Anak2 kita tidak bersolat? Biasa ke luar biasa?

Tajuk yang ana pilih ini bukanlah bermaksud ana ni sorang yang hebat mendirikan solat sampai menafikan kebaikkan orang lain. Cuma tajuk itu dipilih atas kerasa sayangnya ana dan kita semua pada generasi akan datang yang kebanyakkan terbiar dan diabaikan agama mereka.

Apa yang ana hendak kupaskan disini adalah berdasarkan pemerhatian ana kepada anak-anak kampong ana yang cukup ramai itu. Dari 10 orang anak kampong yang ana tanya , kesemuanya tidak bersolat 5 waktu secara konsisten.....Siapa ayah mereka ? 






pabila diperhalusi keluarga mereka, rupanya ayah juga tidak bersolat, ibu jarang-jarang bersolat apatah lagi anak-anak hendak bersolat.

Apabila diperhalusi lagi keluarga mereka, kesemuanya adalah penyokong-penyokong tegar umno. Mereka mempunyai pelbagai jawatan didalam umno cawangan dan juga bahagian..

Mereka melaungkan perpaduan melayu dan juga melaungkan kebangkita islam di tanah air akan tetapi solat tiang agama tidak menjadi keutamaan dalam kehidupan mereka.
Siapakah yang bersalah dalam hal ini.

Bagi ana adalah 95% adalah kerana pemimpin puak mereka. Apakah yang diajar oleh pemimpin mereka sehingga solat bukan keutamaan dalam perjuangan mereka? Pemimpin mereka berkata kita berjaya mendirikan masjid dengan cantik dan berhawa dingin. 

Tapi apakah pemimpin mereka isi jiwa anak-anak bangsa dengan ilmu agama? Berapa ramai jemaah didalam masjid yang tersergam inda itu terutama di kawasan hilir perak.
Ana pernah tersinggah disatu surau di sekitar perak utara. Jam ditangan sudah menunjukkan waktu maghrib. Tiada sorang pun jemaah tempatan hadir untuk melaungkan azan.

Dimanakah orang-orang kampong yg dikuasai UMNO itu untuk melaungkan azan?
Umno kena ubah pendekatan mereka. BUkan gula-gulakan pengikut mereka dengan duit lagi. Berilah mereka agama dan ubahlah amalan mereka. 

Anak-anak pemangkah UMNO ni lah yang memberi pening kepada orang kampong. Bawalah mereka kembali kepada Allah wahai Zahid Hamidi.

Kesianlah kami pemangkah undi yang dikhianati.

Mungkin video ini mengundang rasa ingat kepada pemimpin yang sering lupa
(jika tidak dapat ditonton sila klik DISINI )

Comments

Popular Posts