Air kosong pun 20 sen tau abg Jib
Kadang-kadang rasa nak mengamok pun ada dengan kedai-kedai
makan yang bersepah di lembah kelang ini. Mana tak marahnya, nak dibawa air
dari rumah minum di restoran dah kena marah plak dengan tuan kedai, bila nak
order air kosong dah kena 20 sen secawan. Bukan secawan , kadang-kadang tak
puas secawan order lagi secawan.
‘Patutnya air kosong ni bagi free jelah, buat sedekah jariah
pada pelanggan lagi bagus’. Kata sahabat yang minum sekali disitu. Antara air
kosong dengan air basuh tangan, mana yang lagi banyak guna? Ini kadang-kadang
kedai mamak hentam sampai 50 sen secawan. Tak cukup kaya ker kalau tak caj air
kosong tu.?
Itulah juga yang berlaku dalam Negara kita ini. Rakyat
marhain disuruh berjimat cermat bagai nak gila , tapi GST tetap kena juga. Apa
barang yang tak kena GST? Cakap pandailah menteri-menteri tu semua, pasal anda
semua dibayar setiap langkah dalam hidup kalian.
Kereta yang pak menteri naik itu adalah hak rakyat, minyak
diisi oleh rakyat, rumah disediakan oleh rakyat, tol lalu jer pasal dah bayar
oleh rakyat dan berak pun rakyat yang ‘basuh’ punggung mereka. Masa sebelum
jadi menteri dialah pahlawan rakyat, bila dah jadi menteri , pandang rakyat pun
jijik jer muka dia.
‘Kenapa abg jib tu boros sangat dengan kak mah, tak macam
ayah dia dulu?’
Jawapannya amat senang untuk pernyataan diatas. Abg jib kita itu duduk dalam keluarga Perdana
Menteri sejak dari kecil lagi. Oleh itu rasa susah itu mana dia pernah rasa.
Mungkin ketika itu mereka berborak pun semua dalam angka ribu-ribu tak macam
kita yang borak sekadar sen sen jer.
Bila dah dari kecil sudah senang, tambah sekarang dah jadi
PM lagi lah duduk dikayangan terus. Pada ketika ini mereka berborak bukan pada
angka ribu-ribu dah, dah main Billion dah bro! Kalau setakat untung rm100k bagi
satu projek, tak lepas nak sedawa untuk mereka.
Begitulah juga terjadi pada anak-anak Tun M sekarang ini.
Mereka semua membesar ketika ayah mereka menjadi PM Malaysia yang lalu. Tun M
memang dibesarkan dalam keluarga susah, tapi tidak buat anak-anak mereka. Oleh
itu, Tun M yang dari keluarga susah itu pun bernafsu besar dalam memerintah Negara
, apakah anak-anaknya sekadar melihat sahaja?
Mukhriz yang menjawat MB kedah ketika ini pun bercita-cita
besar ( ketika artikel ini ditulis), kalau dia menjadi PM , lagilah besar
nafsunya berbanding ayahnya dulu.
Kerana itulah kita lihat agak sedikit anak-anak pembesar Negara
yang menjadi hebat dari kacamata agama.
Berapa ramai anak-anak mereka yang terjebak dalam dunia ‘shahwat‘ berkongsi
wanita sana dan sini. Menjadi penagih arak, mengaut keuntungan Negara dengan
projek anugerah sana sini yang akhirnya Negara kita dikuasai oleh ‘oppurtunist2’
yang menjahanamkan anak bangsa dan agama.
Dibawah ini ada dua video yang patut menjadi renungan buat
kita semua. Walaupun keilhatan lucu dan mencemaskan, jauh disudut sana kita
sebenarnya perlu tukar cara Negara kita di perintah. Kita tidak lagi mampu
untuk menerima pemerintah yang berkualiti rendah dari pihak UMNO yang rakus
itu.
Kebanyakkan pemimpin dari puak-puak UMNO ini banyak
melakukan MAGIC yang kelihatan seperti menghiburkan tapi sebenarnya banyak
mengenakan kita tanpa kita sedar. Abg Jib kata GST ini lah yang membantu
ekonomi Negara, (magickan GST boleh bantu Negara) tapi sebenarnya kita ini
orang-orang kampong berjemaah mengeluarkan duit beri pada abg jib untuk
membayar kos hidup mereka. (terkenakan magic tu)
Inilah sebenarnya disebalik Magic yang cuba digambarkan
dalam video dibawah ini. Kelihatan amat magic tapi sebenarnya mengenakan orang .
Buat saudara Ahmad Maslan yang konon mempunyai 3 kerja dalam
satu masa, apakah perlu kami bekerja siang dan malam semata menyara keluarga. Adakah perlu lepas bekerja
dipejabat, bergegas pula ke KFC buat ‘partime’ disana sampai pukul 11 malam?
Pada video dibawah ini, ada insan yang sanggup menyabung
nyawa hanya kerana untuk berjimat cermat dalam menyara keluarganya. Kelihatan
seperti handal menunggal motorsikal, tapi jauh disebaliknya betapa insane-insan
ini terpaksa mengambil jalan sebegini untuk meneruskan sisa kehidupan yang
tidak pasti ini.
Semoga kehidupan kita tetap berlangusng dengan tenang dan tabah,. Biarlah hidup seadanya tapi tidak mengganggu kehidupan insan-insan lain diluar sana insyaAllah.
wallahuaklam
www.dadiydoo.com
Comments
Post a Comment