Dr Khir Toyo: Dari Exco Agama , kini banduan penjara.
Gagah kelihatan saudara Jamil Khir Baharom di Alor setar sehari dua ini dalam misi menjatuhkan Mukhriz sebagai MB kedah. Tidak ku sangka seorang agamawan sebelum menjadi menteri kini sudah menjadi batu api yang sangat berapi.
Berbagai ‘dosa2’ terpalit padanya bermula ketika dilantik menjadi menteri hingga kini yang dikatakan ‘menggelapkan’ duit anak yatim dan juga peralatan golf yang entah kemana hendak digunakan bersama-sama dengan anak yatimnya. Inilah ujian Jamil Khir, tetapi tidak buat Khir Toyo ketika berada diatas gunung emas.
Berbagai ‘dosa2’ terpalit padanya bermula ketika dilantik menjadi menteri hingga kini yang dikatakan ‘menggelapkan’ duit anak yatim dan juga peralatan golf yang entah kemana hendak digunakan bersama-sama dengan anak yatimnya. Inilah ujian Jamil Khir, tetapi tidak buat Khir Toyo ketika berada diatas gunung emas.
Khir Toyo juga bermula dalam kalangan agamawan juga seperti
Jamil Khir. Khir Toyo pernah menjawat jawatan exco agama Pemuda Umno Malaysia.
Beliau kelihatan begitu berhati-hati dengan jawatan yang berbentuk amanah dari
Allah ini sehinggalah Allah uji lagi untuk meningkatkan tahap iman beliau iaitu
diberi jawatan sebagai MB Selangor oleh PM Dr Mahathir ketika itu.
Tiada siapa yang meneka dengan tepat siapa bakal pengganti
MB Selangor selepas Abu Hassan Omar terpalit dengan skandal peribadi. Dengan
kuasa Allah, Dia telah menggerakkan hati Dr M untuk memilih Khir toyo.
Semua orang terkejut, baik rakan mahupun musuh politik dalam
Negara. Siapa Khir Toyo ini berbanding Muhammad Taib (Mike Tyson Selangor) ini.
Rakan-rakan di sebelah Sg Besar Selangor gembira atas perlantikkan ini kerana
anak dangau dari bendang kini menjadi MB Selangor.
Bergaya puak-puak jawa Sg Burung mencanangkan nama khir toyo
di kedai-kedai kopi tanda gembira dengan perlantikkan tersebut. Orang-orang
kampong semua mencari salasilah diri mereka agar ada hubungan saudara walaupun
sangat jauh sebagai tanda Khir Toyo juga keturunan mereka.
Seperti pujangga pernah berkata, ujian kesusahan itu mungkin
agak perit untuk di lalui, tapi ujian kesenangan itu lagi kuat cabarannya. Dari
seorang exco agama yang warak disatu sudut dunia, bila ujian senang ini Allah
kurniakan buatnya, belum tentu sang wali mampu untuk melawannya.
Bagaimana bermula kehidupan dari bendang yang jauh dihujung
dunia sana, kini beliau menginap di penjara . Adakah ini tanda Allah saying padanya
atau Kifarah dosa-dosa semasa diatas puncak dunia?
Adakah Jamil Khir akan juga terdorong kedalam penjara suatu
hari nanti apabila dosa-dosanya sudah terlalu banyak untuk ditanggung? Jika
penjara itu menjadi kenyataan buat Jamil Khir, maka sujud syukurlah wahai Jamil
Khir tanda syukur Allah sentiasa memantau anda.
Tapi sekiranya kehidupan anda terus cemerlang tanpa sebarang
halangan selepas ini, menangislah kerana Allah sudah bosan dengan anda dan
Allah tidak mahu lagi memandang wajah anda selamanya lalu diberinya semua
kesenangan ibarat Qarun yang tidak pernah miskin selama hayatnya .
Mungkin video dibawah ini mampu membuka mata kita bagaimana ujian itu datang tidak kira masa sehingga dalam solat juga Allah ujia hambanya.
Semoga ujian buat kita mampu mendekatkan kita padaNya.
Wallahuaklam
www.dadiydoo.com
Md Daud Yusri Fie Alhutan Melintangi
Mungkin video dibawah ini mampu membuka mata kita bagaimana ujian itu datang tidak kira masa sehingga dalam solat juga Allah ujia hambanya.
Semoga ujian buat kita mampu mendekatkan kita padaNya.
Wallahuaklam
www.dadiydoo.com
Md Daud Yusri Fie Alhutan Melintangi
Comments
Post a Comment