MAKSUD GELARAN UMMI YANG SEBENARNYA PADA DIRI NABI MUHAMMAD SAW…
Saya ingin membawa pelayar internet berfikir akan maksud ummi yg sebenarnya iaitu gelaran yg diberikan kpd junjungan besar Nabi kita , Nabi Muhammad SAW. Apa pendapat anda ? Apakah yg dimaksudkan dgn Ummi itu ? Sesetengah drpd kita beranggapan gelaran ummi pd Rasulullah SAW itu bermaksud org yg tidak tahu menulis dan membaca.
Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dgn org yg tidak tahu menulis dan membaca ? Apa fikiran anda
Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dgn org yg tidak tahu menulis dan membaca ? Apa fikiran anda
Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. Sehinggan org kafir mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yg amat kita kasihi. Orang kafir berpendapat, bahawa org yg bijaksana mestilah tahu menulis dan membaca kerana itu adalah cara atau kaedah utk mencari ilmu pengetahuan.
Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dgn seorang ustaz yg sgt mencintai Rasulullah. Ustaz ini mengambil PHD dan beliau yelah membuat kajian tentang UMMI iaitu sifat yg ada pada Rasulullah SAW. Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada Rasulullah itu sebagai org yg tidak tahu menulis dan membaca.
Beliau telah berjumpa dgn ramai professor dan melawat banyak perpustakaan universiti di negara2 Arab tetapi jawapan yg ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak berpuas hati dgn jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak sanggup mendengar penghinaan org kafir terhadap junjungan besar Nabi kita.
DaAds
Kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Mukarramah Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua senyum kepadanya. Ustaz ini dtg kepada orang tua itu dan berbual-bual. Akhirnya soalan terakhir yg dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu ialah ‘apakah maksud ummi yg ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’. Walaupun tidak yakin dengan jawapan yg akan diberikan oleh orang tua itu, tetapi ustaz ini bertanya juga. Orang tua itu tersenyum dan akhirnya menjawab….
“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab lama yg membawa 2 maksud. Maksud yg pertama ialah INDUK dan maksud yg kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yg pertama IBU dan maksud yg kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yg kedua iaitu ~ tempat letaknya segala sesuatu ~ dan bukannya orang yg tidak tahu menulis dan membaca.
Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yg berada di dunia ini terdapat di dlm kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW utk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yg telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.
Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW Al-Quran, kitab yg mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa seperti kita yg patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yg anak cari selama ini bukanlah orang yg tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yg kedua iaitu “ TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN “. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana ”
Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini yg beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yg tidak tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yg sebenar yg ada pada diri Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya. Ustaz itu menyesal, bertaubat dan sangat gembira kerana apa yg dicarinya selama ini telah ditemui.
Comments
Post a Comment