Sebuah rumah dipergelangan tangan mereka

 Baru2 ni aku dapat msg dari whatsapp tunjukkan gambar2 orang2 kenamaan dengan rumah kos sederhana berada dipergelangan tangan mereka.

Terkejut aku bila tgk gambar satu persatu. Tak sangka pula harga jam tangan mereka boleh mencecah harga sebiji rumah kos sederhana di lembah kelang. Bila aku compare harga di laman portal jualan online, memang tak jumpa aku model2 yang dorang pakai tu.




Gegila harga jam tangan sekarang ni kan terutamanya yang limited edition. Tukang buat jam tu just buat dalam 10 units sebulan pun dah boleh kaya.

Jam tangan aku ni pun harga RM15 jer..Itu pun siap nak tawar menawar dengan penjual kat giant hari tu nak dapatkan harga RM10. Tapi tak dapat sebab aku rasa RM15 agak mahal buat aku.



 Bayangkan sebuah jam tangan yang mencecah harga ratusan RM itu keperluan ataupun ketakburan. Adakah berbeza masa yang ditunjukkan oleh jam tangan aku yang berharga RM15 dengan jam tangan DS Zahid yang berharga RM200k lebih.

Tidakkah kita berasa bersalah ataupun rasa terkilan bila terdapat di kampong kita insan2 yang hanya makan sekali sehari ataupun rumah mereka bocor disana sini dikala hujan melanda? Ditangan para orang kenamaan itu terletak 5 ke 6 buah rumah kos rendah yang boleh dibina untuk insan2 yang tidak bernasib baik.

Tuan KJ juga tidak mahu mengalah dengan jam tangan mewahnya. Mungkin jam tangan bagi orang hebat seperti mereka diatas adalah keperluan buat mereka. Kerana kehidupan mereka sentiasa mengejar masa dan tanpa jam tangan yang mahal, ditakuti mereka tersalah perhitungan dihari muka.

 Tapi bagi Allahyarham TGNA, jam tangan yang dia pilih memang keperluan bagi dirinya. Bila tengok nama model jam tangan beliau, aku terus faham bahawa bukan jenama dan harga yang TGNA pilih, tapi SOLAT lah yang menyebabkan beliau pilih jam tersebut. Begitu sekali perbezaan antara 'QARUN' dan 'Uwais Alqarni' dalam memahami dunia yang fana ini.

Entahlah, kalau anda semua nak tengok model2 terkini dengan harga2 jam tangan yang amat menarik, mari tinjau2 disini. Bandingkan harga jam tangan disini dengan jam tangan pak menteri diatas.

ps: Jam tangan aku OK lagi, anak aku hempas baik je kat lantai, ingatkan dah kong sekali ok lagi...hehe

Comments

Popular Posts