Jalan welfare vs Kg Selamat

Kalian tahu tak bahawa di sungai buloh Selangor terdapat satu kawasan yang unik buat aku sebagai pengguna jalan raya disitu. Kawasan yang aku maksudkan itu adalah disekitar jalan menuju keshah alam dari arah sungai buloh berhampiran dengan komuter sg buloh.

Disitu jalan dia agak sibuk dengan lori dan kereta yang berpusu-pusu hendak ke Shah Allam,kepong dan juga ke sg Buloh. Kawasan itu juga agak berjerebu dengan pembangunan MRT yang giat dijalankan. Jalan utama menuju ke shah alam disitu dipanggil jalan Sg Buloh -Bt 3 shah alam lama. Cuma yang menarik perhatian aku disitu adalah dikiri dan kanan jalan tersebut. Apa yang menariknya?


Dari gambar diatas, sebelah kiri adalah kawasan jalan welfare sementara disebelah kanan adalah kawasan kg selamat. Dikawasan kg selamat itu, kawasan dia aman damai dengan persekitaran yang penuh dengan pokok-pokok. Disitu tiada aktiviti ekonomi yang besar yang membolehkan penduduk disitu untuk bekerja tanpa perlu meninggalkan kg itu.

Tetapi dikawasan jalan welfare pula penuh dengan aktiviri ekonomi yang merebak sehingga penuh tanpa kawasan kosong yang tidak digunakan. Macam-macam jenis perniagaan yang ada dijalan welfare itu dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah ke kilang-kilang yang besar ada disana.
Kenapa keadaan yang berdekatan itu tidak sama keadaannya?

Bagi aku ada beberapa faktor yang membezakan antara kg selamat dan jalan welfare.

1- Kebiasaannya orang melayu hanya menjalankan perniagaan yang bukan berbentuk 'Chain reaction'. Maksudnya orang-orang melayu kebanyakkannya menjalankan perniagaan yang tidak memerlukan vendor yang ramai untuk menyokong perniagaannya. Contoh seperti membuka kedai makanan berbentuk gerai mahupun restoran.

Berapa vendor yang diperlukan untuk menyokong kedai-kedai makan tersebut. Paling banyak pun adalah 2,3 vendor sahaja yang membekalkan ikan-ikan,sayur-sayuran dan juga pelbagai jenis bahan asas masakan.
Oleh itu, perniagaan mereka itu tidak dapat membiakkan perniagaan sokongan yang lain agar dapat maju bersama-sama.

2- Berbeza dengan perniagaan di jalan welfare. Mereka menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang mempunyai 'chain reaction' sifatnya. Contoh seperti kedai hardware yang banyak terdapat disana. Untuk menyokong sebuah kedai hardware yang besar, ianya memerlukan 20 ke 40 vendor yang membekalkan barangan dikedai tersebut.

Sementara itu vendor-vendor yang membekalkan produk mereka kekedai hardware itu juga mempunyai vendor-vendor mereka sendiri dan vendor-vendor itu juga ada vendor mereka yang tersendiri. Ini bermakna, setiap perniagaan yang dijalankan disitu mempunyai rangkaian perniagaan yang saling sokong menyokong sesama mereka.

Kerana itulah jalan welfare itu tidak cukup tanah untuk dibangunkan. Jika ada 20 kedai hardware disitu, bermakna ada lebih kurang 400 vendor perlu wujud disitu untuk menyokong setiap perniagaan mereka disitu.

Oleh itu kesimpulannya apa yang membezakan diantara kg melayu dengan kg cina adalah cara hidup itu diuruskan. Kampong melayu kelihatan seperti kawasan pelancongan dimana kelihatan seperti kawasan yang cantik dengan pelbagai jenis pemandangan yang sejuk mata memandang.
Sedangkan dikawasan perkampongan cina pula, penuh dengan lori-lori dan berabuk dengan pelbagai aktiviti ekonomi. Dengan pelbagai jenis bau yang mewarnai kehidupan mereka diisitu menjadikan mereka sentiasa sibuk dengan dunia mereka.

Yang amat pasti suatu hari nanti adalah perkampongan melayu itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebih besar disitu. Dan kawasan perkampongan cina akan terus maju dengan pelbagai bangunan naik dan ekonomi terus subur.

Siapa yang tersingkir dalam jangka masa panjang?

Seorang usahawan melayu yang berjaya, disebaliknya ada 10 orang cina yang juga berjaya. 10 orang cina ini adalah vendor kepada perniagaan melayu itu. Dan disebalik 10 vendor cina yang berjaya, akan wujud 100 vendor cina yang berjaya bersama-sama.
Apa nak buat sekarang?

Comments

Popular Posts