Masjid ini juga yang untung!
Sejak dari kisah DR M buang DSAI suatu masa dahulu sampailah kehari ini, buatkan kita semua tak jadi kerja kerana memikirkan apa kisah selanjutnya lepas ini. Kisah ini semacam berulang semula dengan kisah DSAI dulu. Memang DSN ikut sebiji-sebiji cara dan gaya pemerintahan DRM ini. Malas nak kupas panjang-panjang kerana dulu (masa pemecatan DSAI) seharian tidak dapat tidur memikirkannya.' BUang masa jer dengan dorang ini'.
Ada satu kisah yg best, iaitu kisah satu masjid diPerak yang menarik, kerna dianugerahkan satu keunikkan yang mungkin tiada di masjid yang lain....
Masjid yang terletak di mukim hutan Melintang Perak yang ADUN nya PKR sementara Parlimennya UMNO (Bagan Datoh) mempunyai cerita uniknya sendiri.
Keunikkan yang dimaksudkan adalah , dimasjid itu Allah letakkan sepasang kembar untuk menguruskan kebersihan dan kecantikkan masjid itu. Ini suatu yang unik kerana kedua-dua kembar ini cukup sukar untuk dikenali disebabkan wajah mereka yang agak sama pada pandangan mata kasar.
Video ini ada kisahnya.
Berkat rahim ibu yang mengandungkan kedua anak kembar yang hebat ini. Mereka sentiasa aktif dalam menyediakan kelengkapan dimasjid seperti makan minum jemaah, susun atur dan kebersihan.
Seronok ayahnya 'disana' kerana dikurniakan anak-anak yang dapat berbakti 'dirumah sang Penciptanya'.
'zuriat yang baik campak ke laut pasti menjadi pulau'.
wallahuaklam
md daud yusri alhutan melintangi
ziarah ana @ www.dadiydoo.com
Comments
Post a Comment