Polis Evo...Evo la sangat

Baru ni pergi tengok polis evo lakonan zizan dan juga shazly sam di one city.Aku ni bukan kaki wayang yang suka buang masa sampai dua jam duduk dipanggung. Tapi sudah orang belanja kita redah jelah. Dok teringat gak solat zohor dah tentu jadi lewat.  jadi lewat.

Aku lihat ada gak 2 , 3 orang berlebai menunggu tayangan amal oleh syarikat mereka. Ahh!! layan jelah ....Aku pun masuk kedalam panggung yang tinggi gayat itu...gigil lutut aku dibuatnya.

Cerita tu menghiburkanlah juga walaupun peluru mesinggan macam tak logik jer. Terutama kat hospital tu. Aku tengok dia tak bawak pun peluru spare tapi di punya tembak mangalahkan arnold dok belilit peluru kat badan dia. Tembak selagi mau...kiki

Itulah filem melayu yang agak world sikit jalan ceritanya dengan aksi-aksi jackie channya yang menarik. Lawak lempar ikan dalam pinggan shazzy sam tu memang kelakar lah.

Nak cerita lelebih pun tak tau nak cerita apa pasal filem ini. Dan sekrang dikatakan mendapat kutipan rm17J lebih. Memang banyak tu kutipan filem tu berbanding filem-filem yang lain. Mungkin cuma filem tu dikeluarkan tepat pada masa kot. Ialah filem itu dikeluarkan ketika pawagam-pewagam tempatan kekeringan filem-filem melayu yang berbentuk aksi lawak ini.

Kalau korang nak tengok filem ini, adalah lebih baik tunggu masuk ASTRO lah dulu. Pasal dah nak masuk last-last minggu dah ni pun. Ataupun tunggu masuk astro firrst lah tengok cerita ni.

Wa suka adik inspektor hamsani...kiki

Ads
 Klik gambar untuk keterangan lanjut

Comments

Popular Posts