YaAllah! Banyaknya!
Bukan senang nak hadapi ujian Allah ini terutama bila dalam saat genting dengan ekonomi yang sangat meruncing. Pemimpin boleh laungkan slogan ekonomi kita masih pada tahap yang boleh diurus dengan asas ekonomi yang kukuh, tp berapa ramai kawan-kawan dikampong yang faham maksud pemimpin itu.
Pada mereka ekonomi yang baik itu bermaksud ada duit dalam poket untuk digunakan. Ketika ini untuk mendapatkan Rm10 dengan berkerja sendiri bukan perkara yang mudah, akan tetapi untuk menghabiskan Rm10 itu terlalu cepat. Termasuklah dengan diri ana.
Pada mereka ekonomi yang baik itu bermaksud ada duit dalam poket untuk digunakan. Ketika ini untuk mendapatkan Rm10 dengan berkerja sendiri bukan perkara yang mudah, akan tetapi untuk menghabiskan Rm10 itu terlalu cepat. Termasuklah dengan diri ana.
Pengalaman berniaga banyak membantu memaham diri ini. Berapa kuat sekalipun promosi dan pengiklanan yang dijalankan, betapa kuat sekali modal yang ada, pasaraya besar Carre4 tetap terjual. Apa yang pemimpin cakap tidak sama dengan apa yang berlaku dibawah.
Kita berkejaran pagi dan petang mencari rezeki sehingga lupa pada tanggungjawab kita pada anak dan juga agama. Pemimpin diatas pula, peniaga berkejaran mencari mereka untuk habuan projek itu ini. Halal dan haram bukan isu bila mengejar kekayaan.
Ana dah tak larat nak kejar ‘dunia’ sebegitu. Pengalaman ana berniaga dengan deal projek sana sini sebenarnya tak membantu peningkatan iman ana dan juga keluarga ana. Kerana apa? Kerana kita gadaikan prinsip agama untuk habuan sedikit dunia.
Berapa ramai yang hidup atas duit haram baik dipejabat-pejabat kerajaan mahupun pejabat swasta. Kita sebagai peniaga bekerja kejar orang itu dan orang ini untuk habuan projek tertentu. Akhirnya apa yang kita dapat? Anak-anak mula tidak solat, isteri mula bosan duduk keseorangan tanpa didikan jiwa dan jiran-jiran sudah tidak dalam senarai keutamaan.
Sejak ana terkena dalam satu kes itu, ana fikir cukuplah apa yang ada. Ana dah meluat nak merasuah orang itu dan ini. Ana pun focus pada perniagaan kecil-kecilan sahaja yang berbentuk tunai. Biarlah sedikit asalkan berkat dan banyak masa renung diri.
Sehinggalah ana diuji perniagaan yang ana jalankan terpaksa ditutup kerana tidak mampu untuk menanggungnya. Berat mata memandang berat juga ujian Tuhan.
Syukurlah pada Tuhan kerana masih ada laptop buruk berusia 5 tahun untuk ana berbicara dengannya sorang-sorang. Ana buka akaun di Youtube, dan mula bermonolog meluahkan kerungsingan padanya. ‘Apa yang hendak aku kejar sekarang ni’. Bisik hati kecil aku. Kehidupan makin tidak terurus dengan pendapatan yang tidak menentu.
Masa datang dan pergi terasa amat laju. Sedar tak sedar dah beratus nukilan di youtube ana pahatkan. Kusut otak memikirkan apa yang harus dilakukan. Semua kerja serba serbi tak menjadi.
Benarlah kata Tuhan, rezeki itu bukan kerja manusia. Berapa hebat dan berapa pandai seseorang itu berniaga sekalipun , kalau bukan itu rezekinya pasti takder sesiapa yang mampu menolongnya.
Tetiba ana dapat surat dari google USA. Jauhnya surat ini datang. ‘Apalah yang google hendak dari ana ini’ , bisik hati ana.
‘YaAllah, Allah bayar upah hasil kerja-kerja ana yang tak seberapa ini di youtube rupa-rupanya’.
YaAllah banyaknya pemberianMu.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Berbaik sangka dengan Allah dan berbaik sangka dengan setiap ujianNya. Minta dengan Allah tidak memerlukan rasuah, tapi minta dengan manusia wajib merasuahnya terlebih dahulu.
Gunakan kreativiti antum untuk sebarkan kebaikkan dengan banyak platform yang ada di dunia nyata mahupun maya. Tapi ingat, setiap tingkatan iman itu akan diuji secukupnya. Andai antum mengalah dengan ujian Tuhan ini, ditakuti antum boleh gila dibuatnya.
Setiap ujian Tuhan itu adalah terbaik untuk diri kita. InsyaAllah
Ziarah PANGGUNG kecil ana yang kelaut ini.
Wallahuaklam
Modayu73
Comments
Post a Comment