Malaysia dalam bahaya?

Baru-bariu ini, aku dapat mesej whatsapp berkenaan dengan rayuan pihak TNB agar mendoakan pusat jana kuasa milik EDRA (anak syarikat 1mdb) tidak jatuh ketangan Negara luar. Disertakan juga asbab kenapa perkara ini perlu dipertahankan yang bagi aku banyak kebenarannya.


Apa yang pihak TNB rancang (berdasarkan mesej whatsapp) itu akhirnya tidak dimakbulkan. Malam tadi aku terbaca di Berita Harian Online di FB aku menidakkan hasrat dan impian TNB itu. Lebih mengejutkan aku ternampak satu nama yang menakutkan aku…..




Rothschild?
Kenapa ada nama Rothschild dalam pembelian jana kuasa itu melalui EDRA? Aku mula teringat sebuah buku yang merisaukan berkenaan dengan siapakah Rothschild ini.



Dari buku inilah aku kenal latar belakang rothchild dan apa peranan mereka dalam masalah didunia  ini dari dulu hingga kini.

Apa peranan Rothschild dalam menjatuhkan Khalifah Osmaniah diTurki, peranan rothschild dalam menjatuhkan system maharaja diChina sehingga menaikkan parti komunis disana serta peranan mereka dalam penubuhan PBB, kewujudan perang dunia pertama dan kedua serta kehebatan mereka dalam mengawal islam di arab Saudi dan juga fungsi iran sebagai Negara pengeksport fahaman syiah itu.

Kata kunci kepada kejatuhan Khalifah Osmaniah di Turki adalah ‘HUTANG.HUTANG dan HUTANG’. Dengan kepandaian mereka yang dibantu oleh dajal syaitan itu telah menjadikan Khalifah Osmaniah Turki itu berhutang dengan jumlah yang amat tinggi serta riba yang amat melampau telah melemahkan kekuatan empayar mereka sehingga menjadikan kerajaan islam terakhir itu bankrupt dikerjakan oleh ejen-ejen rothschild sehingga hilangnya sebuah empayar yang begitu kuat sebelum ini.

Begitulah juga yang berlaku di Negara China, peranan rothschild yang begitu licik sehingga jatuhnya system maharaja yang lama bertapak di Negara tembok besar itu.
Itu belum lagi cerita peranan wahabi dan syiah yang banyak merosakkan kekuatan islam dari dalam.
Semua igauan itu rupanya sampai juga ke tanah air kita bila keratan surat khabar diatas itu dibaca. Bila munculnya nama Rothschild dalam proses pembelian jana kuasa dari EDRA kepada pembeli dari China itu, aku tak tidur malam dibuatnya.

Patutlah TNB dinafikan haknya untuk memiliki jana kuasa tersebut. Dan baru aku faham kenapa syarikat dari China itu Berjaya membida janakuasa tersebut. Sudah semestinya Rothschild diChina akan berurusan dengan Rothschild di Malaysia agar pusat janakuasa itu diserahkan 100% kepada mereka.

Nampak tak permainan yahudi dalam masalah 1mdb ini. Nampak tak kenapa yahudi memberi pinjaman yang sangat besar kepada 1mdb. Tak lain tak bukan adalah supaya kita terperangkap dengan masalah hutan yang banyak serta faedah pinjaman yang tinggi yang akhirnya kita tidak mampu untuk mempertahankan kedaulatan Negara kita sendiri.

Nampak tak sejak dua menjak nilai RM jatuh mendadak sehingga mencecah RM4.5 sedollar. Adakah nilai ini ditentukan oleh pasaran atau ada tangan-tangan asing yang menyebabkan nilai RM turun mendadak. Aku rasalah, penurunan nilai RM itu memang dirancang yang secara automatiknya menjadikan nilai hutang 1mdb bertambah mendadak disebabkan nilai tukaran wang itu.

Bila ini berlaku, pastinya 1mdb terpaksa melakukan sesuatu untuk membayar semua hutang-hutang tersebut. Kebiasaannya orang yang berhutang terpaksa akur dengan syarat dan terma dari pihak pemberi hutang. Dan mungkin inilah akibatnya yang terpaksa kita terima dimana kita terpaksa menjual asset strategic Negara kepada orang luar tanpa sebarang pilihan yang ada.
Apakah para pemimpin Negara kita buta matanya serta duduk diatas kerusi Negara hanya sebagai boneka orang luar?

Negara kita kini memasuki fasa yang amat menakutkan setelah ‘kalahnya’ TNB dalam memiliki asset yang amat bernilai itu. Apakah TPPA yang akan di tandatangani dalam masa terdekat nanti bakal meruntuhkan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah Negara yang SUNNI yang disegani selepas ini?
Apakah agama anak-anak kita nanti bila semua kepentingan Negara terpaksa dikongsi dengan orang-orang luar yang sememangnya rakus dalam mendapatkan hasil masyul Negara. Perkara ini bukan berlaku dalam perjanjian TPPA sahaja, ianya sudah dibuktikan sejak tahun 1511 ketika kedatangan portugis keasia tenggara.

Tahukah anda bahawa, jika anda menulis perkataan Rothschild didalam Microsoft word, walaupun anda menulis dengan semua huruf kecil, selepas anda tekan space bar , tetiba huruf R diawal perkataan itu menjadi huruf besar.

Begitulah kuatnya kuasa Rothschild yang tidak mampu kita nafikan.
YaAllah, selamatkanlah kami dari fitnah dajjal yang semakin dekat dengan kami ini….

Tenangkan jiwa sebentar dengan tonton video-video dibawah ini dari kerisauan dunia fana ini.



Comments

Popular Posts