kerja yang aku dan kami semua lakukan sekarang kalau nak banding dengan dia yang kaya itu atas sebab semua jawatannya memberi ‘income stabil’ buat dia.

1-      Kuli  dari pukul 8am-5pm
2-      Jadi ayah dirumah
3-      Jadi AJK surau/masjid
4-      Jadi cikgu sambilan dirumah ajar anak-anak sendiri
5-      Jadi anggota RELA jaga keselamatan kampong
6-      Jadi suami selepas anak-anak tidor
7-      Jadi NING (pembantu rumah)
8-      Jadi  runner beli barang rumah
9-      Jadi anak kepada ayah ibu di kampong
10-   Jadi ahli mesyurat tingkap di kedai kopi.

Itu sebahagian sahaja dari tugas-tugas kami yang Berjaya disenaraikan. Tapi semua jawatan yang kami sandang itu semuanya mengeluarkan duit dan Cuma jadi kuli sahaja yang masuk duit.

Kalau kami diarahkan oleh AM untuk terus menjadi kuli selepas pukul 5 pm, terpaksalah kami letak jawatan sebagai ayah, sebagai AJK masjid, sebagai cikgu dan 6 lagi jawatan diatas itu.

Itulah kadang ada orang kata, orang yang pandai atas kertas ini, atas padang di gagal, dan inilah hasilnya kalau hanya pandai atas kertas sahaja. Berapa ramai tokey-tokey besar diMalaysia ini tidak pandai diatas kertas tapi mereka Berjaya di atas padang dan orang-orang yang macam AM nilah yang ramai jadi kuli pada tokey-tokey yang ‘bodoh’ atas kerta itu.

Ada orang berniaga siang dan malam mencari rezeki, tapi belum tentu dapat hasilnya dibawa pulang. Berbanding dengan AM ni, dia tidor pun duit masuk. BUkan sikit duit yang masuk. Gaji MP dah berapa ribu, gaji menteri dah puluhan ribu dan elaun ketua bahgian yang entah berapa pulak.

SUdahlah bos dia tu tak pernah hidup susah sejak dari kecil. Ialah ayah dia dah jadi PM masa dorang kecil-kecil lagi. Lepas habis belajar dalam negeri, sambung pulak luar negeri. Pastu balik jadi menteri sampai jadi perdana menteri. Bila masa yang susahnya.

Kami yang duduk rumah pangsa kos murah, kos tinggi pening nak fikir cari duit nak bayar instalment hutang. Nak bagi makan anak-anak pun terpaksa berjimat-jimat.

Entahlah , apa punya habitatlah yang kita duduk sekarang.

Syukur sangat kita ni muslim. Kalau tidak berapa ribu plak umat melayu bunuh diri tak tahan dengan ujian dari menteri-menteri yang merosakkan keharmonian hidup kami semua.

Apapun ujian kita, solat jangan ditinggalkan. Biarlah tak makan seharian tapi solat itu wajib dipertahankan walau apa jua cabarannya. Kerana solat itu tiang agama.

Berapa kuat tiang kalian? Ini perkongsian yang amat menarik dibawah ini.  



wallahuaklam
www.dadiydoo.com
md daud yusri alhutan melintangi

Comments

Popular Posts