Selamat Ulang Tahun TLDM 81: Kemana arahnya?
Tertengok TV di kedai makan pagi tadi memfokuskan kepada sambutan hari ulang tahun penubuhan TLDM di Malaysia. Segak pengacara hari ini berpakaian seragam TLDM serta acara menari oleh para anggota di hadapan pejabat TV3.
Bangga aku melihat bagamana mereka dilatih untuk menjaga negara dari diceroboh oleh negara lain. Tahniah buat kalian atas pengorbanan dan sahsiah yang kalian berikan buat kami rakyat Malaysia.
TLDM mempunyai pelbagai jenis aset ketenteraan yang canggih dengan harga jutaan RM. Ketika aku ke Pangkor baru2 ini, melalui ditepi pengkalan mereka, kelihatan tersergam indah pengkalan TLDM yang sayup2 mata memandang. Hebatnya mereka bila dilihat dari arah lautan.
Pengisian! KAdang2 aku ada lepak dengan kawan2 yang pernah bertugas dengan TLDM sebelum dorang pencen. Memang dari segi asetnya, pasukkan kita adalah terbaik. Mereka dilengkapi dengan peralatan dan persiapan yang amat canggih. Tak tergambar kadang2 akan peralatan yang mereka pakai bila melakukan tugasan
Akan tetapi, adakah peralatan itu semua mampu mampu mengawal negara dari diserang. Kita lihat bagaimana kumpulan pemisah dari selatan filiphina berjaya menyusup masuk kedalam Sabah tanpa sebarang gangguan dan mereka berjaya 'menawan' sebuah daerah disana dengan mudahnya.
Pernahkah kita membaca kisah Muhammad Alfateh dengan tentera2nya? Aset adalah penting dalam setiap peperangan, tapi aset manusia lagi lebih penting yang perlu dibangunkan. Kita lihat bagaimana seorang panglima perang membangunkan askar2nya dengan iman yang amat tinggi berserta aset2 yang canggih ketika itu. Mereka berperang dengan akhlak serta mereka menang juga dengan akhlak.
Tapi di negara kita, sepanjang yang aku dengar, selain dari kisah2 rasuah sana dan sini, masalah arak juga melanda dalam pasukan keselamatan dinegara kita. Aku biasa dengar bila pasukkan itu berjaya dalam misi tertentu, maka keraian itu pasti dengan arak. Baik yang rank atas sehinggalah rank dibawah.
Jikalau nafsu pada perkara haram pun kita tidak mampu untuk menangkis malah disuburkan lagi, apakah jaminan jika pihak musuh mengambil kesempatan dengan mengumpan anggota kita untuk berpaling tadah? Kalau perkara rasuah dan arak tidak ditangani dengan agama, bukan lambat laun malah 'anytime' sahaja negara kita tumpas ditangan musuh.
Oleh itu aku mendoakan agar ada perubahan besar dalam pasukkan keselamatan kita dalam mengawal negara yang kita cintai ini. Sudah terlalu lama budaya barat didalam pasukkan keselamatan kita diamalkan dan kini wajib mereka berpaling kepada ISLAM dalam setiap tindakkan mereka agar setiap pergerakkan mereka dalam menjaga kesucian agama dan negara mendapat limpahan rahmat dariNya, insyaAllah.
Comments
Post a Comment