GST: Government Suruh Tambah
Baru2 ni aku terpaksa reload top up internet aku yang dah expired 22/4/2015. Aku terpaksa top up rm100 untuk mendapatkan pakej harian yang lebih murah. Dengan rm100 aku dapat on air internet untuk 100 hari. Kalau aku top up rm50, aku rugi 50 hari kerana pakej2 yang ditawarkan sebegitu rupa.
Singgah dikedai top up tepi jalan untuk mendapatkan credit yang dikehendaki. 'Total rm106 yea encik!'. Beritahu si tokey kedai itu. Aduhhh!!! ada caj rm6 ker !
Rata2 rakyat Malaysia terbeban dengan pelaksanaan GST ini terutama golongan berpendapatan sederhana dan kebawah.Bayangkan dengan lebihan rm6 itu aku boleh top up hp aku yang satu lagi yang sudah seminggu tidak reload disebabkan faktor 'pokai'.
Adakah begini caranya kerajaan mengutip hasil untuk kantong negara? Diibaratkan seperti sebuah kilang dengan 100 orang pekerja. Disebabkan jualan produk hasil kilang tersebut menurun dan tidak dapat menampong kos2 operasi, maka tokey kilang tersebut mengumumkan setiap pekerja yang hadir bekerja dikehendaki untuk membayar 'tol' dipintu masuk sebelum memulakan tugas masing2.
Adakah begini cara terbaik untuk kilang itu terus 'survive' dengan memaksa setiap pekerjanya membayar 'cukai' kepada kilang tempat mereka bekerja? Setiap kali mereka hadir bekerja akan diambil sejumlah wang dari poket mereka untuk kelangsungan 'survival' kilang tersebut.
Kenapa mesti 'pekerja' yang dipaksa menyara tokey kilang tersebut? Adakah tokey kilang itu sudah tidak ada jalan lain untuk terus hidup? Sepatutnya negara kita ini harus meningkatkan produktiviti hasil keluaran produk2 kita untuk dijual bagi mendapatkan lebih 'income' buat menguruskan negara ini.
Contoh terbaik adalah Petronas. Syarikat ini berjaya membawa hasil yang banyak untuk negara. Dan kita perlu wujudkan lebih banyak 'Petronas' agar pendapatan kita bertambah dan hasilnya boleh dikongsi bersama2 dengan rakyat keseluruhannya serta pengurusan wang negara perlu di kawal selia agar tidak boros berbelanja.
Apabila GST di perkenalkan, seolah2 seperti mengambil wang rakyat sepantas yang mungkin dari kocek mereka kemudian diagih-agihkan pula kepada rakyat semula dalam bentuk pembangunan dan sebagainya. Bayangkan budak2 sekolah yang tiada langsung pendapatan sendiri dipaksa membayar GST menggunakan wang ayah dan ibu yang diberi untuk belanja disekolah.
Aku tetap tak boleh terima GST dikenakan pada aku. Pada zaman millinium ini, anak2 kita dipaksa untuk berhutang apabila memasuki ke Universiti. Hutang belajar sudahlah membebankan, ditambah lagi dengan cukai langsung yang terkena tak kira usia dan siapa.
Dalam islam, Allah kenakan zakat bagi yang berkemampuan dengan pelbagai elemen yang wajib kita patuhi. Bagi orang yang kaya, mereka diwajibkan mengeluarkan zakat untuk diberi kepada 8 asnaf yang tertentu. Ini bermakna orang kaya di wajibkan untuk membantu 8 golongan ini untuk melancarkan perjalanan sebuah negara. Tapi bagi GST pula, orang miskin, yatim piatu, pengutip zakat, peminta sedekah dipaksa mencari duit dimana sahaja yang mampu untuk diberi kepada sang penguasa menguruskan kehidupan negara.
Gaji sang penguasa bukan seribu RM, tapi ratusan ribu RM sebulan. Kononnya duit2 GST ini digunakan utk kepentingan orang2 marhain, tapi andai duit yang dikutip itu tidak cukup untuk membangunkan negara, yang pasti gaji2 sang penguasa dan kuncu2nya perlu dilunaskan terlebih dahulu, dan jika ada lebihan barulah difikirkan masalah pembangunan.
Entahlah, susah juga hidup di bumi Malaysia ni. Hutang dah bertimbun tapi pendapatan yang ada sedikit kena plak cukai. Aku serik dah dengan hutang piutang ni. Aku nak lorongkan anak2 aku agar jangan terkena dengan perangkap hutang ni. Bila dah terkena barah hutang ni, sampai matilah kita alih2kan hutang tutup sana gali sini.
YaAllah adakah ini bala buat kami rakyat Malaysia yang ditadbir mengikut kehendak segelintir penguasa yang duduk disinggah sana itu.
shyyyyyyy!!!!! Kalau ada yang dok tercari2 jam tangan mahal mcm jam KJ tp pada harga murah, tekanlah kat sini yea. Tolong menolong dalam berniaga kan mulia.

Comments
Post a Comment