Bidaah dalam Mathematik?
Pelajaran
pertama kita semasa sekolah rendah dahulu dalam pelajaran Mathematik adalah
perkiraan Campur (+). Setelah mahir dalam + tersebut, kita beranjak ke TOLAK
(-), kemudian KALI (X) dan akhirnya BAHAGI (/).
Jadi disini
asas kepada semua persoalan math adalah bermula dengan 1+1=2. Ini adalah
tiangnya. Pusinglah kemana sekalipun, tiang 1+1=2 tak mampu hendak dinafikan
oleh sebarang pakar math didunia ini sekalipun.
Bila
perkembangan pelayaran semakin maju dengan dibantu oleh kompas yang sentiasa
menunjukkan kearah utara, pakar-pakar math memerlukan perkiraan dan formula
untuk menangani masalah dialam pelayaran.
Bagaimana
untuk mengira kelajuan kapal dilaut berbanding kelajuan kereta didarat.
Pelbagai istilah dicipta dan hokum/teori direka untuk memudahkan umat manusia
memahami dan mengira sesuatu permasalah yang timbul.
Kita lihat
bagaimana formula segitiga itu direka oleh pakar untuk mengira panjang sisi dan
juga saiz keluasan tapak segitiga itu.
Semua rekaan
teori untuk mendapatkan sesuatu jawapan seperti pada rajah diatas tidak pernah
lari dari tiangnya iaitu 1+1=2. Kita boleh sahaja kira berapa panjang ukurlilit
segitiga itu dengan mengukurnya menggunakan tali tape.
Itu untuk
permalasahan bersaiz kecil adalah mudah menggunakan tali tape. Bayangkan untuk
mengira saiz tanah seluas Melaka mahupun sekecil perlis. Berapa lama masa untuk
diambil dan berapa panjang tali tape hendak digunakan untuk mengukur semua itu.
Disinilah
pakar-pakar math menggunakan pelbagai jenis teori tanpa perlu kita turun
kepadang untuk mengukurnya. Maka wujudlah Cos, Tan dan Sin untuk mengukur sudut
sesuatu petak. Adakah dengan menggunakan teori ini, maka pakar math
terpaksa mengubah tiang asal math iaitu
1+1=2?
Ini
memperlihatkan bahawa mereka tidak memandai-mandai mengubah teori asal math
tersebut, tetapi mengembangkan ‘ranting-rantingnya’ agar dapat digunakan
disetiap permasalahan yang baharu muncul.
Semasa teori
1+1=2 dijumpai, mungkin masalah manusia ketika itu tidak serumit pada masa
kini. Ketika itu manusia sekadar bersosial sekadar memenuhi kehendak perut
dimana wujud pertukaran barang dengan barang dan juga duit dengan barang.
Tetapi kini
, manusia semakin berkembang keperluannya. Untuk bergerak dari satu tempat ketempat
yang jauh memerlukan kenderaan. Oleh itu, kenderaan perlu dicipta dengan
kelajuan tertentu untuk memudahkan manusia.
Jadi setiap
inci kenderaan , sebagai contoh kereta, direka sebegitu rupa yang penuh dengan
angka-angka mathematic didalamnya. Kelajuan dalam bentuk KM/j, kiraan RPM
enjin, berapa jumlah torque dan sebagainya memerlukan pertolongan mathematic dalam
menyelesaikannya agar suatu kereta yang boleh diukur keupayaannya terhasil.
Disini formula
1+1=2 langsung tidak mampu untuk menyelesaikan masalah merekacipta sebuah
kereta yang mempunyai keupayaan tertentu.
Contoh
formula kiraan RPM dan sebagainya.
Inilah
pentingnya pakar-pakar mathematic dalam menyelesaikan sebarang masalah terhadap
keperluan manusia sejagat. Manakan mampu kita yang tiada ilmu mathematic yang
kuat ini untuk mereka cipta sesuatu perkara yang kompleks.
Semua
teori-teori yang terhasil itu akhirnya menyelesaikan semua kehendak manusia
ketika ini dengan pokok asasnya adalah 1+1=2. Ini tiang mathematic dan barang
siapa yang mengubah tiang ini maka dia telah melakukan bidaah dalam methematik.
Bidaah dalam agama?
Dalam agama
pula scenario yang sama mungkin boleh dilihat dalam menafsirkan sesuatu perkara
itu bidaah yang mengada-ngadakan perkara yang baru ataupun ada keperluan yang
perlu difahami secara disebaliknya.
Kefardhuan
solat untuk umat islam diseluruh dunia tidak pernah berubah sejak dari zaman
Baginda saw hinggalah kehari ini yakni kita difardhukan bersolat 5 waktu sehari
semalam. Dan setiap waktu solat itu berbeza rakaatnya mahupun berbeza waktunya.
Kita ambil
contoh pada solat zohor. Solat zohor ini adalah 4 rakaat dan semua umat islam
wajib melakukannya dengan 4 rakaat. Pada pandangan kasar fikiran, kalau kita
solat zohor 5 rakaat pasti Allah lagi suka. Lagi banyak kita sujud dalam solat
zohor lagilah Allah suka.
Disini tiang
asas islam itu adalah solat zohor hanya 4 rakaat. Bagaimana hebat iman
seseorang itu dan berapa kuat badannya, solat zohor tetap 4 rakaat dan tidak
boleh dikurang mahupun ditambah. Ini asas tiang agama. Kalau asas ini diubah
contoh solat zohor 5 rakaat, ini bermakna orang itu bukan bercakap atas
kapasiti islam lagi tetapi bercakap atas kapasiti agama yang baru yang
direka-reka untuk menipu manusia.
Berpijak
atas asas inilah yakni solat zohor 4 rakaat dan dilakukan dalam waktu terik
tengahari, para ulamak perasan akan sesuatu perkara yang perlu diselesaikan
mengikut keperluan masa itu.
Adakah solat
zohor Baginda saw sebanyak 4 rakaat itu sama tarafnya dengan solat kita ketika
ini pada hari ini berbanding solat Baginda saw 1400 tahun yang lalu. Baginda
saw pernah berkata ‘ solatlah seperti mana engkau lihat aku bersolat’.
Dari segi
zahir , memang kita sekarang bersolat seperti mana yang Baginda saw ajarkan
dahulu . Ini bermakna tugas kita dalam hal bersolat ini kelihatan sudah selesai
kerana Baginda saw sudah ajar bagaimana untuk bersolat dan bila hendak
dilakukan solat tersebut.
Akan tetapi
Allah memberi amaran dalam Alquran yakni ‘ Neraka wel bagi orang yang bersolat’.
Kenapa pula masuk neraka dengan bersolat sedangkan Baginda saw mewajibkan solat
tersebut.
Disinilah
para ulama memandu kita dalam mendapatkan solat yang tidak memasukkan kita
kedalam neraka. Ini kerana solat yang sia-sia adalah solah yang tidak focus,
fikiran menerawang serta sering lupa jumlah rakaat disebabkan gangguan syaitan
yang menghilangkan tumpuan kita pada solat.
‘Solatlah sepertimana kalian melihat
aku bersolat’ itu
adalah lebih jauh maknanya berbanding solat secara fizikal. Solat Baginda saw
yang sudah sampai sehingga ke sindratul muntaha itu jauh bezanya dengan solat
kita yang sudah jauh dari zaman Baginda saw itu.
Bagaimana
untuk mendapat solat zohor yang berkualiti seperti solat Baginda saw itu.
Baginda saw juga ada bersabda mafhumnya, ‘Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah
seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka
sesungguhnya Ia melihat engkau.’
Bagaimana
kita hendak merasai ehsan ini sedangkan kita tidak pernah melihat Allah dan
juga kita tidak dapat rasa yang Allah sedang melihat kita.
Adakah solat
kita ini sama dengan solat orang-orang arab yang insyaAllah faham secara
harfiah setiap ayat-ayat yang dibacanya. Ini pasti menjadikan kita sebagai umat
ajam (bukan arab) tidak memahami maksud perkataan-perkataan dalam solat
tersebut dan hanya menjadi seperti burung kakak tua yang hanya mengingati
bait-bait lafaz surah dan sebagainya.
Tujuan utama
para ulama memanjangkan ranting-ranting itu adalah untuk mendidik hati agar
istiqamah dan khusuk yang akhirnya dapat dibawa masuk kedalam solat zohor itu
tadi. Mereka tidak mencipta pokok baru yakni zohor itu 5 rakaat ataupun
sebagainya, tetapi mereka ‘memanjangkan’ ranting dalam mendidik hati untuk
memahami erti solat yang khusyuk.
Terkadang
ada ulama nusantara yang menyuruh umat islam disisinya berzikir 1000 kali
sehari ataupun dengan jumlah tertentu dengan kaifiat yang tertentu. Ini
seolah-olah para ulama itu mencipta teori baru agama pula kelihatannya.
Setelah diperhatikan
pada perkara jumlah zikir yang tertentu itu bukanlah bermaksud para ulama
mencipta agama yang baru atau mereka-reka sesuatu yang Baginda saw tidak buat.
Tapi jauh dihujung sana para ulama inginkan para umat islam sebelah sini
sentiasa basah hatinya dengan zikir kepada Allah.
Bila dalam
kehidupan dunianya itu Berjaya mendidik hatinya sentiasa berzikir kepada Allah,
insyaAllah ketenangan zikir itu nanti pasti akan Berjaya dibawa masuk kedalam
solat zohornya dan lama-kelamaan insan itu akan dapat ‘menikmat’ solatnya
seperti para sahabat-sahabat Baginda saw yang lupa dunia bila mengadap Allah
dalam setiap solatnya.
Andai teori ‘mereka’
mengatakan bahawa ‘apa yang Baginda saw
buat kita buat, dan apa yang Baginda saw tidak buat jangan memandai buat’ diguna
pakai untuk umat islam di Negara kita ini, maka ramailah antara kita yang masuk
neraka dengan solat ini.
Bagaimana
kita hendak dapat solat yang sempurna seperti Baginda saw sedangkan kita
dihalang untuk berzikir selepas solat beramai-ramai, berzikir puluhan ribu
dalam kehidupan harian dan memahami erti hidup dalam talkin yang dibacakan
diatas kubur. Mereka cuba membidaahkan semua amalan ranting ini yang pastinya
tidak mengubah tiang ataupun pokok agama yakni solat zohor 4 rakaat.
Para ulama
tidak mereka cipta benda baru dalam setiap amalannya tetapi memanjangkan
ranting pokok itu untuk umat disekitarnya agar sentiasa faham erti bersolat
cara Baginda saw yang penuh berkualiti dan Baginda saw ‘berehat’ didalam solat
berbanding dengan kita yang sentiasa terasa terbeban dengan solat ini.
Percayalah ,
setiap ulama disetiap zamannya ada kaedah yang terbaik untuk masyarakatnya
memahami erti berTuhan dengan tidak diubah perkara pokok/tiang agama itu. Para
ulama bertungkus lumus memahami nas dari Alquran dan hadith agar setiap
masyarakat yang berbeza budaya dan keperluan dapat aturkan kehidupan mereka
mengikut jalan agama yang benar ini.
Sikap
sentiasa membidaahkan setiap perlakuan umat islam yang tidak sebulu dengan kehendak
mereka adalah agenda yang jahat. Mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah
mahukan umat islam sentiasa lalai dari mengingati Allah dari mencipta umat
islam yang penuh jiwanya dengan bertuhankan Allah yang maha Agung lagi Maha
Terpuji.
Walalhuaklam
md daud yusri alhutan melintangi
www.dadiydoo.com
Comments
Post a Comment