Biar berdarah biar tergadai nyawa
Sehari dua ni terasa sayup jer rasa jiwa ini. Rasa macam serabut dengan pelbagai masalah dunia yang tidak pernah reda dari segala macam kisah yang tidak pernah habis. Dikejutkan dengan kisah Handphone Dikotaraya yang menipu mangsa dengan pelbagai taktik yang licik. Dengan harga gula-gula rm200 sebuah, mangsa terpaksa bayar rm10,000 untuk 'settle' sindiket yang amat kejam dan lintah darat ini.
Belum reda kisah di lowyatt yang menyaksikan kes pergaduhan yang besar diantara pembeli dengan penjual yang berlanjutan hingga melibatkan FRU turun untuk meleraikankannya.......Risau sungguh dengan keadaan sekarang ini..
Dalam sehari dua ini akan disambut Maulidur Rasul saw iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah datang kedunia ini untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Kenapa kita umat melayu Di Malaysia yang dinisbahkan sebagai umat melayu Islam menjadi sebegitu rupa 'bertempur' tanpa rasa bersalah hanya kerana satu dua perkara yang boleh diselesaikan dengan baik sebenarnya.
Lihat bagaimana Baginda saw dibaling batu hingga berdarah seluruh tubuhnya oleh anak-anak ditaif ketika ingin mengembangkan agama islam buat mereka setelah orang-orang di Mekah menolak ajaran dari Allah itu. Datang para malaikat untuk membantu Baginda saw membalas dendam dengan diterbalikkan gunung jika Baginda saw bersetuju.
Tapi Baginda saw melihat jauh dari itu. Jika Baginda saw bersetuju dengan idea malaikat penjaga gunung tersebut, pastinya tidak sampailah iman islam ini kepada anak-anak generasi disitu buat selamanya. Kita sendiri pun tak terfikir sampai ketahap itu jika musibah ini melanda pada kita sendiri.
Apa yang Baginda saw ingin sempurnakan pada misinya adalah kesempurnaan akhlak dan bukannya jawatan dan harta semata-mata. Untuk menyempurnakan akhlak itu , Allah telah 'membasuh' jiwa Baginda saw sebanyak 2 kali agar segala perlakuan yang ditunjukkan oleh Baginda saw itu tidak dipaksa-paksa dan dibuat-buat.
Gelaran al amin yang diberikan oleh penduduk mekah yang semuanya penyembah pahala ketika itu (yakni sebelum kerasulan Baginda saw) itu sendiri memperlihatkan bagaimana akhlak Baginda saw sudah diiktiraf oleh orang ramai walaupun setelah kerasulannya telah menuduh itu dan ini kepada Baginda saw.
Ini memperlihatkan bahawa islam yang dibawa oleh Baginda saw untuk umat manusia itu bukan sekadar hanya untuk memperbesarkan Allah semata-mata (walaupun itu hakikatnya), tapi agama yang dibawa ini juga melibatkan hubungan dengan manusia,haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.
Jika ajaran Islam ini direka oleh Baginda saw sendiri tanpa bantuan dari Allah, pastinya nikah mutaah itu sudah menjadi perkara utama dalam islam ini dan jawatan Penguasa mekah itu sudah disandangnya. Tapi bagaimana Baginda saw mampu melawan semua kehendak nafsu ini yang kebiasaannya diingini oleh semua manusia?
DaAds
Kini tugas-tugas menyambung sifat akhlak mulia Baginda saw kepada anak-anak kita itu perlu diteruskan. Jangan pandang cina itu musuh atau india itu lawan kita. Perang yang utama untuk kita lawan adalah nafsu jahat kita. Bangsa itu hak Allah untuk menjadikan kita dimana, tapi mereka akan persoalkan kita di akhirat sana kenapa tidak bawa mereka kepada agama Allah ini?
Para pemimpin kini cuba memancing sifat perkauman keatas rakyat sendiri tanpa perancangan teliti bagaimana membawa akhlak mulia ini merentasi kaum dan bangsa.
Adakah dengan mengamok sana sini, bangsa lain akan lihat bahawa 'wah bangsa melayu hebat!' ataupun dendam akan tersimpan oleh bangsa lain yang menunggu masa untuk meletup yang akhirnya merugikan negara dan juga memburukkan imej ISLAM itu sendiri.
Kalau akhlak kita gagal, walaupun kita syeikh, habib, imam, mufti, ustaz, maulana, tok guru dan sebagainya, maka secara automatik ISLAM dalam kita itu gagal juga. Bermaksud ISLAM yang kita fahami itu tidak menyeluruh dan hanya berfungsi pada bahagian-bahagian yang tertentu terutama yang hanya menguntungkan diri sendiri sahaja.
Oleh itu semua masalah yang berlaku baru-baru ini perlu kembali keakar umbinya, iaitu masalah 'memasang' software ISLAM yang syumul ketika peringkat anak-anak lagi. Cabaran membesarkan anak-anak juga getir ketika ini dengan segala 'serangan' datang dari kiri dan kanan terutama dari dunia internet tanpa sempadan ini.
Masa dengan anak-anak sudah menjadi amat kurang disebabkan kekangan pendapatan yang menyebabkan ayah dan ibu terpaksa bekerja siang dan malam dengan segala kos hidup menjadi amat mahal untuk diperolehi.
Beratkan ujian Allah !!!
Wallahuaklam
Semasa @ www.dadiydoo.com
md daud yusri fie alHutan Melintangi

Comments
Post a Comment