DSN jual Negara dengan harga murah?

Minggu ni semua orang marah-marah disana sini pasal harga semua perkhidmatan dinaikkan tanpa belas kasihan. Bermula dengan harga minyak yang sentiasa ‘flip-flop’, kini keadaan bertambah runsing pula. Tol, tambang teksi, tambang bas dan keretapi serta perkhidmatan monorel, 

ETS, komuter dan LRT naik mendadak menyesakkan kepala rakyat marhain dibandar-bandar. Adakah DSN ni dah tak betul ker?

Keadaan yang semakin bercelaru dinegara kita sejak DSN mengambil alih tampok Negara. Apa yang beliau cakap sudah tidak boleh dipercayai. Semakin lama aku tengok semakin parah Negara kita.

Siapa yang menjadi penasihat DSN sampai begini sekali Malaysia diperlakukannya?
Kalaulah betul penasihat-penasihat DSN diimport dari barat untuk membantu beliau mentadbir Negara, aku rasa masa depan Negara amat bahaya. Adakah kita tahu siapa disebalik penasihat-penasihat barat yang dilantik itu.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka ini seorang perdana menteri memberi duit percuma dalam bentuk BRIM kepada rakyat terbanyak dan ini melibatkan kos berbillion kepada kerajaan.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, seorang PM mampu mempunyai dalam akaun sendirinya berbillion RM yang kini hilang pula entah kemana.
Belum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka , satu syarikat yang di jamin oleh kerajaan berhutang sampai berbillion RM semata-mata untuk berniaga bagi rugi.
Belum pernah juga dalam sejarah Malaysia merdeka, seorang PM dilantik dari seorang anak bekas PM Negara.

Nampak tak apa yang aku nak cakap diatas tadi itu membantu menaikkan harga-harga keperluan asas kita seharian.

Bila pemimpin kita dinasihati oleh penasihat-penasihat luar dengan nasihat yang sebegini rupa, aku rasa tak perlu lah kita bayar berbillion RM pada mereka. Setakat nasihat sampai nak tergadai Negara ni ramai budak kampong pun boleh bagi nasihat.
Aku Nampak penasihat-penasihat barat untuk DSN itu ada agenda tersembunyi  yang amat sukar untuk difahami tapi aku ada Nampak sikit-sikit dalam hal ini.

Kita lihat dalam bab GST. Kenapa DSN memilih untuk mengenakan GST pada rakyat Malaysia? Rasionalnya ada 1001 macam, tapi asasnya kalau duit Negara sudah kering, apa jenis cukai yang paling cepat untuk dapatkan duit kembali kalau bukan GST?
Harga rokok naik gegila!! Dulu harga rokok naik sekotak Rm1 macam tu jer. Tapi baru-baru ini naik sampai RM5 sekotak. Dunhill 20 dah jadi RM17. Siapa nak bakar rokok sampai macamtu sekali harganya.

Jadi perokok pun beralih ke vape pulak. Maka kerajaan pun Cuba nak kutip untung vape pula dengan ingin memperkenalkan undang-undang itu dan ini. Nampak tak yang kerajaan sudah terjejas kewangannya bila semua orang mula tidak merokok dengan rokok bercukai.

Kini harga untuk mendapatkan pengangkutan awam naik gegila. Sana sini bising sekejap marah pasal harga naik terlalu tinggi sehingga 100%. Kenapa naik sebegitu sekali sampai mencecah 100% dari tambang biasa.

Nampak tak yang kerajaan terpaksa korek secepat mungkin hasil-hasil yang boleh dikorek untuk menampong perbelanjaan Negara?

Apa  natijah dari semua kenaikkan yang melanda Negara sekarang ini?
Rakyat marhaen mula memikirkan alternative untuk mengurangkan kos hidup mereka terutama dibandar-bandar besar. Mereka mula beralih untuk memiliki sebuah motorsikal biasa untuk mereka ulang alik ketempat kerja. Ini banyak menjimatkan masa dan wang berbanding dengan harga tiket LRT dan sebagainya. Bila rakyat mula meninggalkan perkhidmatan awam yang agak mahal, maka keuntungan syarikat-syarikat pengangkutan pasti terjejas dan akhirnya akan rugi.

Bila rugi apa yang kerajaan kena lakukan? Tidak lain dan tidak bukan maka kerajaan terpaksa mengambil alih semua prasana yang rugi itu dan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menguruskannya.

Oleh itu apa harus kerajaan lakukan? Mencari pemodal-pemodal luar untuk membeli kesemua prasana yang rugi tersebut yang akhirnya satu lagi harta strategic Negara jatuh ditangan orang luar.

Nampak tak kenapa EDRA jual loji janakuasa kepada Negara china yang dibelakangnya ada nama rothchild sedangkan TNB juga berminat untuk memilikinya?
Nampak tak kenapa 1MDB diberi hutang yang amat besar dan mudah itu? Nampak tak bagaimana ‘penasihat-penasihat luar’ itu ‘meletakkan pistol’ dibelakang DSN untuk mengikut sahaja apa arahan mereka yang begitu menyesakkan hidup rakyat Malaysia ini?

Tapi tahukah anda bahawa ada satu kebaikkan yang amat besar buat rakyat Malaysia dan kita semua wajib mensyukurinya atas perlantikkan DSN sebagai PM kita. Apa dia?
Kita wajib gembira kerana apa? Kerana Malaysia tidak lagi dipimpin oleh parti UMNO bermula dari PRU14 nanti insyaAllah.

Semoga Malaysia tidak terjatuh ditangan2 yang menyesatkan kita kepadaNya.

wallahuaklam
Jom lepak kat panggung aku @ www.youtube.com/c/modayu73.




Comments

Popular Posts