PAU 2015: Masa untuk berhibur ramai-ramai?
Sekali
pandang kelihatan persidangan UMNO 2015 ini semacam cuba bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikan masalah rakyat. Semua ‘askar-askar’ upahan akan bangkit
mempertahankan rakyat seolah-olah merekalah hamba kepada rakyat jelata. KJ
dengan peranannya, DSZH dengan bodekkannya dan semuanya akan bangun dengan
memekik nama rakyat didahulukan.
Tapi bila malam tiba, mereka mula bertukar warna…….
Tapi bila malam tiba, mereka mula bertukar warna…….
Inilah
permasalahan yang sering terjadi pada persidangan UMNO setiap tahun terutamanya
jika terdapat pertandingan didalam parti itu. Untuk tahun ini tidak
dipertanding sebarang jawatan dan mereka hadir pada persidangan kali ini
setakat membentangkan usul sahaja.
Kita
semestinya akan disajikan dengan berita-berita betapa UMNO amat mengutamakan
rakyat dari semua segi. Berkobar-kobar para perwakilan membentangkan idea dan
cadangan untuk diperdengarkan kepada presiden dan juga perwakilan yang lain.
Wanita
dengan cara wanitanya, puteri dengan cara ayu puterinya, pemuda dengan gaya
machonya dan juga barisan MT dengan gaya mereka sendiri. Semacam menjadi satu
kemestian, untuk mendapatkan tepukan gemuruh pendengar, mereka akan
menjerit-jerit dalam perbahasan kononnya mereka begitu bersemangat membantu
rakyat dalam semua segi.
Rakyat yang
menonton persidangan itu seolah-olah terpaku dengan semangat para perwakilan
yang membentangkan hujah masing-masing. Segak bergaya dengan berbaju melayu
putih bersamping merah, KJ pasti akan menjadikan pentas PAU 2015 ini taring
tumpul beliau. Manakan tidak, apa yang dia mampu lakukan kalaupun dia ada idea
yang bernas.
DSZH yang
kelihatan garang dipentas politik , apa yang beliau boleh lakukan dengan
jawatan tinggi beliau didalam kerajaan. Apa untungnya menjadi ahli umno
dikampong-kampong andai semua kenaikkan sara hidup mereka terkena seperti para
penyokong pembangkang?
Adakah
dengan menjadi ahli umno, mereka tidak perlu membayar tol, tiket pengaangkutan
awam ataupun mereka diberi subsidi khas untuk membeli petrol atas kerana mereka
ahli UMNO?
Bila kita
duduk dihadapan kedai nombor kuda di daerah Hutan Melintang (Parlimen BD),
berapa ramai umat melayu dari penyokong-penyokong UMNO yang beratur sama disitu.
Bila ditanya kenapa beli nombor? Mereka sentiasa menjawab ‘ mana tau dapat
rezeki dari nombor ni’.
Adakah ini
kualiti yang umno hendak bina dari orang-orang kampong yang sentiasa menyokong
kepimpinan mereka? Berapa ramai anak-anak muda UMNO yang berada di masjid
memakmurkannya berbanding melepak ditepi sungai menunggu waktu senja?
Setelah
habis kupasan para perwakilan pada siang hari, maka mereka pun balik berehat
dihotel-hotel yang ditempah oleh mereka sebelum itu. Bila malam semakin pekat,
Kuala Lumpur tetap terang benderang.
Kemana hendak
pergi malam-malam begini? Mungkin itu yang bermain difikiran para perwakilan
umno.
Adakah
mereka masih ingat lagi tentang perbahasan yang berapi-api disiang hari tadi?
‘Perbincangan’
mereka disambung rupanya ditempat yang lain. DImana? Dipusat-pusat karoeke dan
pusat-pusat hiburan yang bersepah di serata KL ini. Ada yang lenguh disiang
hari dengan perbahasan yang panjang, dimalam hari mereka diurut oleh bidadari
warga asing ditempat yang biasa.
Itu kisah
malam para perwakilan lelaki. Yang wanitanya bagaimana? Pastinya para
perwakilan wanita akan membuat rombongan ke pusat-pusat membeli belah yang
terkenal diKL ini untuk merehatkan minda dimalam hari.
Begitu juga
dengan perkumpulan Puterinya yang cantik dan ayu. Kedatangan mereka di PAU
dengan misi rakyatnya sekadar menjadi perhatian para perwakilan lelaki
kebanyakkannya. Apa yang mampu mereka lakukan dalam PAU2015? Sekadar ‘pow sana
dan pow sini’ sahajalah setakat ini.
Jika ada
pertandingan untuk merebut semua jawatan dalam umno diadakan untuk tahun
tersebut, keadaan menjadi lagi teruk. Menurut cerita dari sahabat-sahabat yang
hadir di persidangan ketika ada pertandingan tahun tersebut, duit-duit membeli
undi melimpah-limpah diKL.
Setiap calon
yang ingin bertanding, pasti akan menyajikan apa yang perwakilan inginkan. GRO!
Pelacur! Amoi urut dan segala macam maksiat di beri asalkan mereka mengundi
calon-calon tertentu.
Kemana hala
tuju umno sebenarnya? Merosakkan ahlinya atau membangunkan ahlinya? Dalam dewan
pidato berasap-asap minta kerajaan kaji itu dan ini supaya Malaysia terus
membangun, tapi diluar dewan , penuh puak-puak ini dalam bilik karoke, pusat
urut dan pusat snooker membuang masa.
Ini adalah
gambaran sebenar disebalik PAU setiap tahun yang parti melayu itu adakan. Tiada
apa lagi yang rakyat boleh harapkan kalau begini umno itu diurus. Semua
perwakilan hanya mencari peluang untuk dapatkan habuan itu dan ini dari
orang-orang tertentu untuk kepentingan sendiri.
Jemaah
didalam parti melayu ini tidak lagi dapat membantu membangunkan agama islam ini
secara keseluruhan. Jika kita dengar perwakilan dengan usul agamanya, apa yang
diperkatakan itu mungkin bagus, tapi disebaliknya apa yang mereka sampaikan itu
sekadar menunjukkan skil berpidato sahaja. Tak lebih dari itu.
Kita lihat
bagaimana Khir Toyo bekas MB Selangor, sebelum beliau dilantik menjadi MB,
beliau adalah exco agama Pemuda Umno. Tetapi kini, bila ujian amanah diberikan oleh Allah kepadanya,
akhirnya Allah campakkan beliau kedalam penjara. Itu lah hakikatnya.
Parti umno
ini semakin hari semakin dimamah usia. Seperti juga seorang tua yang sakit, yang
memerlukan perhatian yang lebih, begitulah juga dengan parti ini.Apa yang perlu
kita lakukan adalah rehatkan ‘parti tua’ ini agar kurang sedikit kesakitan yang
dialami oleh rakyat kebanyakkannya.
Kepada
perwakilan-perwakilan umno yang menyusup ke pusat-pusat hiburan seperti yang
diceritakan diatas, kawinlah sorang lagi. Lebih baik ‘berperang’ dengan bini
pertama kerana kantoi bernikah sorang lagi, daripada berperang dengan Allah
kerana melakukan dosa-dosa zina yang pastinya tidak kunjung padam nafsunya.
Atau tontonnya DISINI
Wallahuaklam
Md Daud Yusri Alhutan Melintangi @ www.dadiydoo.com
Comments
Post a Comment