Kesan doa UFN kepada TDM

Teringat aku pada suatu masa dahulu semasa dalam sidang di Parlimen ketika Saudara Presiden Pas ketika itu Ust Fadhil Nor berucap melawan TDM yang menjadi PM Malaysia berkenaan kisah Memali. 

Walaupun ucapan presiden Pas ketika itu bersahaja tanpa perlu meninggi suara, tapi isi kandungan ucapannya amat tajam dan tepat sekali. Aku teringat pesan keramat beliau kepada TDM ketika itu….



 
 Saudara Ust Fadhil Nor (UFN) ketika itu amat kesal dengan kisah Memali yang menjadikan nyawa Ust Ibrahim Libya berakhir disana. Aku ketika itu masih bersekolah rendah melihat di kaca TV akan kekecohan yang berlaku diantara pihak berkuasa dan penduduk kampong. Masa itu akal aku pun pendek lagi, bila lihat dalam siaran TV tersebut seolah-olah orang kampong sedang menggila kepada pihak berkuasa.
Pada masa itu memang aku tak faham kisah sebenar dan aku memang rasa macam penduduk kampong tu yang bersalah menentang pihak berkuasa. Siap dengan parang dan senjata tajam, aku fikir kenapalah orang kampong seganas itu.
Tapi setelah UFN terang dengan panjang lebar di parlimen, barulah aku faham apa disebalik kejadian memali itu. Kalau itulah yang diperkatakan oleh UFN , memang murahlah nyawa rakyat Malaysia hanya kerana seorang dua pemimpin yang berkepentingan.
 

 Dan kemuncak dari kemarahan yang terpendam oleh UFN itu, beliau berdoa didalam parlimen itu dengan doa agar dipanjangkan umur TDM sehingga beliau mampu melihat segala kecelaruan yang beliau hasilkan dizaman pemerintahannya itu.

Tidak lama selepas itu, UFN pun dipanggil Allah pulang, tapi TDM masih sihat walafiat walaupun keIJN beberapa kali sebelum ini.  Mungkin doa UFN diangkat oleh Allah sehingga TDM sibuk berpolitik setelah 2 PM bertukar ganti.
Suatu ketika dulu rakyat kebanyakkan ‘tersiksa’ baik kawan mahu pun lawan pada cara pemerintahan beliau. Macam-macam kes yang merisaukan berlaku dizamannya bermula dengan kes memali, skandal BMF, mengurangkan kuasa raja, DSAI dan sebagainya. 

Rakyat sakit jiwa dengan polisi keras beliau itu.
Sekarang Allah pulangkan semula segala kesakit jiwaan rakyat dahulu kepada beliau sekarang. Sejak beliau berhenti menjadi PM, digantikan oleh TAB dan sekarang DSN, setiap hari beliau merasa ‘sakit jiwa’ dengan corak pemerintahan para penggantinya yang kesemuanya adalah calon pilihan beliau.


Apa yang diperkatakan oleh TDM berkenaan dengan isu semasa Negara adalah benar belaka dan aku berdiri dibelakangnya. Apa yang dibangkit oleh beliau terutama kes 1MDB bukan cerita kosong yang boleh dipersetankan. DSN memang sukar menepis semua tuduhan yang dihalakan kepada beliau oleh TDM.

Bab itu semua orang pun tahu, Cuma yang aku ingin ‘highlight’kan disini adalah DOA oleh UFN kepada TDM itu ‘dimakbulkan’ oleh Allah sehingga beliau kini terlalu ‘sibuk’ berpolitik baik dari segi ONLINE mahupun OFFLINE. Semua ‘kemusnahan’ yang dikatakan oleh UFN itu kini boleh dilihat sendiri oleh TDM dengan kepala matanya sendiri.

 Apapun aku tetap meragui segala transaksi oleh DSN sejak dari menjadi menteri Pertahanan hinggalah kini dan kea
daan Negara kita kini juga semakin tidak menentu dengan pelbagai permasalahan yang menyesakkan otak untuk memikirnya.

YaAllah, ampunkan kami dan pemimpin-peminpin kami.

Tenangkan jiwa dengan tonton siri-siri penenang dibawah ini dari kepeningan yang dibawa oleh pemerintah yang sering alpa.



Atau klik DISINI  untuk paparan yang lebih tenang. 

Wallahuaklam

Comments

Popular Posts