Masjid Kedekut WiFi
Perkara ini perlukan perhatian pihak pengurusan masjid di seluruh Negara. Ini kerana masjid bukan harta persendirian pihak AJK yang dilantik, tetapi adalah hak milik masyarakat Beragama islam diseluruh Negara. Cerita ini bukanlah nak ‘condem’ pihak masjid , Cuma ingin menambah baik cara masjid diurus oleh AJK yang diberi amanah agar sentiasa peka dengan kehendak pasaran umat islam setempat. Ada satu masjid di kawasan shah alam tu memang kedekut nak bagi password wifi...'tension' betul..
Sepanjang persinggahan dimasjid-masjid dilembah kelang ini, dari 10 masjid yang disinggahi untuk menumpang solat, 9 daripadanya mempunyai rangkaian internet WIFI mereka sendiri. Dari 9 itu, 2 WIFI masjid tersebut berstatus ‘Free Access’ yakni boleh disambungkan tanpa perlu dimasukkan password sementara 7 lagi memerlukan password.
Dari statistic ini menampakkan bahawa, majority pihak pengurusan masjid tidak membenarkan jemaah yang hadir untuk menggunakan WIFI di masjid mereka secara percuma, kerana itulah mereka menetapkan PASWORD kepada rangkaian WIFI mereka.
Dari pengalaman yang lalu, saya pernah meminta jasabaik pihak pengurusan masjid untuk mendapatkan PASSWORD WIFI mereka sementara menunggu masuknya waktu isyak dan kebetulan tiada kuliah maghrib dimasjid yang saya singgahi.
Apa yang mengecewakan adalah, pihak pengurusan masjid cuba berdolak dalik mengatakan mereka tidak tahu apa passwordnya. Agak janggal kalau pihak AJK sendiri tidak tau password wifi masjid mereka sendiri ataupun sememangnya mereka tidak membenarkan orang bukan AJK menggunakan wifi mereka?
Terfikir sejenak! Adakah yuran bulanan internet masjid itu dibayar oleh orang persendirian ataupun dari kutipan tabung-tabung harian dan juga kutipan dari jemaah pada solat jumaat setiap minggu? Tidakkah ini bermakna , dengan infak dan sedekah oranglah pihak pengurusan masjid membayar itu dan ini bagi memenuhi keperluan masjid tersebut.
Kalau pihak AJK masjid tidak membenarkan orang ramai mengambil air dimasjid untuk tujuan perniagaan dan persendirian , itu senang untuk difahami. Begitu juga dengan elektrik yang ada kos langsung jika dipakai oleh jemaah yang hadir disitu.
Tapi bab internet ini saya agak sedikit tidak setuju pihak masjid ‘mengunci’ siaran WIFI mereka. Disinilah yang pihak AJk masjid boleh gunakan untuk mendekati anak-anak muda yang sentiasa rapat dengan dunia internet. Biarlah WIFI masjid itu di buka tanpa perlu ‘kunci dengan password’ ataupun pamerkan password mereka di papan notis masjid.
Masjid Negara yang besar itu pun tidak perlu password untuk menyambung ke WIFI mereka. Bila semua orang boleh duduk dimasjid sambil menunggu waktu solat seterusnya, bolehlah mereka membaca dan menonton perkara tertentu di ‘smart phone’ mereka dengan kelajuan yang tinggi dari wifi masjid itu berbanding dengan internet mobile telephone mereka yang terhad dengan quota tertentu.
Bagi saya , dengan keprihatinan pihak AJK masjid dalam berkongsi WIFI kepada jemaah tanpa perlu sebarang sekatan pin dan sebagainya, maka sampailah hajat para jemaah-jemaah yang menyumbang duit mereka setiap hari dalam tabung-tabung masjid agar institusi masjid itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
Tugas dakwah ini bukan setakat pendakwah-pendakwah sahaja, pihak AJK masjid juga perlu memahami bagaimana menjadikan masjid mereka mesra jemaah dan mesra semua peringkat umur dan juga mesra keperluan semasa. Ini juga adalah unsur dakwah yang perlu diterapkan dalam setiap diri AJK masjid tersebut.
Adalah suatu pembaziran yang nyata jika pihak masjid yang melanggan unifi yang paling murah RM149 sebulan dengan quota 60G (unlimited usage) Cuma sekadar tengok email dan berfacebook serta buat blog untuk pihak masjid. Kalau itulah keperluan pihak AJK masjid tersebut, adalah lebih baik pakai WIFI pada ‘smartphone’ AJK itu dari melanggan unifi yang hanya membazirkan duit derma orang ramai sahaja.
Akhirnya, kongsikanlah password unifi kalian wahai AJK masjid-masjid diseluruh Negara. Jadikan masjid sebagai tempat lepak anak-anak kita daripada membiarkan mereka duduk berjam-jam di cyber café tanpa solat dan juga tanpa pemantauan.
Ada satu masjid di seksyen 27 shah alam itu, walaupun wifi nya berpassword, tapi pihak AJK menampalkan kata laluan itu dipapan kenyataan masjid dan ini memberi impak kepada jemaah terutama anak-anak muda untuk ‘port’ dimasjid berbanding di kedai mamak untuk mendapatkan wifi percuma.
Jawatan AJK itu bukan hak persendirian, Cuma dipertanggunjawabkan untuk menguruskan masjid dan dipertanggungjawab untuk memakmurkan masjid. Biarlah setiap sen dari kutipan tabung-tabung masjid itu dapat memberi manfaat yang maksima kepada jemaah disekitar dan juga jemaah yang lalulalang di tempat kalian.
berita semasa @ www.dadiydoo.com
Comments
Post a Comment