Solat apakah ini ya Allah? Merisaukanlah

Semakin hari semakin menakutkan bila lihat perlakuan anak-anak kita diluar sana. Pelbagai gejala yang semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai permasalahan samada dari kita sebagai ketua keluarga mahupun dari pihak berkuasa yang tidak memantaunya secara dekat.
Gejala ajaran yang meragukan semakin berakar umbi dikalangan masyarakat. Fahaman-fahaman sesat yang bertopengkan agama sudah kuat mencengkam dipasaran tanah air kita ini. Dan baru-baru ini ana menerima satu video dari group WhatsApp yang agak mengejutkan buat diri ana...





Sepanjang pembelajaran ana dalam hal solat tidak pernah berjumpa dengan kaedah solat yang begini. Adakah ini yang Baginda saw ajarkan buat kita ikuti.
Ana berasa amat susah hati bila melihat cara solat awek didalam video ini. Ana pasti ini bukan cara solat ASWJ yang diajar oleh Baginda saw. Mungkin anda boleh fikirkan ajaran apa yang digunakan oleh awek ini untuk bersolat seperti pada video dibawah.


Atau lihat DISNI jika paparan tidak memuaskan.
Kita sebagai penjaga kepada anak-anak kita wajib menjaga perkembangan akidah anak-anak kita yang semakin diancam dengan pelbagai ilmu-ilmu sesat diluar sana.

Isikan jiwa mereka dengan ilmu yang benar agar mereka tahu antara yang betul  dengan yang batil. Pihak berkuasa juga hendaklah menyebar luaskan ilmu-ilmu yang benar ini keseluruh negara dan jangan disekat perkembangan ilmu di masjid-masjid diseluruh negara.

Menjaga akidah generasi akan datang itu lebih penting dari misi politik kalian ketika ini. Biarlah kalian berbeza pandangan dalam arena politik, tapi bila dalam bab akidah, kita kena bersatu membenterasnya.
Ada seorang ustaz dari indonesia yang mengajar di shah alam baru-baru ini menyatakan bahawa, bagaimana pihak musuh hendak mengganggu gugat keharmonian sebuah negara? Mereka hanya masukkan fahaman wahabi dan syiah kedalam negara tersebut dan tunggulah kehancuran bagi negara itu.

Didiklah anak-anak dengan ilmu yang benar, cara solat yang benar. Jangan biarkan musuh agama mengisi hati mereka dengan fahaman-fahaman yang mengelirukan.

Carilah guru-guru atau lebih mudah hadirlah kemasjid-masjid terutama dikota besar ini untuk pencarian ilmu yang betul.Jangan hanyak kejar seringgit dua bekerja siang dan malam tapi anak dirumah sudah bertukar agamanya.Nauzubillah.

Menuntu ilmu itu adalah wajib. Belajarlah dari yang pakar dan mungkin USTAZ HASNAN INIboleh membantu anda cara solat yang benar dari BAginda saw. Kongsikan ilmu ini bersama anak-anak.
Sayangilah akidah mereka seperti mana kita menyayangi diri mereka.

Wallahuaklam
modayu73

Comments

Popular Posts