I'll see you in court! Lawak juga abg jib ni.

Berapa banyak kisah lawak MLM yang rakyat Malaysia tonton selama ini sehingga menaikkan rangking rancangan tersebut di negara kita. Rakyat melawak dengan cara lawak mereka yang difahami oleh kebanyakkan orang ramai. Ana juga tidak terlepas dari menonton lawak MLM ini.

Tapi sejak dua menjak ni ada kelainan lawak di Malaysia ini. Bukan rakyat marhain sahaja yang berlawak, kini para menteri kabinet juga sudah pandai buat lawak yang kebanyakkan diketuai oleh saudara Ahmad. Sekarang carta lawak saudara Ahmad sudah merudum. Siapa pula yang memintas saudara Ahmad sekarang?  










Baru-baru ini bekas presiden MCA iaitu Tun Ling liong sik (TLLS) disaman oleh DSN kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah kepadanya iaitu TLLS menyatakan DSN tidak baik kerana mengambil duit dan simpan duit itu di dalam akauan persendiriannya.

Ini mengundang kemarahan DSN yang semakin kalut untuk membersihkan dirinya dari pelbagai jenis tuduhan yang dilemparkan baik dari dalam UMNO mahupun yang diluar UMNO.
Surat mohon maaf dari peguam DSN kepada TTLS diajukan untuk menutup mulut TTLS dari membuat kenyataan yang mungkin menghina DSN.

Kelihatan surat dari DSN kepada TTLS itu amat serius dan menunjukkan bahawa DSN amat 'marah' sehingga menyaman TTLS dalam hal ini. Sudah tentu DSN rasa strategi menyaman TTLS ini memberi kesan maksima kepada musuh politiknya itu sehingga akan menimbulkan ketakutan buat TTLS.

Tapi keadaan tidak seperti yang dirancang, sebaliknya TTLS pula berkata ' I will see you in court". 
'Aduh! Aku gertak dia , dia pulak gertak aku.' Mungkin itu yang terlintas dalam fikiran DSN.
Tak semena-mena peguam DSN 'berpatah' balik dan menanyakan macamana? Nak lawan ke nak diam?
DSN pun naik pening memikirkannya. Semua strategi oleh 'penasihat-penasihatnya' memakan diri dia pula.

Dulu nak saman WSJ pasal kes 1MDB, bila WSJ kata dia bersedia untuk mencabarnya, terus peguam yang sama yang mewakili DSN berdolak dalik. Kesana pun tak kena kesini pun tak kena.
'Kita penaikkan harga tol, baru dorang tahu siapa kita'. Mungkin itu antara nasihat para penasihat DSN minggu ini.

Tang mana yang lawaknya?
Yang lawaknya adalah 'eehhhh kau nak mapus yea untuk engkau, eehhhh kau nak mampus yea untuk aku'

 

Apa nak jadi dengan negara kita ini kan.
Jom lepak @ mylibrary .
wallahuaklam
modayu73 

Comments

Popular Posts