Melawat Makam Diraja Perak

Sementelah ada program di sekolah Ameer di kg Gajah Perak, aku bersama amer melawat kubur diraja yang terletak dipertengahan jalan Teluk Intan - kg Gajah.

Selalu aku tengok signboard ditengah jalan tapi tak pernah singgah pun. So kali ini aku beranikan diri untuk singgah melawat Sultan yang pernah memerintah perak suatu waktu dahulu.




Permulaannya aku tersesat ketika masuk kedalam kawasan perkuburan ini. Sepatutnya aku kekanan, tapi aku kekiri sekolah yang ada didalam kg tersebut. Jenuh pusing keliling sekolah tapi tak berjumpa makam tersebut.

Bila nak keluar dari situ, aku bertanyakan kepada penduduk disitu, rupanya perkuburan itu hanya terletak disebelah kiri sekolah sahaja. Cuma perkuburan kesultanan perak lama sahaja yang ada disitu dan tiada kubur lain selain daripada sultan2 sahaja.

Menghairankan aku ialah, kenapa disini sultan2 itu ditanamkan. Dan ada sebahagian lagi di utara kg gajah dan ada sebahagian lagi di kawasan seberang perak. Musykil gak aku dalam perkara ini. Adakah Kesultanan Perak berpecah ataupun sengaja pihak tertentu menyimpan mayat2 sultan2 itu diserata tempat?

Disini aku abadikan lawatan aku pada video dibawah ini.
Jika kalian ada tersinggah di kg gajah, pemakaman diraja ini patut anda lawati. Semoga roh para pemerintah yang sentiasa menjaga iman dan takwa itu di rahmati oleh Allah SWT.

Comments

Popular Posts