Berbolak Balik

Dalam bahasa Arab, Qalbu itu bermaksud hati..ianya juga bermaksud berbolak-balik atau tidak tetap pendirian dan sebagainya..Maknanya org2 arab pun tahu peel hati itukan yg selalunya tidak tetap pendirian dan selalu berbolak balik sehingga menamakannya dgn QALBU.
Didalam islam, qalbu/hati itu bukan milik kita.Ianya milik Allah. Kerana kita tidak boleh menguasai hati walaupun kita menyukai sidia,tp Allah tidak juga beri dia kpd kita.

Abu Musa al-Ansari menceritakan kepada kami, Muadz bin Muadz memberitahukan kepada kami dari Abi ka’ab pemilik kain sutera berkata: Syahr bin Hausyab menceritakan kepada kami dia berkata: Aku berkata kepada Ummi Salamah: “Ummul Mukminin! Apa doa yang sering di baca oleh Rasulullah s.a.w. jika beliau berada di sisimu?” Dia berkata: “Doa yang sering dibaca Beliau adalah: "Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agama Mu."

Dia berkata: lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah mengapa doamu yang paling sering adalah: "Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agama Mu."

Beliau bersabda: “ Sesungguhnya tidak ada manusia melainkan hatinya berada di antara dua jari dari jari-jari Allah: Barang siapa dikehendaki Allah, maka Dia menetapkan hatinya atas agamanya dan barang siapa dikehendaki Allah, maka Dia menjadikan ia menyimpang dari agamanya”. Lalu Muadz membaca ayat: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau buat hati kami menyimpang setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami (Quran 3:8).”

wallahuaklam
semoga bermanfaat

Comments

Popular Posts