Uber/Grab : Kerja bagai nak gila


Kadang2 kesian dengan abang-abang pemandu teksi yang sekian lama dalam industri pengangkutan ini kerana pendapatan mereka terjejas teruk akibat dari saingan 'teksi sapu moden' yang kini menguasai pasaran mereka. Mungkin ada bermacam-macam alasan dan masalah yang menyebabkan abang-abang pemandu terpaksa akur dengan kehendak pelanggan diluar sana yang beralih arah, kehidupan mereka sebagai pemandu teksi dengan kenderaan dimamah usia  terpaksa diteruskan.

Bukan main seronok pemandu2 uber/grab mengaut hasil dijalanan siang dan malam tanpa rasa penat, sedangkan abang2 pemandu teksi hanya melihat kelibat mereka dengan wajah yang sayu.Tapi sebenarnya ada masalah lain yang sama2 kita perlu teliti dan perhalusi.

Aku menceburi bidang ini sejak setahun yang lalu. Disebabkan kekangan hidup dan perniagaan yang dijalankan selama ini tidak menjadi, aku nekad untuk bersama mereka (uber/grab) demi kelangsungan hidup. 

Diawal pembabitan sebagai pemandu bergaya , aku merasai sedikit nikmat akan perniagaan yang diberi oleh penyedia perkhidmatan canggih ini. Setiap hari duit tidak pernah putus dalam dompet aku. Ini sesuatu yang menyeronokkan untuk aku sebagai pemandu sepenuh masa. Dulu semasa berniaga offline/online, duit dalam bank pun ada sen2 sahaja. Sukar sungguh ketika itu.

Tapi kini tidak lagi, setiap hari poket berisi dengan wang yang dikutip dari pengguna sistem pengangkutan ini. Kadang2 dapat besar, dan kadang2 dapat sedikit berdasarkan jauh perjalanan penumpang tersebut. Memang amat menarik menjadi pemandu sebegini. Pelbagai latar belakang pelanggan dapat ditemui dan dapat memahami pelbagai jenis budaya yang ada didunia ini.

Pihak penyedia perkhidmatan juga menawarkan pelbagai jenis diskaun dan promo yang menarik buat pelanggan agar sentiasa menggunakan perkhidmatan mereka bila-bila masa. Sebagai pemandu, kami mendapat tempahan yang tidak berhenti-henti. Ini cukup mengujakan.

Setelah hampir 10 bulan bersama dengan mereka (uber/grab), aku mula merasai sesuatu yang 'memenatkan' dari perkhidmatan ini. Setelah dibuat kiraan dan congakkan, pendapatan yang diperolehi selama ini hanya cukup untuk membayar 'installment' bulanan kenderaan dan juga keperluan harian sahaja. Duit rumah, duit service kereta berkala, duit pinjaman peribadi dan sebagainya tidak lepas rupanya yang menyebabkan ianya tertunggak.

Untuk yang menjadi pemandu sepenuh masa pasti faham apa yang aku maksudkan. Buat yang memandu secara separuh masa mungkin mereka tidak perit sangat memandangkan ada pendapatan tetap dari pekerjaan hakiki mereka.

Secara purata pendapatan mingguan dari pemanduan ini adalah dalam lingkungan rm1000 (waktu bekerja selama 10 jam sehari) dengan  jarak perjalanan yang dilalui sejauh 250km. Maksimum jumlah pelanggan yang mampu diperolehi dalam masa 10 jam itu adalah 25 penumpang (jika majoriti penumpang menuju kedestinasi yang dekat dengan tambang serendah rm3/trip) dan minimum 8 penumpang jika majoritinya menuju destinasi yang jauh (dengan tambang serendah rm30 dan keatas.

Setelah ditolak kos petrol dan yuran penyedia perkhidmatan, income bersih yang diperolehi adalah lebih kurang 40% ke 50% sahaja. itu belum termasuk makan minum sepanjang 'bekerja' dijalanan. Andai banyak trip yang dapat sehari, maka kuranglah wang tunai yang dapat anda bawa pulang.

Ada penyedia perkhidmatan yang memberi insentif mingguan kepada pemandu yang berjaya mencapai trip yang tertentu, dan dengan itulah mereka kumpul untuk membayar installment kereta jika tidak diusik oleh pemandu tersebut.
Dengan pelbagai promo dan diskaun yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan, income bawa pulang oleh pemandu semakin mengecil. Jika pihak penyedia perkhidmatan memberi promo rm5 bagi setiap trip, kebanyakkan pelanggan memilih untuk ketempat yang dalam lingkungan rm5 agar perjalanan itu menjadi percuma. Pemandu hanya dapat melihat 'duit' itu dalam bentuk no shj di screen phone .

Sebenarnya setiap promo yang diberikan kepada pelanggan itu hanya menguntungkan mereka shj tapi tidak pada pemandu. Kebiasaannya para pemandu akan dapat penumpang yang agak jauh dari lokasinya (maksimum 5 km radius) dengan terkadang untuk tambang rm4 ditambah pula dengan promo yang diberi, ianya pasti memenatkan sang pemandu.

Kesimpulannya, untuk jangka masa pendek, menjadi pemandu grab/uber mungkin berbaloi untuk diceburi tetapi tidak untuk jadikan kerjaya ini sebagai pendapatan utama. Ditakuti apabila kenderaan yang digunakan itu semakin berusia, tiada wang yang dapat digunakan untuk membaiki kenderaan tersebut.
Ada orang kata, nak lebih kenalah kerja lebih. Aku jawab, takkan aku nak kena standby 24 jam atas jalan semata-mata nak cari duit. Gila ke apa kerja mengalahkan keldai padang pasir.

Wallahuaklam.

modayu Hm

Jom kita tawan lubuk udang galah di hutan melintang lagi best diSINI atau clik video dibawah



Comments

Popular Posts